*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
RENCANA YG DIMAKSUDKAN
Perbezaan ajaran Islam dengan ajaran Pas
Oleh: WAN MOKHTAR AHMAD
PAS bukanlah sama dengan agama Islam dan agama Islam bukanlah Pas. Memang
jelas bahawa ajaran Pas adalah menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.
Pas memperlihatkan bahawa ramai pengikutnya tidak mematuhi ajaran Islam
sebenarnya.
Mereka hanya taksub dan mementingkan parti mereka sahaja. Mereka tidak dapat
menghormati prinsip hidup ummah Islam dan sanggup melakukan apa saja, sama
ada betul atau pun tidak untuk kemenangan parti mereka.
Mereka menjahanamkan orang lain kalau tidak menyokong parti mereka dengan
berselindung di sebalik perkataan Islam. Falsafah hidup Pas berada di atas
dasar sakit hati dan benci-membenci kepada orang Islam yang tidak menyokong
Pas.
Mereka tidak berdisiplin dan tidak beretika serta tidak senang hati melihat
umat Islam hidup dalam aman damai seandainya mereka tidak menyokong Pas.
Pegangan hidup pengikut Pas ialah apa yang Pas lakukan semuanya betul
sekalipun salah dari segi Islam manakala apa yang golongan bukan Pas dan
sekutunya (pakatannya) lakukan semuanya salah, walaupun betul menurut Islam,
tetapi dikira salah kerana tidak menyokong Pas dan sekutunya. Inilah amalan
dan sifat-sifat Asabiyyah sebenarnya.
Apa yang kita saksikan selama ini terdapat jurang perbezaan yang amat ketara
di antara ajaran Islam dengan ajaran Pas, contohnya:-
* Islam menyeru kepada perpaduan ummah tetapi Pas menyeru kepada perpecahan
dan permusuhan serta benci-membenci di antara satu sama lain, sehingga
budaya mencarut dan maki hamun dibolehkan.
* Islam menyeru kepada pengisian fardu ain dan fardu kifayah, tetapi Pas
menyeru kepada pengisian fardu ain sahaja. Ilmu fardu kifayah itu dianggap
ilmu sekular bagi mereka.
Pengalaman kita di Terengganu apabila kita mempelbagaikan kursus dan bidang
pengajian di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) supaya sejajar dengan
perkembangan zaman, termasuk yang berkaitan dengan pentabdiran, perniagaan,
teknologi maklumat dan sebagainya, Pas mempertikaikan langkah ini di Dewan
Undangan Negeri Terengganu dengan meminta diadakan pengajian Islam sahaja,
seolah-olah bidang lain terkeluar dari agama Islam.
* Dalam al-Quran, tiap-tiap kali disebut Dirikanlah sembahyang dan
tunaikanlah zakat ini menggambarkan kepentingan ekonomi kepada ummah.
Tetapi Pas mementingkan ibadat khusus semata-mata tanpa menghiraukan sudut
memelihara nyawa dan kepentingan ummah.
* Islam menyeru supaya umatnya ''membela agama, bangsa (ummah dan tanah
air'', sebagai perkara yang wajib dipertahankan oleh umat Islam, tetapi Pas
mengajak pengikutnya supaya mempertahankan ''agama'' sahaja, tanpa
mempertahankan teras kewujudan penganutnya (Akkulliatul Khams) yang dituntut
oleh agama Islam yang mana agama juga terangkum sama di dalamnya.
* Syariat Islam adalah bersifat menyeluruh, iaitu ibadat, muamalat atau
hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia, hubungan
kekeluargaan, munakahat dan jinayat termasuk akidah dan akhlak. Tetapi Pas
menumpukan kepada hukum hudud sahaja yang merupakan sebahagian dari bidang
jinayat.
Islam mengajar umatnya supaya orang muda menghormati orang tua dan yang
besar menyayangi yang kecil (kanak-kanak) tetapi Pas melatih kanak-kanak
yang kecil supaya tidak menghormati orang tua-tua, andainya orang-orang tua
itu tidak menyokong Pas.
* Islam mengajar umatnya supaya berdakwah dengan lemah lembut, hikmah dan
mauizatul hasanah, tetapi Pas menganjurkan berdakwah secara kekerasan serta
melanggar tatasusila tanpa menghormati sesama Islam andainya orang Islam itu
tidak menyokong Pas. Bukan sahaja berdakwah secara keras, tetapi
kadang-kadang berlagak seperti hakim menjatuhkan fatwa dengan menghukum
orang itu dan orang ini. Sehingga di suatu masa dulu pernah sejumlah besar
umat Islam di Malaysia ini dihukum kafir oleh Pas kerana tidak menyokong
Pas. Almarhum Al-Hudzaibi seorang pejuang Islam Mesir pernah berkata, ''kami
ini pendakwah dan bukan kadi''.
* Negara kita adalah sebuah negara yang mempunyai peraturan dan
undang-undang serta bertamadun dan bertatasusila.
Tiap-tiap rakyat negara ini perlu mematuhinya. Tetapi Pas adalah parti yang
tiada disiplin dan amat suka melanggar undang-undang. Sekiranya diambil
tindakan, mereka marah dan akan menuduh kerajaan yang ada tidak Islam dan
mulalah hendak berperang sabil sesama Islam.
