I just want to inform all of u on the NSF 2000. Advertisement will be out on 9/10/16 and 17 April - NST and Utusan. Pls disseminate this information to others. Closing date 17 Mei 2000. Thanks. http://www.mastic.gov.my/kstas/nsf/bmnsf.htmTitle: Maklumat Biasiswa Penyelidikan NSF Tahun 2000MAKLUMAT
BIASISWA PENYELIDIKAN
NATIONAL SCIENCE FELLOWSHIP (NSF)
TAHUN 2000BIASISWA PENYELIDIKAN NATIONAL SCIENCE FELLOWSHIP (NSF)
|Buku Maklumat |Borang Permohonan ( Download MS Word 97 File - bpnsf.doc 82KB ) | Home |
1. Pengenalan
1.1 Kerajaan dalam langkah membangunkan sumber tenaga manusia dalam bidang sains dan teknologi (S&T) telah menjalankan berbagai usaha untuk meningkatkan keupayaan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (Research and Development, R&D). Untuk membangunkan industri-industri negara ini supaya menjadi kompetitif di arena antarabangsa sejajar dengan Wawasan 2020 keperluan melatih tenaga manusia mahir dalam pelbagai bidang S&T adalah penting. 1.2 Program NSF merupakan satu skim elit pembiayaan pengajian yang dibuka kepada rakyat Malaysia untuk program ijazah lanjutan (sarjana/kedoktoran) yang berbentuk penyelidikan secara sepenuh masa di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan. Calon-calon yang berjaya akan ditawarkan pembiayaan pengajian di dalam bidang S&T yang dikenalpasti. 2. Objektif Biasiswa NSF adalah untuk:
i. Meningkatkan bilangan golongan penyelidik R&D yang mahir dan berkeupayaan dalam bidang S&T yang dikenalpasti. ii. Mewujudkan kelompok `critical mass� dalam bidang-bidang S&T dimana terdapat kekurangan penyelidik. iii. Menarik minat calon-calon yang mempunyai rekod akademik cemerlang untuk menceburi bidang penyelidikan S&T. 3. Bidang-bidang Keutamaan S&T
i. Rekabentuk Industri / Rekabentuk Kejuruteraan ii. Bahan Termaju iii. Teknologi Maklumat / Multimedia iv. Mikroelektronik v. Bioteknologi vi. Teknologi Pembuatan Termaju vii. Pengawalan Pencemaran / Kejuruteraan Alam Sekitar viii. Sains Angkasa ix. Tenaga x. Farmaseutikal Nota : Sila rujuk fokus bidang Bioteknologi dan Pengawalan Pencemaran / Kejuruteraan Alam Sekitar bagi pecahan bidang-bidang tersebut.
4. Tempat Pengajian dan Kursus yang Ditawarkan .
i. Biasiswa NSF ini akan dijalankan dengan kerjasama Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan yang telah dikenalpasti oleh KSTAS. Senarai IPTA yang menyertai program ini ialah: a. Universiti Malaya (UM)
b. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
c. Universiti Putra Malaysia (UPM)
d. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
e. Universiti Sains Malaysia (USM)
f. Universiti Utara Malaysia (UUM)
g. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
h. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
i. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
j. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
ii. Kursus-kursus yang ditawarkan oleh IPTA yang menyertai program ini adalah seperti berikut:
Universiti/Kursus ID AMt IT Me Bio AMn Env Aero Ene Ph UM * * * * * * * * * UKM * * * * * * * * * * UPM * * * * * * * * UTM * * * * * * * * * USM * * * * * * * * * * UUM * UIAM * * * UNIMAS * * * * * * * * * UMS * * * * UiTM * * * * * * * * (*) Ijazah Sarjana dan Kedoktoran
Ringkasan :
ID Rekabentuk Industri / Rekabentuk Kejuruteraan AMn Teknologi Pembuatan Termaju AMt Bahan Termaju Aero Sains Angkasa IT Teknologi maklumat / Multimedia Ene Tenaga Me Mikroelektroniks Ph Farmaseutikal Env Pengawalan Pencemaran Industri / Kejuruteraan Alam Sekitar Bio Bioteknologi 5. Syarat-syarat Kelayakan .
i. Biasiswa NSF adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Kelulusan minima untuk pembiayaan pengajian adalah seperti berikut:
a. Ijazah Sarjana Sudah tamat pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Dua Atas/Pertama atau yang setaraf dengannya dan lain-lain kelayakan yang diiktiraf sebagai cemerlang dalam bidang yang berkaitan.
b. Ijazah Kedoktoran Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kepujian dan Ijazah Sarjana yang baik dalam bidang yang berkaitan.
