*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum w.w.
Semalam bermula hari gembira kepada kebanyakan anak/adik dan ibu bapa mereka
yang baru lepas menerima keputusan SPM. Lanjutan dari keputusan tahun-tahun
sebelum ini calun yang mendapat pangkat satu melebihi pangkat-pangkat lain.
Tahun ini sahaja melebihi 76k orang. Tahniah kepada semua. Berkat
kegigihan anda, guru dan doa ibu bapa anda semua memperolehi kejayaan yang
begitu cemerlang. Semuga Allah memberkati.
Walau bagaimanapun saya agak musykil terhadap peningkatan yang sentiasa
berterusan ini. Mungkinkah sistem pendidikan kita memang begitu cekap
sehingga tiada mendatangkan masalah kepada pelajar untuk mengikutinya. Atau
ada sebab-sebab lain yang saya tidak terfikir kerana keterbatasan saya.
Saya terus tertanya-tanya akan kemana haluan seterusnya kepada sebegini
ramai pelajar cerdik ini. Jika ditambah dengan yang mendapat gred 2 tentu
nilainya menjangkau 100k. Dengan bilangan IPTA yang ada, setiap universiti
kena ambil lebih 10k pelajar baru. Ataupun kebanyakan mereka pergi ke IPTS.
Sesiapa bijak pandai yang memangnya ramai dalam hisbi ini tolong maklumkan
kepada saya sekiranya ada statistik penempatan pelajar-pelajar cerdik tahun
99 dulu (SPM 98). Andai semuanya telah dapat tempat untuk melanjutkan
pelajaran, Alhamdulillah.
Menyentuh IPTS saya seakan ketakutan kerana bayaran mereka terlalu tinggi,
setidak-tidaknya untuk orang seperti saya. Tak kurang RM 10k untuk setiap
tahun bagi yuran pengajian. Tambah RM 5-6k lagi untuk elaun sara diri.
Ramai merasa lega kerana terdapat pinjaman yang juga jumlahnya berbelas ribu
RM setahun. Untuk 3-4 tahun pengajian jumlahnya menjangkau lebih RM 50k.
Kalau itu pinjaman perumahan kerajaan, bayar 25 tahun rasa-rasanya kena
ansuran RM 400-500 sebulan. Jadi bila dah bekerja nanti sebanyak itulah
yang kena potong setiap bulan untuk selama 25 tahun. Bayangkan.
Jadi kalau ditakdirkan nanti ada anak yang tak mahu sambung belajar kerana
tak mahu berhutang, apa jawapan kita. Andainya kita tak ada masalah
kewangan tak apalah. Boleh cakap kat anak yang segala-galanya ibu dan bapak
tanggung. Bertabung dari sekarang boleh diusahakan. Kalau seorang hanya
sekadar RM 5-6 tahan juga. Mungkin bijak pandai dalam netter ini ada cara
terbaik untuk mengatasinya masalah kewangan seperti ini.
Dalam Islam urutan tanggungjawab pendidikan ini terletak pada siapa; ibu
bapa - pemerintah atau diri anak itu sendiri?. Saya kurang pasti pemerintah
atau ibu bapa.
Saya belum menghadapi masalah ini. Tapi rasanya ia semakin dekat mengejar
saya.
Wassallam
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Tiang Jawi" <[EMAIL PROTECTED]>