Ini adalah satu kesilapan kerana mereka terlalu taksub kepartian. Para
pemimpin Pas mestilah bertanggungjawab di atas hukuman kafir ke atas
orang-orang UMNO, kononnya orang UMNO kafir kerana berbaik-baik dengan
bangsa Cina dan India di negara ini.
Sekarang apakah yang terjadi kepada Pas? Pas sendiri telah berhasrat membuka
keahlian parti mereka kepada bukan Islam dan telah berbaik (bersahabat)
dengan DAP (yang bukan Islam dan menentang Islam).
Ini bererti pemimpin Pas baru sedar bahawa berbaik-baik dengan orang bukan
Islam rakyat negara ini tidak salah di sisi agama dan tidak menjadi kafir.
Orang UMNO tidak pula menghukum kafir kepada orang-orang Pas kerana Pas
bersahabat dengan orang kafir. Fikirlah siapakah yang bertanggungjawab dalam
hal ini? Hukuman kafir ke atas orang-orang UMNO hingga sekarang pun belum
lagi ditarik balik oleh pemimpin Pas yang membuat fatwa atau amanat
tersebut.
Sesetengah pemimpin Pas marah dan hina UMNO kerana kononnya UMNO itu parti
kebangsaan. Seolah-olah ''kebangsaan'' itu perkara salah dalam agama. Tiada
ulama Islam yang mengatakan membela ''bangsa dan tanah air'' itu salah dalam
agama kita, bahkan membela ''bangsa dan tanah air'' itu menjadi salah satu
dari tuntutan agama. Jelaslah pemimpin Pas memang tidak membaca penjelasan
mengenai ''kebangsaan ini yang ditulis oleh pimpinan agung Ikhwanul
Muslimin, Al-Marhum Hassan Al-Banna, seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin yang
terkenal itu dalam tahun-tahun 30-an dan 40-an.
Inilah tindak-tanduk perjuangan Islam dari orang-orang yang tidak
bertanggungjawab dan tidak faham permasalahan umat Islam dan politik secara
mendalam, sebaliknya, hanya pandai menghukum sahaja. Sekiranya mereka tahu
mereka salah sekalipun, mereka tidak mahu mengaku.
Berdasarkan kepada penjelasan di atas, adalah jelas bahawa ajaran Pas
tidaklah sama dengan ajaran Islam yang Maha Suci sungguhpun mereka
menggunakan Islam sebagai topeng bagi memperdayakan masyarakat umum.
Oleh yang demikian, umat Islam perlulah berwaspada dan berhari-hati agar
tidak terpengaruh dengan tipu daya dan helah Pas selama ini, kerana sudah
sekian lama Pas melakonkan ''Islam'' sedangkan hakikatnya mereka
memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini dan merosakkan imej Islam
sebenar di mata umum.
WAN MOKHTAR AHMAD adalah bekas Menteri Besar Terengganu.
--------------------------------------------------------------------------------
© UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala
Lumpur.
E-mail: [EMAIL PROTECTED]
>From: "Saleh B. Hayon (Central)" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: "Saleh B. Hayon (Central)" <[EMAIL PROTECTED]>,
>[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
>"'Syazana Hamzah'" <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: H-Net* RE: Tulisan Wan Mokhtar di Utusan Malaysia
>Date: Mon, 27 Mar 2000 13:04:06 +0800
>
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Saya rasa otak cik syazana yang dah tersumbat sebab dah tak tahu mana yang
>betul dan mana yang tak betul!. Kalau asyik baca utusan meloya tu sahaja
>nanti otak awak pun jadi tak betul.
>
>
> ----------
> From: Syazana Hamzah[SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
> Sent: 26 March 2000 09:46
> To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
>[EMAIL PROTECTED]
> Subject: Tulisan Wan Mokhtar di Utusan Malaysia
>
>
> Kepada semua Hizbinetters sekalian adanya,
> SILALAH BACA TULISAN WAN MOKHTAR AHMAD DIDALAM UTUSAN MALAYSIA SABTU
> 25.3.2000 TENTANG KETIDAK BERAPA BETUL NYA PAS...SAYA RASALAH ADA JUGA
> BETULNYA PIKIRAN ULAMAK UMNO NI, KEPADA AHLI BA YANG ANTI UTUSAN TU
>BOLEHLAH
> TANYA KEKAWAN YANG BELI UTUSAN SABTU TU....KEMUDIAN BACA DAN PIKIRLAH
>SALAH
> BETULNYA....JANGAN DOK BACA HARAKAH JE....tersumbat OTAK NANTI....
> Kepada hizbinetters yang MENGEBOM emails saya; saya ucapkan SYUKRAN semoga
> ALLAH balaskan dia diatas dunia ini dan diakhirat...wallahuaklam...busuk
> hati punya orang...
> ______________________________________________________
> Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
>
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "Saleh B. Hayon (Central)" <[EMAIL PROTECTED]>
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "M.Affiq Hakimi" <[EMAIL PROTECTED]>