Lirik lagu "LELAKI"
(Warkah seorang anak)

Telah berdiri seorang lelaki
Hidup berbekal kecekalan diri 
Walau menghadapi sejuta cabaran
Terus berpaut pada kebenaran

Berkurun sudah kau merintis jalan
Bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazaman
Bara keramat doa dan harapan

Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir mencecahi puncak
Semakin sering kau ditikam onak

Namun kau lelaki
Derita dapat diselindungi
Tangisanmu rahsia di hati
Kesepianlah oh teman nan sejati

Di dalamnya kau mengenal diri
Terkenangnya wajah matangnya bicara
Kerana kau meyakini
Tuhanlah yang maha esa

(dari album Siti Norhaliza "Pancawarna", 
terbitan Suria Records Sdn Bhd, 1999)
BEGIN:VCARD
FN:ahmad
EMAIL;INTERNET:[EMAIL PROTECTED]
N;QUOTED-PRINTABLE:Tajuddin;Che Mat @ Ahmad=20;Junaidi Tajuddin
ORG:International Islamic University Malaysia
TITLE:Librarian
END:VCARD

Kirim email ke