HARUN DIN BANTAH PENGHARAMAN DETIK

Bahan bacaaan di Malaysia khasnya masih dikatakan amat berkurangan. Hidangan hidangan yang dapat kita lihat dalam keseluruhan pembacaan ini amat kurang yang berbentuk kritis yang berbentuk membina minda dan membongkar rahsia-rahsia dalaman yang cukup bertanggungjawab.

Antara majalah yang saya ikuti ialah DETIK. Bila saya dengar DETIK ini telah diharamkan. Saya terkejut bukan kerana saya tidak baca bahan-bahan seperti ini, saya banyak baca majalah-majalah arab, majalah-majalah lain kerana saya sendiri seorang ahli politik tetapi saya sedih bila kita nampak ini berlaku. Maknanya arus rentak media cetak di Malaysia mestilah ke arah menyokong pemerintah walaupun dalam keadaan beritanya tidak benar. Majalah yang cuba bawa rentak lain dan sebagainya, hukuman dikeluarkan tanpa sebarang alasan. Rebahnya DETIK bukan bermaknanya terkuburnya idea.

Harakah juga dikenakan tindakan. Berbeza antara dua kali seminggu dengan dua kali sebulan. Kalau seminggu sekalipun dikira berpatutan. Sebulan lapan kali kepada dua kali sebulan itu rasa kita rasakan amat tidak setimpal kerana kesalahan pada Harakah sebenarnya kerana ada pengedar atau penjualnya menjual kepada bukan ahli. Namun demikian tidak pernah ada bukti. Bukan ada kes mahkamah dan benarkah orang yang membeli itu bukan ahli?

Walau macam manapun sebagai sebuah negeri demokrasi apalah sangat yang kita boleh sekat daripada orang membeli. Dia tidak boleh beli dia suruh orang lain beli. Ada orang Cina, India henda baca Harakah dia minta orang PAS beli. Dia beli jugak.

Tetapi saya lihat bila dua media ini telah dikenakan tindakan, ia merupakan satu amaran yang cukup keras daripada KDN kepada semua orang yang hendak terbitkan akhbar di Malaysia. Jangan cuba-cuba hendak melawan arus. Ini merupakan ancaman. Selain itu, hampir tidak ada majalah yang dikendalikan swasta bukan parti di Malaysia yang dapat menangani masalah politik , ekonomi, undang-undang, ekonomi, budaya, sosial seperti yang dibuat oleh DETIK.

Ertinya masyarakat menerima cara itu. Masyarakat menerima rentak yang dibuat dan masyarakat akan tertanya-tanya mengapa diambil tindakan pada majalah yang belum dibuktikan kesalahan. Sekurang-kurang Harakah itu kerana tidak ikut arahan atau akta, jual kepada bukan ahli. Tetapi kalau DETIK diharamkan kenapa? Bukan sahaja KDN tidak memberikan jawapan tetapi orang lain tidak tahu. Malah Penerbit DETIK sendiri tidak tahu di mana kesalahan. Kalau inilah yang berlaku kepada masyarakat, saya takut kita boleh menghukum orang itu tanpa kita tahu apa kesalahan. Kenapa? Saja. Buadaya saja ini saya tidak berkenan. Biar ada alasan yang nyata. Bertanggungjawab apa yang kita buat dan bertanggungjawa apa yang mereka buat.

Saya elok kerajaan secara khusus memikirkan balik perkara-perkara seperti ini dengan meletakkan garis panduan yang cukup jelas. Siapa yang ikut garis panduan ini, dia boleh ikutlah apa yang hendak keluar , tindakan dikenakan selepas melanggar garis panduan. Kita akan mengancam masyarakat supaya kita tidak berani bergerak, membuatkan orang tidak berani bertindak. Tidak ada orang yang berani mengkritik akhirnya kita telah menjadikan budaya hidup ini budaya pak turut. Tidak berani menyuarakan sesuatu yang benar.

Elokkan pihak BN timbang balik perkara ini kerana meletakkan sesuatu yang adil kepada masyarakat dan hukuman yang keluar pun orang tahu hukuman yang adil. Jika tidak akan timbul kezaliman.

(Detik.daily),

"DETIK SUDAH MATI! HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP KEBEBASAN MEDIA"




PENERBITAN PEMUDA
24G, Jalan 4/21D, Medan Idaman, Gombak
53100 Kuala Lumpur
Tel : 03-40243530 Faks : 03-4630372
[EMAIL PROTECTED]

COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke