Saudara N. Gobalakrishnan dipukul!

Transalated by Ryoko

Pada pagi ini, ketika saudara Gobalakrishnan dari keADILan sedang berceramah di Sanggang, beliau dipukul oleh seorang penyokong kuat BN. Penyokong BN tersebut tidak puas hati dengan saudara Gobalakrishnan yang sedang berucap dan cuba menghalang beliau. Apabila penyokong kuat BN tersebut gagal menghalang saudara Gobal dari meneruskan ucapannya, dia menumbuk ke arah sdr. Gobal. Nasib baik penyokong tersebut dihalang oleh orang ramai dari terus memukul sdr. Gobal.

Insiden tersebut berlaku pada 10:15 di tingkat bawah Persatuan Hokkien yang berdekatan dengan persimpangan Jalan Mok Hee Kiang (maaf mungkin salah eja kerana terjemahan dari akhbar cina, kalau tahu ejaan sebenar tolong email kepada webmaster) dan Jalan Raja Zaibidin. Sdr. Gobal, ketika itu, diiringi oleh beberapa petugas PAS, berceramah di sebuah van yang mempunyai mike dan pembesar suara. Mereka memulakan ceramah di sekitar kawasan bandar dan akhirnya berhenti di Persatuan Hokkien untuk meneruskan ceramah tersebut.

Ahli-ahli salah sebuah parti komponen BN, apabila mendapat khabar angin bahawa Sdr. Gobal sendang berucap di kawasan tersebut, datang beramai-ramai ke tempat beliau berucap. Salah seorang pimpinan PPP tidak puas hati dan bertanya kenapa sdr. Gobal memilih untuk berceramah di situ untuk membantu calon PAS berkempen. Seterus itu, pemimpin PPP itu memarahi beliau kerana merosakkan imej kaum india ketika berceramah. Mereka mula bertelingkah dan dalam situasi tersebutlah, penyokong BN (PPP) tersebut memukul ke arah dada sdr. Gobal. Nasib baik orang ramai menghalang supaya sdr. Gobal tidak dibelasah oleh penyokong BN tersebut.

Walaubagaimanapun, sdr. Gobal tidak gentar atau takut dengan apa cara ugutan dan memilih untuk meneruskan ceramah beliau yang belum habis. Tidak lama kemudian, penyokong BN dari satu bilik gerakan yang berdekatan datang memberi amaran supaya beliau menghentikan ceramah tersebut. Beliau enggan membuat sedemikian dan penyokong BN tersebut merampas mike yang berada di Sdr. Gobal. Keadaan menjadi tidak terkawal dan genting. Atas nasihat orang ramai, barulah penyokong BN tersebut menggembalikan mike itu kepada petugas PAS yang berada di situ.

Sdr. Gobal, selepas ceramah itu, diiringi oleh petugas PAS untuk membuat laporan polis di Balai Polis Mentakab. Penyokong BN turut pergi membuat laporan polis dan mereka bersemuka sekali lagi di balai polis. Mereka bertikam lidah di luar balai polis. Atas nasihat seorang pegawai polis, barulah mereka keadaan terkawal.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke