*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Banyak tulisan Syazana yg telah kita baca. Mungkin ada
kebenarannya pada tulisan beliau, namun banyak isu yg
diutarakan telah memanaskan suhu netters yg lain. Di
sini nasihat saya kpd Syazana, tidaklah salah jika
anda ingin membuat kritikan, tetapi biarlah ikhlas dgn
niat utk kebaikan. Bukan sekadar kritikan-kritikan yg
diutarakan, sehingga membutakan mata hati utk memilih
kebenaran. Saya pun kerap mengkritik kerajaan PAS esp.
dlm isu ternakan babi di Terengganu, tapi tidak pula
saya mengatakan yg kerajaan pusat lebih baik dlm hal
tersebut. Spt kata webmaster Komentar, iaitu utk
tegakkan keadilan dlm KeADILan.
1. Pasar babi di KB
Jika benar kata-kata Syazana, sepatutnya kerajaan PAS
di Kelantan lebih prihatin dlm hal ini. Perlu lebih
banyak pengawasan dilakukan agar kewujudannya tidak
mengganggu keselesaan masyarakat Islam yg majoriti.
Hukum tentang hal ehwal babi ni telah saya utarakan
dahulu, justeru tidak sepatutnya sebuah ‘negeri Islam’
mempunyai pasar babi.
Jgn pula ada netters lain mengatakan bhw pasar babi
tersebut sudah wujud sejak zaman penjajah lagi. Jgn
pula dikatakan keadaan negeri lain di bawah BN lebih
teruk lagi. Jgn pula mengatakan yg kerajaan BN sebelum
ini pun tidak mengambil tindakan apa-apa. Sekarang PAS
yg memerintah, maka sudah semestinya t/jwb itu jatuh
kpd kerajaan pada masa ini. Buatlah mengikut hukum
syarak yg telah termaktub didlm kitab-kitab. Andai PAS
kalah pada 2004 nanti, jgn harap kerajaan pengganti
akan bertindak mengikut hukum Islam. Maka inilah
masanya.
2. Pusat maksiat di KB
Sekali lagi jika benar kata-kata Syazana, maka
kerajaan PAS sepatutnya mengambil langkah sewajarnya.
Jgnlah membuat alasan dgn mengatakan yg pusat maksiat
di negeri lain lebih hebat. Bukankah setiap pemimpin
akan dipertanggungjawabkan kpd apa yg dipimpinnya.
Nyata sekarang bhw negeri yg diperintah oleh PAS pun
masih wujud pusat maksiat. Bukan bermakna kerajaan
tidak melakukan apa-apa. Namun apa yg sepatutnya
difahami ialah tugas mendidik rakyat sebenarnya lebih
sukar drp usaha utk mendptkan 1 undi bagi merebut
tampuk kekuasaan negeri. Menghindarkan maksiat tidak
cukup dgn melaksanakan hukum andai tidak mendapat
k/sama individu rakyat. Namun rakyat yg benar-benar
terdidik shj akan menjauhkan diri drp segala maksiat.
Utk itu, tugas yg berat bagi kerajaan Kelantan
sekarang ialah b/mana ingin mendidik rakyat secara
berkesan. B/mana utk menyelamatkan rakyat dari api
neraka.
‘Peliharalah diri dan ahli keluarga mu dari api
neraka’. Jika rakyat sudah terdidik, insyaallah, semua
pusat maksiat tersebut akan runtuh dgn sendirinya.
Peristiwa runtuhnya tuhan-tuhan berhala di sekitar
Kaabah pasti akan berulang. Rakyat bukan shj takut
melakukan maksiat di dlm negeri, malah perasaan takut
kpd Allah akan tetap dibawa ke mana jua.
3. Kemajuan Negeri Kelantan
Kemajuan ni sebenarnya bersifat relatif dan subjektif.
Kita boleh mengatakan Malaysia sudah maju, namun org
US atau Jepun misalnya ada yg masih menganggap
Malaysia ni masih mundur (negara membangun). Apakah
harus kita membandingkan kemajuan KL dgn New York,
atau KB dgn KL? Tak adil bukan.
Kemajuan juga berkait rapat dgn faktor sejarah dan
geografi. Andai shj Mahathir menjadi Presiden Kemboja,
Bangladesh ataupun Ethiopia, apakah mungkin dia mampu
membangunkan projek KLIA, KLCC dan Putrajaya? Lantas
apa yg harus dibanggakan dgn kemajuan KL berbanding
KB. Andai Mahathir menjadi MB Kelantan, apakah dia
mampu membangunkan KB spt KL dlm tempoh 10 atau 20
tahun? Diharap Syazana bisa berfikir secara realiti.
Kemajuan juga berkait rapat dgn dana. Mana mungkin
hasil kerajaan negeri Kelantan mampu membangunkan KB
berbanding ibu negeri lain di pantai barat.
Lebih-lebih lagi ia bersangkut paut dgn berbagai
undang-undang kerajaan Pusat.
Syazana harus berfikir lebih mendalam. Apa erti
kemajuan jika hanya dpt dinikmati oleh seseorg
individu shj. Apa erti bangunan pencakar langit jika
rakyat di pedalaman masih kais pagi makan pagi. Apa
erti lebuhraya panjang menjalar, jika rakyat terpaksa
membayar dgn harga yg tinggi, malah meningkat dari
semasa ke semasa.
Menyentuh dana yg kecil yg dimiliki oleh Kerajaan
Kelantan, mereka seharusnya tidak bergantung kpd
konsesi kerajaan Pusat semata-mata. ALTERNATIF lain
mesti dicari agar kerajaan Kelantan lebih independent.
Semua sumber material, intelek dan insaniah negeri
harus digembleng dgn efesien. (Cakap senang, tapi
perlaksanaannya bukan mudah).
Dan akhir sekali, saya juga ingin menekankan lagi
faktor pendidikan dan tarbiyah. Rakyat harus
ditarbiyah agar rela berkorban, bersifat zuhud dan
qanaah. Sudah tentu hal ini memerlukan contoh dari
kalangan pucuk pimpinan negeri.
4. Masalah air
Saya tak tahu nak komen panjang lebar hal ini, sekadar
pandang dari jauh, tentulah tak adil, macam mana nak
ulas. Namun saya nak beritahu Syazana, iaitu Negeri
Johor adalah negeri yg banyak kolam tadahan hujan.
Siap eksport ke S’pura lagi. Namun realitinya, rakyat
pendalaman masih ada lagi yg belum mendapat bekalan
air paip. Yang ada spt di kampung saya pun tak
mencukupi. Siang keluar angin, malam baru keluar air.
Kena musim perayaan, lagi parah gayanya. Tunggu pukul
12 malam baru keluar air. Pukul tujuh pagi air dah
habis. Nak mandi parit, parit dah semak. Nak mandi kat
kolam, kolam pun dah lama mati. Parah juga.
Satu lagi, Syazana kenalah flash back balik zaman
kegawatan air dulu esp. di lembah Kelang. Tanyalah
netters di hnet ni … sukar nak diungkapkan. Kalau
Syazana di KB, mungkin masih boleh gali perigi, tapi
yg duduk kat sini … tak kan nak gali tar dan simen.
Dlm hal ni saya menyarankan agar Syazana berilah
peluang kpd kerajaan negeri. Lagipun isu pentadbiran
air di Kelantan belum selesai sepenuhnya. Pinjaman yg
dipersetujui oleh Pusat sebelum p/raya, dah pun kena
gantung. Terpaksa mohon semula. Since air ni kemudahan
asas, kerajaan Pusat kenalah turut beri bantuan
kemanusiaan. Jgnlah pulak dipolitikkan. Begitu juga
kerajaan PAS, jika pinjaman yg diberi oleh Pusat,
seterusnya berjaya mengatasi masalah air di Kelantan,
jgnlah pulak dipolitikkan. Dah lah Pusat tolong
selesai masalah, dipolitikkan pulak sbgi kempen mereka
tanpa ucap terima kasih, mestilah Pusat marah.
Namun saya juga tertarik dgn argument Syazana ni iaitu
air mutlak dari segi saintifik. Esp bab Ph dan
kandungan ferumnya. Mungkin ada kebenarannya.
Contohnya kalau air mutlak tu dah berwarna kekuningan,
baik disebabkan warna karat besi atau warna lumpur,
maka air tu dah jatuh jadi air musyammas atau air
mutaghaiyir. Bab ni boleh dibincangkan lebih lanjut
dlm bab air. Rujuklah kpd ustaz masing-masing. Sebab
benda ni benda baru. Rasanya tak de dlm kitab.
Al-maklumlah, dulu tak de air paip lagi.
5. Aksi lucah MB Pahang
Bukan isu siapa yg mulakan dulu, tapi org yg berakhlak
tak akan melakukan yg sedemikian. Itu fact! Tak
payahlah Syazana nak bela pulak.
Jgn pulak isu SHIT berulang, kelucahan Shahnon telah
dibela oleh pucuk pimpinan parti. Kalau murtad boleh
terjadi dgn I’tiqad, perbuatan dan juga pertuturan
(tulisan), maka bolehlah kita kiaskan bahawa kedua-dua
perbuatan Adnan dan tulisan Shahnon sebenarnya
berbentuk LUCAH. Dan Maha Suci Allah drp melakukan
perbuatan/pertuturan yg lucah.
Mari kita kaji balik bab Asobiah. Golongan Asobiah
antaranya ialah golongan yg taksub dgn golongannya
sendiri, sehingga kesalahan yg dilakukan oleh golongan
sendiri dipertahankan. Tak kiralah golongan itu
berjenama apa sekali pun.
Wassalam.
Maaf jika ada yg tersinggung.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>