*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wr wb,

[EMAIL PROTECTED] (Hero Noone) wrote:
>Mari kita ramai-ramai sembahyang hajat supaya Allah
>turunkan Bala untuk orang yang menghina perjuangan
>Ulama macam Syazana Hamzah nie.
>Aku akan mulakan malam ini juga. Moga moga Allah
>makbulkan.

Saya bersetuju dengan Pahang Junior bahawa ini bukanlah cara yang 
diajar oleh Islam di dalam berhadapan dengan 'tentangan' sebegini.
Sekiranya Hero Noone ingin bersembahyang hajat juga untuk Syazana
Hamzah, doakan beliau mendapat hidayah. Manalah tahu beliau akan
mendapat taufik berkat doa anda, seterusnya menjadi lebih giat
berusaha untuk ketinggian agama Islam, melebihi kita semua. 

Saidina Umar r.a sendiri pernah didoakan oleh Rasulullah saw untuk
memeluk dan menguatkan Islam. Kita perhatikan bagaimana S. Umar
menerima Islam seterusnya menjadi salah seorang sahabat yang
terkemuka, mengalahkan kebanyakan sahabat yang lebih terdahulu
memeluk Islam di segi sumbangannya kepada Islam.

Bagaimanakah ajaran Islam di dalam berhadapan dengan ejekan-
ejekan penentang-penentang perjuangan Islam? Antaranya Allah
berfirman:

"Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Pemurah (Ar-Rahman) itu 
(ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan 
apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-
kata (yang mengandungi) keselamatan."  (Al-Furqaan : 63)

Imam Hasan Al-Banna sendiri mengumpamakan sikap yang perlu ada pada 
pendakwah sebagai pokok yang berbuah lebat, menjatuhkan buahnya bila 
dibaling orang dengan batu. Sehubungan dengan ini, Allah swt berfirman:

"Tolaklah perbuatan buruk mereka dengan yang lebih baik. Kami lebih 
mengetahui apa yang mereka sifatkan."  (Al Mukminuun : 96)

Wassalam.

Abu Muaz
 

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke