*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamualaikum, Nak tanya; Malaysia ni negara Islam ke negara Hindu? Kalau robohlah surau tu, sah lah negara ini negara hindu. ------------- Someone wrote: Assalamualaikukm war wab 1. Diforwartdkan email dari YDP Ampang Jaya mengenai tindakan susulan JIM AJ menangani ancaman MPAJ untuk merobohkan surau. 2 . Disertakan surat bantahan penduduk RumahPangsa agar kerja-kerja meroboh surau dan rayuan untuk ditunda dan minta penyediaan surau gantian sebelum surau kekal siap dibina. 3. Perjumpaan dengan MPAJ telah dibuat oleh penduduk tetapi rayuan dan bantahan mereka telah tidak dilayan. Malah mereka MENDAPAT NOTIS KEDUA akan meruntuhkan pada 27/3/2000. Salah seorang penghuni adalah merupakan seorang polis berpangkat yang telah ditugaskan untuk menjaga keselamatan pegawai MPAJ semasa kerja-kerja meruntuh kan surau akan dilaksanakan nanti. ALhamdulillah pegawai Polis tersebut telah menghubungi pihak JIM A/Jaya, beliau berpandangan perkara ini tak mahu di politikkan, JIM sebagai NGO yang tidak mempunyai kepentingan politik adalah badan neutral untuk merujuk dan meminta bantuan yang berkaitan dengan masalah umat Islam dan pelaksaanan syariatnya. 4. Background story: Pada 15 Ramadhan yang lepas penghuni telah memulakan beribadah bertarawikh berjamaah di surau tersebut, Pengoperasian Surau ini telah mendapat kelulusan dari JAIS. Segelintir penghuni dari kaum lain tidak senang dengan kewujudan surau di tempat tersebut. Peristiwa hari raya Adha baru baru ini dimana penghuni telah mengadakan korban lembu beramai-ramai dikawasan surau, telah menambahkan lagi rasa 'tidak senang' mereka terutama kaum hindu. Mereka berjumpa dan mengadu kepada MP Ampang Jaya Ong Tee Kiat. Ong Tee Kiat membuat aduan kepada MPAJ. MPAJ lantas bertindak kerana tekanan dari MP tersebut tanpa berbincang terlebih dahulu dengan penduduk Islam di kawasan tersebut. 5. Jika perbincangan dengan Mneteri Besar gagal dan MPAJ berkeras hendak meruntuhkan surau penghuni tersebut, 'Kami bagi pihak JIM Ampang JAya meminta dan memonon agar Presiden JIM, YDP setiap daerah Selangor dan YDP Negeri menghantar surat bantahan secara resni kepada MPAJ di atas kekejaman mereka yang bertindak terhadap umat Islam semata-mata kerana tekanan kaum lain (atas rasa tidak senang semata- mata?) Wassalam ------------------- >Semalam 24/2/2000 pada jam 11.30 malam ana berserta >dengan Tn Hj.M. Esa dan Sdr.Kamarulzaman telah pergi >ke Surau Al Ikhlas Di Basement Blok C, Rumah Pangsa >Pandan Perdana 3, Jalan 9/10, Pandan Perdana untuk >mendapatkan maklumat sebenar tentang notis yang >memanggil kepada tindakan segera >kita selaku wadah >yang menggerakkan masyarakat kearah penghayatan Islam. >Dua notis telah dikeluarkan oleh MPAJ untuk >merobohkan surau sementara yang telah mendapat >persetujuan JAIS yang dibina di Basement Flat tersebut. > >Kelompok rumah pangsa di situ mempunyai 720 unit rumah >dengan penghuni dari keluarga Islam sebanyak 250 unit. >Surau yang dibina telah berjaya membawa penduduk >setempat mengujudkan kerjasama dan menggalakkan ukhwah >Islamiah. Mengikut apa yang dilaporkan disurau itu >telah ada Insan yang yang meengucap dua kalimah >shahadah untuk memeluk Islam. > >TINDAKAN: >1. JIM Ampang Jaya akan bersama dengan Jawatankuasa > Bertindak untuk membantah notis tersebut dan kerja > merobohkannya dijangka pada hari Isnin 27/3/00. > >2. Hari ini (25/3/00-Sabtu) JIM AJ akan bersama > Setiausaha Surau ke JAIS dan ke Pejabat Menteri > Besar Selangor untuk berunding. > >3. Jawatankuasa Bertindak menjadualkan berjumpa ADUN > Pandan petang ini 25/3/00. Pihak media telah > dipanggil untuk kesurau itu petang ini juga. > >4. Malam ini 25/3/2000 11.30malam mesyuarat khasakan > diadakan untuk melihat hasil rundingan. Jika gagal; > perkara ini akan dibawa kepada DYMM Sultan Selangor > Darul Ehsan. > >Sekian, terpaksa diringkaskan untu Pejabat JAIS dan MB >sekarang. > >Wassalam dan berdoaagarisu ini dapat membawa kepada >Perpaduan Ummah...... > >YDP Ampang Jaya. ----------------------------------------------------- Get free email from CMP at http://www.cmpnetmail.com/ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: [EMAIL PROTECTED]