*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wr wb,

Baru terbaca di satu mailing list, mungkin relevan kepada kita di dalam
percakapan sehari-hari maupun di dalam 'percakapan' di net ini:

"Wisemen talk because they have something to say: fools because they 
have to say something."

Kata-kata yang membawa maksud yang hampir sama dengan yang
di atas:

1. Orang bijaksana selalunya bercakap dengan matanya. Orang bodoh
selalunya menelan dengan telinganya.

2. Hati orang yang bodoh itu di mulutnya dan lidah orang yang bijak
itu di hatinya.

3. Kita mempunyai dua telinga, tetapi satu lidah supaya dengan itu kita
lebih banyak mendengar dari bercakap.

4. Orang yang kurang berfikir banyak bercakap.

5. Diam tanpa berfikir tidak berguna tetapi suara tanpa hikmat tidak
bererti.

On a more serious note, teguran Ibnu Abbas r.a kepada sekumpulan
tabien: 

"Izinkan aku menceritakan sifat hamba-hamba Allah yang hakiki. Mereka
adalah manusia yang tidak ingin berkata-kata kerana takutkan Allah.
Sungguhpun mereka tidak bisu, sebaliknya dapat menggunakan bahasa
dengan fasihnya tetapi oleh kerana selalu memuji-muji Allah, mereka
tidak dapat memperkatakan sesuatu yang sia-sia. Apabila mereka sampai
ke peringkat keimanan yang sedemikian, mereka bersegera ke arah 
kebaikan. Mengapakan kamu sekalian menyeleweng dari jalan ini?"   

Wassalam.

Abu Muaz

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke