*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum

Nampaknya walaupun tidak dipilih oleh rakyat, dan walaupun kalah didalam pilihanraya Dr
Abdul Hamid masih terus mengeluarkan fatwa dan pendapat yang karut marut.  Malah
kekalahan yang lalu tidak digunakan untuk merenung diri, bermuhasabah dan bertaubat. 
Inilah
yang dinamakan UMNO dulu kini dan selamanya. Biar pun salah dan silap UMNO tetap
UMNO  dan Dr Abdul Hamid masih tetap seperti macam biasa, menyesatkan rakyat dengan
kata kata yang mengelirukan dan yang boleh menggocangkan akidah. Samalah seperti Dr
Mahathir yang gemar berbohong, Dr Abdul Hamid juga mewarisi bakat yang sama.

Malah Dr Abdul Hamid lebih merbahaya kerana beliau lebih berlilmu dari Dr Mahathir. 
Amatlah
malang ilmu agama yang Dr Abdul Hamid miliki digunakan untuk menyesatkan rakyat jelata.
Bayangkan betapa tergagapnya Dr Abdul Hamid di Akhirat kelak kerana memutar belitkan
Ayat Ayat Allah dan Sunnah Rasul SAW.

Wassalam

Mr P




Hamid Othman dakwa perjuangan UMNO sangat islamik ...

Home News - 29/03/2000

Sekular: Hamid jawab dakwaan Nik Aziz
KUALA LUMPUR 28 Mac - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paduka Dr. Abdul
Hamid Othman hari ini menjawab kenyataan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat semalam berhubung UMNO yang didakwa membawa fahaman sekular.
Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian semasa menyifatkan usaha raja-raja
untuk menyelesaikan konflik perpecahan di kalangan orang Melayu sebagai
tindakan
mencampuri urusan politik di negara ini.

Berikut ialah kenyataan penuh daripada Dr. Abdul Hamid:

DALAM sebuah akhbar tempatan berbahasa Malaysia pada 28 Mac 2000, Datuk Nik
Aziz, Mursyidul Am Pas berkata bahawa UMNO membawa fahaman sekular dan ini
bercanggah dengan Islam. Suka saya menerangkan kepada semua umat Islam dan
rakyat Malaysia bahawa fahaman ilmiah yang dipegang oleh Nik Aziz mengenai
sekular dan Islam adalah salah sama sekali. Yang bercanggah dengan Islam ialah
fahaman sekularisme yakni tidak percaya kepada hari akhirat dan hisab di hari
akhirat. Misalnya seorang berpendapat bahawa kejahatan yang dibuat di atas
dunia
ini tidak ada balasan di akhirat. Kalau terlepas daripada tindakan
undang-undang
atau hukuman maka terlepaslah orang itu daripada balasan di akhirat. Begitu
juga
pegangan terhadap sesuatu hukum seperti hormatkan ibu bapa, adalah salah kalau
hormat kerana kedua orang tua itu mempunyai harta ataupun sesuatu yang boleh
dimanfaatkan, kalau tidak ada tidak perlu hormat atau taat. Ini adalah 
sekularisme yang bercanggah dengan Islam. Hormatkan ibu bapa adalah wajib,
sekiranya sesiapa tidak patuh kepada ibu bapa, dia dikira berdosa dengan
balasan
azab di akhirat. Fahaman seperti ini adalah contoh sekularisme.
Adapun sekular adalah perkataan Inggeris bererti duniawi. Di dalam Islam
hal-hal
duniawi tidak dilarang kecuali yang haram di sisi syarak, bahkan Islam menyuruh
kita mencapai kesejahteraan duniawi seperti semasa kita berdoa terdapat
perkataan Hassanah Fid Dunya, malah mencari kesejahteraan di dunia ini disuruh
oleh Islam untuk mencapai kesejahteraan di akhirat.
Di dalam istilah agama bermaksud berdosa kalau tidak dijalankan Hassanah Fid
Dunya atau tidak berusaha menjalankannya, malah akan diberi pahala kalau
berusaha menjalankannya. Pahala lebih besar kalau berjaya.
UMNO dalam kerajaan Barisan Nasional berusaha mempertingkatkan pencapaian hidup
rakyat dalam Hassanah Fid Dunya ini. Inilah perjuangan UMNO tetapi perkara ini
tidak menjadi perjuangan Pas. Maka dengan ini teranglah Pas tidak Islamik malah
menolak sebahagian daripada tuntutan Islam dan perjuangan UMNO sangat Islamik.
Saya tidak fikir Nik Aziz tidak faham dengan apa yang saya terangkan ini,
tetapi
oleh kerana kepentingan politik dan menghormati komponen Barisan Alternatif,
beliau terpaksa bercakap bercanggah dengan hakikat ilmu yang beliau sendiri
belajar. Saya harap janganlah lagi ada orang keliru dengan perkataan sekular
yakni duniawi, kalau keliru sehingga menolak kepentingan duniawi maka
sia-sialah
doa yang kita baca hari-hari mengenai Hassanah Fid Dunya.


© UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala
Lumpur.
E-mail: [EMAIL PROTECTED]



http://www.care2.com - Homebase for people who care about the Environment!

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Mr Pengundi" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke