Assalamualaikukm war wab


1. Diforwartdkan email dari YDP Ampang Jaya mengenai tindakan susulan JIM
AJ
menangani ancaman MPAJ untuk merobohkan surau.
2 . Disertakan surat bantahan penduduk RumahPangsa agar kerja-kerja meroboh
surau
dan rayuan untuk ditunda dan minta penyediaan surau gantian sebelum surau
kekal siap dibina.
3. Perjumpaan dengan MPAJ telah dibuat oleh penduduk tetapi rayuan dan
bantahan mereka telah tidak dilayan. Malah mereka MENDAPAT NOTIS KEDUA akan
meruntuhkan pada 27/3/2000. Salah seorang penghuni adalah merupakan seorang
polis
berpangkat yang telah ditugaskan untuk menjaga keselamatan pegawai MPAJ
semasa kerja-kerja meruntuh kan surau akan dilaksanakan nanti.
ALhamdulillah pegawai  Polis
tersebut telah menghubungi pihak JIM A/Jaya, beliau berpandangan perkara
ini tak mahu
di politikkan, JIM sebagai NGO yang tidak mempunyai kepentingan politik
adalah badan neutral
untuk merujuk dan meminta bantuan yang berkaitan dengan masalah umat Islam
dan
pelaksaanan syariatnya.

4. Background story: Pada 15 Ramadhan yang lepas  penghuni telah memulakan
beribadah
bertarawikh berjamaah di surau tersebut,  Pengoperasian Surau ini  telah
mendapat
kelulusan dari JAIS. Segelintir penghuni dari kaum lain tidak senang dengan
kewujudan
surau di tempat tersebut. Peristiwa hari raya Adha baru baru ini dimana
penghuni telah
mengadakan korban lembu beramai-ramai dikawasan surau, telah menambahkan
lagi
rasa 'tidak senang' mereka terutama kaum hindu. Mereka berjumpa dan mengadu
kepada MP Ampang Jaya
Ong Tee Kiat. Ong Tee Kiat membuat aduan kepada MPAJ. MPAJ lantas bertindak
 kerana tekanan
dari MP tersebut tanpa berbincang terlebih dahulu dengan penduduk Islam
di kawasan tersebut.
5. Jika perbincangan dengan Mneteri Besar gagal dan MPAJ berkeras hendak
meruntuhkan
surau penghuni tersebut, 'Kami bagi pihak JIM Ampang JAya meminta dan
memonon agar
Presiden JIM, YDP setiap daerah Selangor dan YDP Negeri menghantar surat
bantahan secara resni
kepada MPAJ di atas kekejaman mereka yang bertindak terhadap umat Islam
semata-mata
kerana tekanan kaum lain  (atas rasa tidak senang semata-mata?)

Wassalam
kak endok
AJK JIM A/Jaya
-------------------
>Semalam 24/2/2000 pada jam 11.30 malam ana berserta dengan Tn Hj.M. Esa
dan
>Sdr.Kamarulzaman telah pergi ke Surau Al Ikhlas Di Basement Blok C,
>Rumah Pangsa Pandan Perdana 3, Jalan 9/10, Pandan Perdana untuk
>mendapatkan maklumat sebenar tentang notis yang memanggil kepada
>tindakan segera kita selaku wadah yang menggerakkan masyarakat kearah
>penghayatan Islam. Dua notis telah dikeluarkan oleh MPAJ untuk
>merobohkan surau sementara yang telah mendapat persetujuan JAIS yang
>dibina di Basement Flat tersebut.
>
>Kelompok rumah pangsa di situ mempunyai 720 unit rumah dengan penghuni
> dari keluarga Islam sebanyak 250 unit. Surau yang dibina telah
>berjaya membawa penduduk setempat mengujudkan kerjasama dan
>menggalakkan ukhwah Islamiah. Mengikut apa yang dilaporkan disurau itu
>telah ada Insan yang yang meengucap dua kalimah shahadah untuk memeluk
>Islam.
>
>TINDAKAN:
>1. JIM Ampang Jaya akan bersama dengan Jawatankuasa Bertindak untuk
>membantah notis tersebut dan kerja merobohkannya dijangka pada hari
>Isnin 27/3/00.
>
>2. Hari ini (25/3/00-Sabtu) JIM AJ akan bersama Setiausaha Surau ke
>JAIS dan ke Pejabat Menteri Besar Selangor untuk berunding.
>
>3. Jawatankuasa Bertindak menjadualkan  berjumpa  ADUN Pandan petang
>ini 25/3/00. Pihak media telah dipanggil untuk kesurau itu petang ini
>juga.
>
>4. Malam ini 25/3/2000 11.30malam mesyuarat khasakan diadakan untuk
melihat
>hasil rundingan. Jika gagal; perkara ini akan dibawa kepada DYMM
>Sultan Selangor Darul Ehsan.
>
>Sekian, terpaksa diringkaskan untu Pejabat JAIS dan MB sekarang.
>
>Wassalam dan berdoaagarisu ini dapat membawa kepada Perpaduan
>Ummah......
>
>YDP Ampang Jaya.




(See attached file: surat bantahan roboh.doc)
Assalamualaikum Warahmatullahi Taala  Wabarakatuhu.
From: ir_endok sempo <[EMAIL PROTECTED]>

Microsoft Word 4

Kirim email ke