*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Kuliyyah Maghrib ini disampaikan oleh Ustaz Halim Hassan di Masjid Kampung Makam. Petikan daripada kitab Al-Yuwaqit wal-Jawahir; manakala rujukannya pula daripada kitab Duratul Nassihin dan kitab Hidayatul Subyat. Tajuk : Pada menyatakan siksa-siksa untuk orang yang melakukan dosa besar. ------------------------------------------------------- Ini bab yang pertama pada menyatakan siksa orang yang meninggalkan sembahyang .Sepertimana firman ALLAH di dalam al-Quran yang bermaksud,”Dirikan olehmu akan sembahyang.Maka bahwasanya sembahyang itu adalah ia atas segala orang yang beriman yang difardhukan berwaktu atas sekelian mereka itu.” [ Ayat ini menjadi dalil bahwa sembahyang itu fardhu. ] Maka ALLAH kata,”Dan dirikan olehmu akan sembahyang.” [ Maknanya tuan-tuan,kita mau ada masa untuk berdiri di depan Tuhan setiap hari.Kalau kita sibuk sangat dengan urusan keduniaan tiap-tiap hari,maka kita mesti menjadi seorang yang pandai mencari waktu-waktu yang sesuai untuk kita berdiri di depan Tuhan,yakni as-Solah.Lalu ALLAH minta semua orang Islam yang cukup kefardhuan ke atasnya (yang cukup syarat-syarat wajib sembahyang),maka dia kena mai sembahyang.Apakah dia syarat-syarat wajib sembahyang? Kalau kita tengok dalam kitab Hidayatul Subyat; wajib sembahyang ada 5 syarat.Kalau nak suruh anak bini kita sembahyang,kita mesti pastikan yang depa mesti ada kelima-lima syarat ini.Misalnya,kalau kurang 1,hanya ada 4 sahaja,maka depa tak diwajibkan sembahyang.Syarat-syaratnya ialah : 1) Orang Islam – laki-laki/perempuan yang Islam diwajibkan sembahyang.Kalau orang-orang yang terbatal ‘Islam’nya,ALLAH mau dia mengucap balik dua kalimah syahadah beserta dengan taubat kepada ALLAH terlebih dahulu; kemudian baru boleh dia sembahyang. 2) Sempurna akal – maknanya,tak gila.Orang ni,otak dia center elok dan dia tidak menghadapi masalah-masalah yang sehinggakan syarak tidak mewajibkan dia sembahyang. 3) Baligh – cukup umur.Anak lelaki/perempuan kita bila dah cukup umur,depa ni kena sembahyang. 4) Suci daripada haid/nifas – yang ni khusus untuk orang perempuan sahaja.Bukan pasai apa tuan-tuan; kadang-kadang ada juga kita dengaq orang lelaki yang mangkuk ayun kata depa uzur.Turun darah kot mana pun tak tau. 5) Masuk waktu sembahyang. Apabila kelima-lima syarat ni ada pada seseorang,tapi dia tetap tidak mendirikan sembahyang,maka dia dianggap melakukan dosa besar di sisi ALLAH SWT. Bagi kita orang lelaki dan juga sebagai ayah,kalau isteri dan anak-anak tak sembahyang,maka kita (ayah) yang bertanggungjawabdi depan ALLAH nanti.Sepertimana yang disebut di dalam kitab ‘Muhimah Hadis’,iaitu sekiranya seorang perempuan itu sembahyang tapi suaminya tak sembahyang,maka perempuan itu boleh masuk syurga tapi suaminya ke neraka.Manakala sekiranya jika seorang suami sembahyang tapi isterinya pula tak sembahyang,maka isteri yang tak sembahyang itu bersama-sama dengan suaminya juga masuk ke neraka.Ini kerana sudah menjadi kefardhuan ke atas suami untuk memaksa isteri/anak-anaknya supaya mendirikan sembahyang apabila sudah cukup kelima-lima syarat tadi ke atas mereka. Maka,daripada ayat Quran tadi; barang siapa cukup kelima-lima syarat tadi,maka dia kena sembahyang.Dan kata ALLAH lagi bahwa sesungguhnya sembahyang itu Tuhan fardhukan untuk orang-orang yang beriman dan sembahyang itu disusunkan oleh ALLAH kepada waktu-waktu yang tertentu. ] Firman ALLAH dalam surah Maryam ayat 59 yang bermaksud,”Yakni maka telah mengganti-ganti kemudian daripada mereka itu (yakni ambi` yang awal-awal telah digantikan oleh penjahat); yang menggantikan umat mereka itu telah meninggalkan mereka itu akan sembahyang dan mengikut mereka itu akan syahwat.” [ ALLAH kata dalam masalah tinggalkan sembahyang ni (sepertimana yang ALLAH rakamkan dalam Surah Maryam); telah pun berlaku sejak zaman Nabi-nabi yang terdahulu lagi (eg,Musa,Harun,Isa,Zakaria