*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1. bawa kes ini ke mahkamah dan kita harap pilihanraya ini dibatalkan keputusannya.
2. perhatian kpd penokong BA semua. amacam?
Abu Saufi wrote:
> DEMOKRASI DILACURKAN DI SANGGANG
> OLEH ROSLAN SMS
>
> Setelah berhempas pulas namun keputusan akhir menunjukkan sebahagian besar rakyat
>para pengundi Sanggang tetap mahu bertahan dengan wakil rakyat UMNO. Itulah keputusan
>rakyat dan seperti kata Datuk Hishamuddin Yahya, calon PAS, kita terima keputusan
>tersebut dengan hati yang terbuka. Apakan daya walaupun jentera pilihanraya BA
>digerakkan "full gear" namun tewas juga atas kemahuan rakyat. Itulah adat bertanding.
>
> Akan tetapi soalnya apakah UMNO telah bertanding secara "gentleman" dan berhak atas
>kemenangan tersebut. Atau apakah UMNO telah menggunakan pintu belakang - iaitu menang
>secara dayus?
>
> Kebetulan malam 1 April 2000 itu saya dan sahabat sempat berkunjung ke Mentakab dan
>DUN Sanggang untuk memantau keadaan. Sejurus tiba di sana sahabat saya yang memandu
>telah terus menuju ke Bukit Bendera Resort - iaitu hotel yang menempatkan pimpinan
>terkanan UMNO dan BN. Jam kira-kira pukul 9.00 malam kami dapati dua buah bas sedang
>memunggah para penumpangnya dengan beberapa anggota UMNO siap dengan topi dacing
>mengarahkan penumpang-penumpang yang turun. Kami dapati bas tersebut sarat memuatkan
>warga orang asli termasuk anak-anak kecil mereka. Rupanya para pengundi orang asli
>ini diangkut dari perkampungan mereka terus ke sini untuk dijamu dengan makanan di
>coffee house berhampiran kolam renang hotel. Selepas bersantap mereka juga
>disantapkan kempen dan ucapan orang-orang UMNO. Saya tak pasti samada mereka ini
>dibawa pulang pada malam itu juga atau terus di bawa mengundi keesokkan hari tapi
>yang pastinya pengundi-pengundi ini telah dieksploitasi sepenuhnya oleh UMNO bagi
>menjamin
> kemenangan mereka.
>
> Di Kerdau, kami mengikuti ceramah perdana PAS yang telah disertai oleh Sdr. Muhammad
>Sabu, Dr. Hassan Ali dan Tuan Guru Hj. Abd. Hadi Awang disamping calon PAS. Dr.
>Sanusi PRM dan wakil-wakil Keadilan dan DAP turut berucap. Menurut Tuan Guru Hj. Abd.
>Hadi beliau dilaporkan bahwa ada dikalangan pengundi di Sanggang telah disogokkan
>dengan berbagai hadiah oleh UMNO antaranya basikal-basikal dan baja-baja tanaman.
>Malah menurut seorang rakan kami yang mengundi di Sanggang terdapat sebuah kedai
>cermin mata di Mentakab yang telah memberikan cermin mata secara percuma kepada para
>pelanggannya atas arahan orang-orang UMNO BN. Demikianlah betapa tertekannya UMNO
>untuk menang di Sanggang.
>
> Tak cukup dengan berkempen sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang dan
>prinsip demokrasi, mereka terpaksa pula menaburkan wang dan harta benda sekiranya
>mahu menang. Rakyat tak kan berpuas hati dengan hujah dan kempen mereka semata-mata,
>rakyat cuma dapat diyakinkan kiranya disogok, inilah budaya curang yang telah berjaya
>dididik oleh UMNO dan BN kepada rakyat. Begitulah betapa nilai demokrasi itu telah
>dilacurkan di Sanggang demi menjamin kemenangan calon UMNO. Pelacuran seperti ini
>akan tetap mereka lakukan dimana-mana sahaja kerana jika bertarung secara demokratik
>pasti rakyat menolak mereka.
>
> Oleh itu PAS dan Barisan Alternatif perlu melihat secara serius ke dalam perkara
>ini. Para penyokong dan pekerja kita telah bekerja berhempas-pulas, namun gagal
>kerana tak mampu berdepan dengan budaya pelacuran demokrasi seumpama ini. PAS dan BA
>perlu memikirkan langkah-langkah yang sewajarnya dengan menggunakan peruntukkan
>undang-undang yang ada bagi mengheret mereka yang biadap ini. Kita tidak boleh
>berpeluk tubuh dan mendiamkan diri melihatkan kerja-kerja curang seumpama ini
>dilakukan. Perlu ada suautu mekanisme contohnya satu "task force" bersama yang
>ditubuhkan bagi memantau dan membawa ke hadapan kes-kes seumpama ini untuk tindakan
>segera. Jika tidak kita akan hanya letih bekerja namun yang akan terus menang,
>walaupun secara curang adalah mereka.
>
> Sumber: http://www.parti-pas.org/utama/apr2000/3apr2000_sms.html
>
> ------------------------------------------------------------------------
> LOW RATE, NO WAIT!
> Get a NextCard Visa, in 30 seconds! Get rates
> as low as 2.9% Intro or 9.9% Fixed APR and no hidden fees.
> Learn more at:
> http://click.egroups.com/1/937/4/_/515143/_/954775430/
> ------------------------------------------------------------------------
>
> Pancarkan akhlak mulia dalam penulisan. Laman GU:
>http://www.geocities.com/SiliconValley/Ridge/8330
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: abuhanif <[EMAIL PROTECTED]>