MELAKA LARANG LAWATAN RASMI KE KELANTAN DAN TERENGGANU

 

MELAKA, 6 April (Bernama) -- Kerajaan negeri Melaka telah menguatkuasakan larangan kepada semua jabatan dan agensinya daripada mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan dan Terengganu.

Ketua Menteri Datuk Wira Mohd Ali Rustam berkata surat pekeliling mengenai arahan itu akan dikeluarkan tidak lama lagi dan larangan itu turut melibatkan anak-anak syarikat milik agensi kerajaan negeri.

"Larangan itu bagaimanapun tidak merangkumi lawatan tidak rasmi seperti melancong atau berziarah," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata arahan itu bukan bertujuan menganiayai kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu yang dipimpin oleh PAS tetapi bagi memastikan dasar-dasar tidak baik dua buah kerajaan negeri itu tidak dicontohi oleh agensi kerajaan negeri Melaka.

Setakat ini semua pegawai kerajaan negeri telah dimaklumkan secara lisan mengenai arahan terbaru itu, katanya ketika ditemui di kediaman rasminya di Seri ! Bendahara di sini.

Mohd Ali juga berkata kerajaan negeri tidak menggalakkan kakitangan agensi dan anak syarikat kerajaan negeri mengadakan lawatan seperti itu kerana bimbang mereka akan terpengaruh dan mencontohi dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh kedua-dua negeri berkenaan.

Mengulas lebih lanjut mengenai arahan itu, Mohd Ali berkata sebagai contoh ia akan melarang kakitangan Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah (MPMBB) daripada mengadakan lawatan ke Majlis Perbandaran Kota Baru atau Kuala Terengganu.

"Mereka sebaliknya digalak mengadakan lawatan rasmi ke Majlis Perbandaran Pulau Pinang atau mana-mana majlis perbandaran di negeri lain," katanya.

Mohd Ali juga berkata sehubungan dengan itu, lawatan rasmi oleh agensi atau anggota exco kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu ke Melaka juga perlu mendapatkan kebenaran dari kerajaan negeri.

Sebelum ini, kerajaan negeri Melaka telah membuat kejutan dengan mengeluarkan wang simp! anan tetapnya dari dua buah bank di negeri ini selain mengenakan tindakan terhadap doktor dan peguam panel, syarikat kontraktor serta syarikat penilaian harta kerana terbabit dalam kempen parti pembangkang semasa pilihan raya umum tahun lepas.

--BERNAMA


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke