resend kali ke-4.  kalau tak masuk lagi tak tahule  yahoo nih.

Note: forwarded message attached.


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com


Semalam menghadiri Mesyuarat Agung Muslimat Kawasan dot dot dot.  YDP
Kawasan memberikan sedikit cerita dari Sanggang.  PAS Sanggang
sebenarnya masih belum bersedia untuk menang sebab itu Allah tidak
berikan kemenangan untuk PAS di Sanggang.  Ahli-ahli PAS dari luar
Pahang syok sendiri.

Sepanjang tempoh berkempen orang-orang PAS kelihatan seperti
takut-takut.  Dengar-dengar khabar ramai yang kena ugut.  Masa Dr Harun
Din nak gi buat satu program Darul Syifa' kat sebuah kampung, YDP kami
sendiri yang hantar ustaz, orang tempatan tak ada untuk hantar ustaz. 
Oleh kerana terlalu marah kerana dah tersesat jalan, YDP pulak yang
kena marah.... syiannnn YDP.  Marahpun, marah seorang ustaz, geleng
kepala dengan muka merah merungut perlahan.... "hmmmm.... buang masa". 
Tapi orang dah uban banyak faham le ustaz marah.

Masa sebelum penamaan calon, PAS Pahang dah susun jadual bertugas cukup
cantik sekali.  Setiap UPU dijaga oleh sebuah negeri lain.  Setiap
kawasan dalm PAS Pahang akan menjadi tuan rumah kepada petugas-petugas
satu UPU, yang saya tahu PAS Paya Besar menjadi host kepada PAS
Selangor untuk UPU Kg C****** (kes lupa nama UPU).  Setiap kawasan
dalam negeri tersebut pula telah ditetapkan hari untuk mereka bertugas.
 MALANGNYA tak tahulah macamana maklumat ini tidak sampai ke ahli-ahli
PAS seluruh negara.  Ramai orang PAS datang ke Sanggang, tapi tak tahu
nak buat apa.  Yang datang tukang melonggok aje.  Buat kerjanya tidak,
sebab tak tahu nak buat apa.  Ada sorang tu datang jauh (dari KL). 
Sampai je terus tanya, kat mana ada ceramah best-best.  Punyalah
bangang!  Datang jauh-jauh bukan nak buat kerja, tapi nak dengar
ceramah.  Shit!

Kalau buat ceramah kat Sanggang, tu dia aih, sampai 4 kmpun jammed
lagi.  Sepuluh orang yang Ustaz Ismail Kamus tanya "pengundi ke?", 1 je
orang Sanggang.  Abih tu camno?  Sambutan nampak bagus, tapi bukan dari
pengundi, dari tukang sibok!

Tapi macam biasalah, nak buat kerja kat Sanggang bukan senang.  Banyak
kampung yang dah kena blok kat BN.  PAS Sanggang kena ugut, PAS luar
dari Sanggang tak leh masuk.  Kg dah kena blok kat orang BN.  Duit tok
sah cerita, kalau dulu takat RM20-RM30 je, sekarang mana main
puluh-puluh, ratus-ratus beb!  Makcik....... makcik pangkah BN
yaaaa.....  Kita ni orang Islam, makcik dah janji nak pangkah BN, dah
dapat duit, kalau tak buat makcik berdosa tau!

Ada seorang orang kuat MCA Pahang bagitau kat YDP kami bahawa kita
sebenarnya tak pandai bermain dengan isu.  Gambar Adnan disebarkan
begitu cepat, tapi kesannya tiada sebab mudah ditangkis oleh BN. 
Lagipun orang kampung mana faham makna isyarat tu.  Sayapun tak faham
kalau tak tanya spouse.  Kawan saya especially yang anak dara sibok dok
tanya, so what?  Apa salahnya kalu dia buat macam tu?  Orang kepala
otak bersih suci putih memang tak faham apa maknanya isyarat tu
melainkan orang yang otak kotor juga.  Pandai-pandailah orang BN cover
balik makna isyarat tu.  PAS jugalah yang dikatakan penyebar fitnah
atau mereka-reka gambar tu sebab tak keluar kat TVpun.  Orang kampung
mana baca internet.

Jadi, untuk Bentung ni, ambillah iktibar sikit dari peristiwa Sanggang.

Sekian.



--- muhammad faiz <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Baru menerima panggilan talipon dari adik yang berada
> di Temerloh jam 5.30 petang 30/4.  Katanya jalan masuk
> ke pekan Temerloh (Dari Kuantan)dah mula sesak oleh
> motokar2 para penyokong.  Yang dari KL saya tak dapat
> maklumat.  Tentulah lagi ramai agakknya sebab dari
> sembang2 rakan2, ramai yang berhajat nak ke Sanggang
> malam ini.  Bagi yang berhajat nak tidor di hotel tu,
> lupakan sajalah.  Bersedia untuk tidur dalam kereta
> atau bawa tent masing2. Saya ke Sanggang malam tadi. 
> Pasal makan, no problem.
> 
> Moga-moga kejayaan kepada PAS..............
> 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com


Kirim email ke