*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum,

Setiap kali mendengar siaran Radio Tiga Pahang,
pastinya  Juruhebah akan memperkatakan tentang
larisnya jualan ikan patin di Temerloh dan Mentakab
terutamanya  menjelang pilihanraya kecil Sanggang.
Teringat daku akan peristiwa lebih 12 tahun yg lalu.
Ketika itu aku belum lagi mengenali hati budi
isteriku. Baru bertunang. Yang aku tahu, dia berasal
dari Pahang.

Satu hari, salah seorang kakakku yang menikah dengan
orang Pahang ada menjemput aku ke rumahnya. Sambil
menghidangkan juadah makan malam, dia ada berkata: "
Inilah makanan kegemaran orang Pahang. Gulai asam ikan
patin........., nanti mesti bakal isteri kau masak
masakan ni.......," kata kakakku. Aku yang hanya tolak
batu dengan kayu, terus makan tanpa sebarang komen. "
Biasa aje......." kata hati kecilku.

Hari pertama selepas nikah, aku ke Pasar Jerantut.
Pelik jugak . Lauk pengantin belum habis, ikan patin
pulak yang dibeli utk hidangan makan tengahari. Bila
lauk ikan patin masak tempoyak dihidangkan, aku makan
macam biasa tanpa ebarang rasa janggal. Maklumlah, aku
ni orang Negeri Sembilan. Tentunya masak lomak cili
api yg jadi kegemaranku.........

Setelah bertahun-tahun mengahwini orang  dari Pahang,
seleraku kini bertukar. Masakan gulai asam ikan patin
kini menjadi kegemaranku. Tidak hairanlah kini, jika
kita menghadiri khenduri-kkendara di sana, gulai ayam
tidak berapa dijamah. Lauk gulai asam  ikan patin
tetap  menjadi pilihan.

Esok....... 1 April 2000. Lauk ikan patin pasti akan
laris dijual di Temerloh dan Mentakab. Menanti
kehadiran beribu-ribu penyokong BA dan BA yang akan
berentap. DUN  Sanggang menjadi medan pertempuran BA
dengan BN.

Selamat menjamu selera dengan lauk gulai asam ikan
patin di Bandar Mentakab dan Temerloh. . Semoga selera
dan citarasa pengundi Sanggang esok, bertukar menjadi
milik BA.........

Takbir.......takbir........takbir..........

Wassalam
KU MID






__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Engku Hamid <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke