*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum

Dr Mahathir dengan rasa tidak malu meminta DYMM Raja Raja untuk menyelesaikan 
masalah yang sebenarnya ditimbulkan oleh UMNO dan beliau sendiri. Sepertimana 
kebiasaan 
jika ada sebarang perpecahan dikalangan rakyat atau sebarang masalah, maka Dr Mahathir 
akan menuding jari kepada orang lain. Beliau sama sekali tidak pernah menyalahkan diri 
sendiri dan UMNO atau melihat kepada pekong sendiri. Semua orang lain yang bersalah 
baik 
di dalam atau di luar negeri. Kalaulah boleh lembu dan biawak disalahkan maka, 
binatang 
itulah yang didapati bersalah. 

PAS memperjuangkan agar rakyat bersatu padu di bawah panji panji Islam, bernaung 
dibawah 
perlembagaan Al Quraan dan Sunnah. Semua mereka mereka yang beragama Islam dan 
Melayu mesti dan wajib bersatu mengikut kehendak Islam. Ini termasuklah Dr Mahathir 
dan 
UMNO yang juga mengaku sebagai Umat Muhammad SAW dan beragama Islam. Malangnya 
oleh kerana kejahilan dan kepentingan diri di pihak Dr Mahathir, maka PAS disalahkan 
sebagai memecah belahkan rakyat. Nampak sangat bahawa Dr Mahathir telah berbohong 
lagi. 

Mereka mereka yang menyeru kepada Islam konon kononnya bersalah dan beliau yang 
selama ini mengamalkan konsep pecah dan perintah dan pemisahan antara agama dan 
kehidupan tidak bersalah. UMNO dari dulu kini dan selamanya setiap kali berlaku 
sebarang 
pemilihan di walau di peringkat mana pun telah dan akan bercakaran dan berbalah. Malah 
ada 
yang sampai membaling telur busuk dan tidak bertegur sapa. Mengapa Dr Mahathir tidak 
menuding pada UMNO sendiri ? Sampai bilakah beliau akan terus berbohong kepada rakyat
yang semakin celik

DYMM Raja raja tentulah lebih arif dan masak dengan segala tingkah laku dan karenah Dr 
Mahathir yang gemar berbohong, membuat fitnah dan gila kuasa itu. Kebawah Duli Duli 
Yang 
Maha Mulia tentu masih ingat bilamana Dr Mahathir dengan angkuh menidakkan kuasa Raja 
raja yang termaktub didalam Perlembagaan. Sekarang ini DYMM Raja Raja di perintahkan 
oleh Dr Mahathir menyelesaikan masalah perpecahan yang beliau sendiri timbulkan.  
Sebenarnya perpecahan yang timbul hanyalah didalam UMNO kerana mereka asyik berbalah 
dan bercakaran. Majoriti orang Melayu Islam yang menyokong Islam tidak berpecah belah. 
Islam menwajibkan umat bersatu padu dan hanya UMNO yang menggalakkan kepada 
perpecahan. Jika benar kebawah DYMMM Raja Raja inginkan menyelesaikan masalah 
perpecahan, sumber asal perpecahan itu yakni Dr Mahathir dan UMNO mestilah di bendung. 
Dr Mahathir dan UMNO adalah umpama virus pembawa penyakit yang amat merbahaya yang 
mesti di musnahkan. 

Wassalam

Mr Penyatu


http://www.care2.com - Homebase for people who care about the Environment!

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Mr Pengundi" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke