*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum��(seperti biasa le..mencelah ni sopan sikit!)
Hari tu si Syarifah�..lepas si Cayang manja pula, dah tu�lepas
sorang-sorang dok send mail secara personal pada mencelah. Kalau dia tanya
perkara yang molek tak apa, ni dak tanya �Mencelah ni dah pencen ke?�
Heiiii�..budak-budak, kau orang ingat mencelah ni dah tua sangat ke?!! Bila
dia orang asyik sebut tentang pencen, mencelah pun termenung sejenak�.
�Nanti bila aku dah pencen nak kerje apa haaaaa?!!� Mencelah punya wawasan
ni jauh sungguh.
Kita ni kan kawan-kawan, kerje makan gaji dengan orang ..kalau pencen nanti
kita kena ade investment dari sekarang. Kalau kita tak ade investment, nanti
bila pencenkan�mesti kita mati kutu punya! Sebabnya kita tak boleh harap kat
duit kwsp sangat. Berapa sangat leee duit kita kat kwsp tu..? Kau orang
jangan lupa, kau dah buat loan rumah�lepas tu loan komputer pulak. Masa buat
loan rumah, harga rumah kau orang dah adjust dengan pemaju, supaya boleh
bawa keluar kau orang punya duit! Andaikata leeee kau orang belum pernah
loan apa-apa pun, kau orang kena ingat masa kau orang pencen nanti
segala-galanya increase.
Macam mencelah sendiri, tak kan le sesudah pencen �mencelah nak menghadap si
hizbi.net ni lagi! Baru le anak dan isteri-isteri tak makan, kalau dah satu
hari 6 jam mencelah duduk depan komputer. Lagipun masa itu mana seronak
dah��sebab netters pompuan macam Mek Dah , Mek Na , Mek Nie , Mek La��semua
dah tua-tua. Jadi masing-masing sebok dok mengasuh cucu. Mencelah ingat
entah-entah dia orang ni pencen awal dari mencelah ape ke! (Tapi yang pencen
lagi awal pn pabiyen, dia ambil bersara awal sebab dia ni selalu Lelah di
tempat kerje!)
Mencelah ingatkan bila dah pencen ni, mencelah nak banyak duduk kat mesjid
le. Boleh le mencelah tumpukan pada amal ibadat dengan lebih sempurna. Lagi
pun bila kita dah pencen, kita pun dah tua�.skrew pun dah longgar, kalau
kita duduk di rumah untuk bermanje dengan isteri pun�.dia sama juga macam
kita, dah tua�.jadi skrew dia longgar macam skrew kita juga, jadi skrew dah
sama-sama longgar�.kena le duduk jauh-jauh sikit! Masa tu kalau join tablik
seronok juge, boleh keluar 40 hari.Kalau sekarang dia orang pompuan kuat
cemburu. Tapi kalau cakap hal cemburu ni, orang lelaki ape kurang nya. Masa
isteri tengah solid molid ni, nak jemur baju pun dia orang ekskot�..mana tau
kadang-kadang si jiran pun suka mengendap juga, terintai-intai kot tingkap.
Kena suami yang gedebe sikit�oihhh pergi serang selalu �Kau ni dah puas ade
biji mata ka? Kalau kau nak jadi macam kassim selamat, buat le selalu!!!�.
Bila kita cakap hal pencen apa nak buat, kadang-kadang kita yang berjawatan
kecil ni orang kata adelah sikit tanah-tanah bendang peninggalan orang tua
kita dulu. Tapi kau orang tau dak, sekarang ni ngupah orang tolong kerjekan
sawah kita pun dah mahal. Kadang-kadang tak setimpal dengan keluasan tanah
sawah untung yang kita dapat. Kalau kau orang nak kerja kan sendiri,
mencelah ingat kau orang jangan mimpi leee. Kalau dah seumur hidup tak
pernah jejak sawah..tiba-tiba kau orang nak pegang pisau tajak? Ini bukan
kayu golf ! silap hayun kena betis leee. Masa nak memukul pula, kena upah
orang lagi�..kalau kau orang buat sendiri , balik ke rumah kena perbetul
gear box lee apa lagi. Sekarang ni kawan-kawan, kita tenggok orang melayu
kita ni dah kepupusan idea sebenarnya. Bila pencen saje, buka kedai
runcit�.pencen saje buka mini market�.pencen saje buka kedai
makan�.hinggakan jumlah pelanggan semakin lama, semakin kecil jumlahnya.
(Tapi yang buka supermarket, tak ade pula ye.) Yang paling ketara kita lihat
di kawasan perumahan , bukan saje diantara rumah kedai sahaje bersaing
antara kedai runcit masing-masing�.tetapi kedai runcit yang di buka di
rumah-rumah sendiri pun tumbuh bagaikan cendawan. Bila kita sebut tentang
kedai runcit kan kawan-kawan , dilebuhraya pun sekarang dah banyak kedai
runcit! Cuma dia orang ade jual barang lain sama le�..ade kadai runcit jual
minyak Esso�ade kedai runcit jual minyak Shell�ade kedai runcit jual minyak
Mobil dan ade kedai runcit jual minyal Petronas.
Bila kita cakap tentang pencen ni kawan-kawan , kalau orang yang ade
kemahiran dan kebetulan dia banyak investment�.tak ade le masalah sangat.
Contoh dia orang boleh buka pejabat guaman sendiri�boleh buka bengkel
kejuruteraan sendiri�..dia orang boleh buka poliklinik sendiri��dia orang
boleh buka butik sendiri�dia orang boleh buat bisness ekspot dan impot.
Suatu hari nanti�nak meniaga di pasar malam pun dah susah. Kau orang tengok
le sendiri, ade sesetengah tempat tu�.dah le kita kena parking kereta 1-2
batu punya jauh, gerai-gerai orang meniaga punya le banyak sampai 2-3 batu
punya panjang. Bila kita beli kuih darisatu hujung, sementara nak patah
balik ketempat parking�.kuih pun dah sejuk.
Ade antara kawan-kawan kita masa belum pencen, hobi dia memancing.
Kadang-kadang datang kerje pagi biji mata macam biji saga aje. Malam dia
orang pergi memancing sampai pukul 3 pagi�ade yang sampai ke subuh pun ade.
(yang tak balik terus pun ade!Hat tu yang lemas dalam lombong.) Tapi setakat
hobi sahaje�bila pencen mencelah ingat setakat bawa balik ikan talapia 2-3
ekor untuk anak isteri, mana cukup? Untuk kucing saje dah sekor. Tambah pula
orang yang tinggal di Bandaraya seperti KL, lagi susah�..nak memancing pun
kena bayar. Sebenarnya mencelah pun tak tahu ape ke nama tempat tu�.kawan
mencelah cakap bekas lombong orang cina jadikan tempat untuk memancing, dia
kata kena bayar duit mahal juga�.tapi enjoy. Kau orang tengok , orang cina
ni cerdik�.tempat macam tu pun dia orang boleh buat bisness. Rasanya dah
panjang lebar mencelah celoteh�..minta diri dulu yeee kawan-kawan!
InsyaAllah �.lain kali mencelah bual lagi, itupun kalau kau orang tak marah!
Mencelah_sikit @ hotmail.com
(HAK CIPTA TERPELIHARA)
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>