dan lain-lain lagi),yakni umat-umat terdahulu mula menderhaka setelah Nabi-nabi mereka ni wafat.Maka kata ALLAH,akibat daripada tinggalkan sembahyang,maka mereka akan mengikut arahan nafsu mereka. ] Seperti firman ALLAH yang bermaksud,"Tidakkah kamu melihat,orang-orang yang mengambilnafsunya sebagai Tuhan; tidaklah ALLAH SWT." [ Kata ALLAH bahwa orang yang tak sembahyang ni,dia dah ambik nafsu sebagai Tuhan.Maknanya disini,dia tak ikut dah perintah Tuhan,pasai dia lebih condong mengikut kehendak nafsunya.Oleh sebab inilah,maka kita ni disuruh oleh ugama supaya sembahyang.Kerana sembahyang ni akan menjadi satu dinding antara kita dengan maksiat.Jadi,kalau kita tak sembahyang,maka kita tak ada pendinding,lalu akan membuka lorong untuk kita terjun dalam kemurkaan ALLAH SWT.Nauzubillahi min zalik. Kalau kita merujuk kepada kitab Imam Ghazali yakni Ihya Ulumuddin; Imam Ghazali mengatakan bahwa sembahyang ni laksana magnet,manakala ibadat-ibadat yang lain umpama benda-benda yang ditarik oleh magnet.Kalau kita tak sembahyang,maka kita ibarat magnet yang tiada kuasa tarikan,yakni tak berfungsi.Oleh itu,dengan dia tidak sembahyang saja,maka ibadat-ibadat lain seperti sedeqah,umrah,haji,tutup aurat dan lain-lain lagi; dia tak dapat. ] Dan kata ALLAH lagi,"Dan maka lalu dimasukkan ke dalam neraka melainkan orang yang taubat pada meninggalkan sembahyang." [ Janji daripada ALLAH SWT ialah Dia akan rejam semua orang yang tak sembahyang; melainkan depa ni taubat dengan 'taubatan nasuha'. ] "Serta diqada sembahyang yang ditinggalnya itu." [ Salah satu tanda kita bertaubat ialah dengan kita mengqada semua sembahyang yang pernah kita tinggal. ] Dan lagi firman ALLAH di dalam al-Quran Surah al-Maa`uun ayat 4-5 yang bermaksud,”Yakni maka dimasukkan ALLAH SWT di dalam neraka,yang adalah mereka itu lalai/lipa.” [ Ini adalah satu ancaman ALLAH yang nak perosok orang-orang yang lalai/lupa ke dalam neraka. ] Daripada tafsiran Ibnu Abbas r.a. tentang ayat ini,katanya,”Dan adalah yang dinamakan ‘wail’ itu adalah satu wadi.Yakni tempat antara dua gunung dalam api neraka jahannam.” [ Dalam ayat tu,ALLAH kata,”Fa wai lul”.Yang bermaksud binasalah orang yang sembahyang tapi dia dok buat kalang kabut dengan sembahyang dia.Iaitu dengan sembahyang Asarnya pukoi 7.15 pm; dengan sembahyang Maghribnya pukoi 8.35 pm; dengan sembahyang Isya`nya lagi 10 minit nak masuk waktu Subuh; maka mereka ini dipanggil kebinasaan. ] Lalu Ibnu Abbas r.a. kata,”Makna ‘wail’ itu ialah satu wadi atau lembah yang berada diantara dua himpitan gunung di dalam api neraka jahannam.” [ Tuan-tuan,neraka ni bukanlah satu tempat yang kecik.Yang kata neraka tu; satu neraka = 7 petala langit + 7 petala bumi.Kalau la ni kita dok duduk atas satu lapisan bumi dan diatas pula ada satu lapisan langit,pun kita dah rasa cukup punya luas (tapi sempit sebenarnya bagi ALLAH); dengan ALLAH boleh susun gunung ganang dan lautanNya sekali; inikan pula dalam neraka yang keluasannya 7 petala langit + 7petsls bumi,maka takkan ALLAH tak boleh buat gunung ganang di dalamnya.Maka kata ALLAH bahwa di lembah yang sangat panas inilah yang akan disumbatNya orang –orang yang suka men’takkhir’kan sembahyang mereka.Yang dimaksudkan men’takkhir’ ialah dia sembahyang tapi dia suka buat dihujung-hujung waktu. ] “Maka minta tolong lah daripada ALLAH,kepada api neraka jahannam dari panasnya dan wadi itu tempat kediaman orang yang men’takkhir’kan sembahyang daripada waktunya dan istimewa pula untuk orang meninggalkan sembahyang selama-lamanya.” [ Yang nak habag kat sini ialah orang yang buat sembahyang kelam kabut pun nak kena rejam masuk dalam wadi ni; inikan pula yang tak buat sembahyang langsung.WALLAHU`ALAM. ] .......bersambung....... __________________________________________________ Do You Yahoo!? Talk to your friends online with Yahoo! Messenger. http://im.yahoo.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>