*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillahir Rahmaanir Rahiim
Assalaamu`alaikum wa Rahmatullahi wa Barakaatuh
Persoalan Berkaitan Personaliti
Jika kita ingin mengkaji personaliti atau sifat seseorang secara mendalam
maka kita harus melihat dari 3 aspek :
1. apakah personaliti seseorang
2. Bagaimana dia bertindak begitu
3. Mengapa dia bertingkah laku begitu
( contohnya, pernah baru-baru seorang pemimpin (tak berapa pok) di Pahang
(Malaysia) sila lihat :
http://www.geocities.com/tatkean/election99/foto3.htm menujukkan aksi lucah
di khalayak ramai. Kalau kita nak kaji dia�maka kita kena tanyalah, apakah
ciri persenoliti dia itu, apakah dia memang begitu (sejak kecil lagi)
�.Bagaimana dia bertindak begitu (cara-cara dan syarat-sayarat untuk dia
bertindak�adakah setiap hari, seminggu sekali, sebulan sekali, atau setahun
sekali, atau lima tahun sekali�bila tiba pilihan raya..kenapa pula dia
bertindak begitu..marah,suka-suka atau mengidap penyakit..semoga dia insaf)
Soalan apa merujuk kepada ciri-ciri yang ada pada seseorang, iaitu bagai
mana ciri-ciri ini berkaitan antara satu sama lain. Contoh sifat rajin dan
jujur dan kaitannya dengan kejayaan seseorang..
(Kalau kita perhatikan pada pribadi Rasullulah SAW, maka kita akan
mendapati bahawa Rasullulah mempunyai 4 ciri personaliti yang melayakan
Baginda menjadi pemimpin dan Rasul iaitu : benar, amanah, menyampai dan
bijaksana. Pada diri Rasulullah tidak ada ciri yang buruk, ini melayakan
Baginda mendapat "kasi sayang" daripada Allah)
Soalan 'bagaimana' pula merujuk kepada faktor-faktor yang menyumbang kepada
personaliti seseorang. Contohnya sejauhmanakan faktor persekitaran atau
baka mempergaruhi persenoliti seseorang.
(kalau kita lihat Rasulullah SAW..kita dapati faktor persekitaran tidak
mempengaruhi banginda. Persiktran pada masa itu adalah jahiliah. Sesetengah
ahli sejarah islam kata ibu bapa Baginda mati sejak kecil kerana tidak mahu
dikaitkan kenabian dengan faktor persekitaran..tapi kita orang biasa nih
kalau tidak kerana hidayah�tak tahulah apa nak jadi)
Soalan 'mengapa' pula merujuk kepada sebab sebab tingkah laku seseorang.
Ini adalah faktor pendorong kepada sesutau tindakan.
( Kalau di Indonesia kita ambil contoh GusDur.dia telah melantik seorang
penasihat Yahudi.Kenapa beliau bersifat begitu, apa ciri-cirinya. Sedang
dia seorang pemimpin Islam. Ada faktor penyumbang atau persekitaran dan ada
faktor sebab-sebab. )
Perkaitan antara ketiga-tiga persolan itu adalah seperti berikut;
1. apa dikaitkan dengan Struktur
2. bagaimana dikaitkan dengan proses
3. mengapa dikaitkan dengan perkembangan
Bersambung ��
wassalam
TAZKIRAH
MENINGKATKAN KEKUATAN AKAL MENURUT PANDANGAN TABIB-TABIB ISLAM
Pada zaman Salafussoleh dahulu, mereka terkenal dengan kekuatan akal
fikiran ataupun daya ingatan yang tajam. Di dalam sebuah keluarga, mereka
memastikan paling kurang seorang mesti menghafal Al-Quran. Ada di antara
mereka yang menghafal puluhan ribu hadis. Di antaranya Imam Ahmad bin
Hambal menghafal sejuta hadis. Apakah rahsia kekuatan akal fikiran mereka?
Ulama-ulama Islam telah sepakat bahawa syarat yang pertama dan utama untuk
mempunyai kekuatan akal yang kuat ialah menjauhi segala maksiat kepada
Allah. Syarat kedua ialah makan tidak berlebihan.
Di antara petua penting menguatkan akal menurut ahli-ahli perubatan Islam:
�1. Makan kismis pada kadar 21 biji sehari. �2. Makan buah badam. �3. Makan
daging kambing. �4. Halwa halia. �5. Kemiyan putih (mustaki) atau kemiyan
serani. �6. Makan buah limau.
sumber:
http://www3.jaring.my/barakah/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>