ii. Pemohon dikehendaki mengemukakan laporan seorang perujuk akademik (academic referee) dan ringkasan rancangan penyelidikan (proposal) semasa mengemukakan permohonan. Pemohon boleh merujuk kepada MASTICLink Database (http://www.mastic.gov.my) bagi mendapat maklumat penyelidikan sains dan teknologi bagi tujuan penyediaan proposal. iii. Calon mestilah berumur tidak melebihi 30 tahun bagi pengajian Ijazah Sarjana dan 35 tahun bagi pengajian Ijazah Kedoktoran pada tarikh tutup permohonan. iv. Calon yang menjawat jawatan tutor di IPTA dan kakitangan Kerajaan/Agensi Kerajaan tidak layak memohon biasiswa NSF. 6. Pembiayaan/Kemudahan
i. Calon NSF yang berjaya akan memperolehi kemudahan dan pembiayaan seperti berikut: a. Elaun Sara Hidup Bulanan
b. Yuran Pengajian
c. Yuran PeperiksaanTiada elaun-elaun lain akan dibayar oleh Penaja.
ii. Elaun sara hidup untuk biasiswa NSF mengikut taraf pengajian adalah: a. Ijazah Sarjana - RM 1,560 sebulan
b. Ijazah Kedoktoran - RM 2,300 sebulan7. Tempoh Pembiayaan Pengajian
i. Tempoh pembiayaan maksimum pengajian untuk NSF adalah: a. Ijazah Sarjana - 2 tahun
b. Ijazah Kedoktoran - 3 tahun8. Syarat Pembiayaan/Perjanjian
i. Calon-calon yang berjaya akan dikehendaki menandatangani kontrak dengan Kerajaan. ii. Calon-calon yang meninggalkan pengajian atau menukar pusat pengajian tanpa kebenaran Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar akan dikehendaki membayar gantirugi kepada Kerajaan. 9. Borang Permohonan
i. Sila cetak Borang Permohonan (bpnsf.doc 82KB) dari laman web ini.(). ii. Borang permohonan yang lengkap diisi, berserta dengan rancangan penyelidikan hendaklah dikemukakan sebanyak 3 salinan berserta satu laporan academic referee kepada Urusetia sebelum 17 Mei 2000. Sila catatkan program yang dipohon (Sarjana atau Kedoktoran) di sebelah kiri atas sampul surat dan menghantarkannya kepada: National Science Fellowship
Urusetia Program HRD S&T
Bahagaian Sains & Teknologi
Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar
Tingkat 14, Wisma Sime Darby, Jalan Raja Laut
50662 KUALA LUMPURTel: 03 295 3453
Faks: 03 294 231210. Keputusan Pemilihan Calon
i. Calon-calon yang berjaya akan dimaklumkan mengenai pembiayaan pengajian oleh pihak KSTAS. Keputusan pemilihan pencalonan adalah muktamad. ii. Calon-calon yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan atau permohonan yang tidak lengkap dan diterima selepas tarikh tutup tidak akan diberi pertimbangan. iii. Calon-calon yang tidak menerima sebarang surat dari pihak KSTAS dalam tempoh tiga bulan selepas tarikh tutup adalah dianggap permohonan anda gagal. . Sebarang pertanyaan hendaklah dikemukakan kepada Koordinator. .
NATIONAL SCIENCE FELLOWSHIP
FOCUS AREAStudents are encourage to apply under this focus area
BIOTECHNOLOGY
1. Genomics - mapping and sequencing of animal/plant/microbial genome to elucidate gene structure, function and regulation and to discover new gene and its modification. 2. Metabolic engineering - biochemical and genetic control mechanism pathway in animal/plant/microbe that may lead to new products
- ew use of plant materials
- novel products - food ingredients etc
3. Energy - biotechnology application in biomass production and processing and in hydrogen production. 4. Bioprocessing - application of biotechnology for manufacturing
- upstream and downstream processing
- biocatalysis, biomass conversion, biorector design, enzym tech and cell culturing techniques.
5. Natural product discovery/biopharmaceutical (from terrestrial and marine organisms) - application of genetic engineering
- neutraceuticals
- pharmaceutical-high throughput screening, combinatorial chemistry
- enzymes
biomaterials6. Transgenic technology - plant, animal and microbe
- molecular basis of growth and development
- molecular basis of stress and disease resistance
bio catalysis, metal recovery7. Bioinformatics - computational genomics 8. DNA tools for diagnostics - biosenser, detection of Genetically Modified Organisms (GMOs), detection of human, plant and animal diseases.
INDUSTRY POLLUTION CONTROL / ENVIRONMENTAL ENGINEERING
1. Waste minimisation, waste treatment and waste to resource.
2. Remote sensing and GIS application in environmental monitoring.
3. Development of tools and standards for impact evaluation.
4. Biogeochemical modeling of land-ocean interactions in coastal zone.
|Buku Maklumat |Borang Permohonan ( Download MS Word 97 File - bpnsf.doc 82KB ) | Home |
Hakcipta © MASTIC(TM). 2000
Direka & Dibangunkan oleh MASTIC Semua Hakcipta Terpelihara.
H-Net* [Fwd: Maklumat Biasiswa Penyelidikan NSF Tahun 2000]
Mohamad Yusof Radzuan b. Saad Tue, 04 Apr 2000 19:10:25 -0700
