Laporan Debat Ilmiah Perdana - Astora Jabat Malu dan Tewas

Berikut adalah laporan ringkas Debat Ilmiah Perdana di antara Yang Berbahagia Ustaz Mohd. Asri Bin Zainul Abidin dengan Saudara Astora Jabat yang diadakan pada 8 April 2000 di Mengkuang, Bukit Mertajam bertajuk Negara Islam : Pro & Kontra (Untuk gambaran sebenar debat tersebut, sila dapatkan pita rakaman VCD, Video dan kaset yang akan berada di pasaran tidak berapa lama lagi atau hubungi terus pihak penganjur - Markas Ibn-Qayyim Al-Jauziyyah, Mengkuang,Bukit Mertajam)

Debat tersebut dihadiri oleh kira-kira lebih 10,000 orang, berlangsung selama lebih tiga jam. Dikhabarkan ada yang datang dari Perlis, Kedah, Johor, KL, Melaka dan Perak.

Kesimpulan yang dapat dibuat dari debat tersebut ialah Astora Jabat sebenarnya bukanlah seorang tokoh agama yang layak membicarakan soal agama di akhbar atau di mana-mana kuliah pengajian. Ilmu yang ada pada Astora terlalu cetek dan tidak lebih sebagai satu ilmu yang cuba menipu orang-ramai. Apa yang lebih memalukan lagi, Astora langsung tidak mampu menguasai perdebatan yang diadakan. Hujahnya tergagap-gagap dan gementar. Tidak ada langsung ilmu yang dapat dikutip dari beliau. Beliau yang sebelum ini begitu celupar menghentam pemimpin Islam dan usaha menegakkan sebuah Negara Islam, turut pula menyokong penubuhan Negara Islam setelah menerima asakan dan hujah oleh Ust. Mohd. Asri yang begitu cantik, ilmiah dan bernas.

Perdebatan keseluruhannya dikuasai 100% oleh kebijaksanaan Ust. Mohd. Asri.Tidak ada satu hujah pun dari Ust. Mohd. Asri yang mampu dijawab oleh Astora secara yang dikehendaki. Astora lebih banyak merewang-rewang dan cuba menyeleweng fakta. Hujah Ust. Mohd. Asri adalah bersandarkan kepada Al-Quran, Sunnah, dan Itjmak Ulamak. Juga mengemukan rujukan dari beberap tokoh Islam ternama seperti Imam As-Syafie, Ibn-Taimiyyah, Al-Maududi,Ibn-Qayyim, As-Syahid Hassan Al-Bana dan ramai lagi sedangkan Astora hanya mengemukakan pandangannya sendiri dan beberapa tokoh yang dipertikai amanah ilmunya. (Pakai hukum akal)

Beberapa soalan dari hadirin juga tidak mampu dijawab oleh Astora seperti yang dikehendaki. Jawapan Astora cukup berhati-hati, seolah-olah sebagai seekor burung kakak tua yang telah diprogramkan oleh tuannya untuk bercakap apa yang diajar sahaja. Astora sendiri mengaku bahawa beliau adalah dari pihak kerajaan dan apa yang dicakapkannya adalah untuk kepentingan kerajaan walau terbukti pihak atasan melakukan begitu banyak kesilapan. Kreadibiliti dan maruah Astora cukup tercemar. Peluh jantan membasahi muka dan seluruh tubuhnya. Mukanya pucat dan termalu. Dalam hatinya mungkin menyesal hadir ke majlis tersebut.

Apa yang dapat disimpulkan oleh para hadirin, Astora hanyalah boneka kerajaan yang mengadakan dan memperbesarkan kesalahan ulamak dan pembangkang dan menafikan segala kebaikannya sebaliknya menyembunyikan kesalahan besar pihak pemerintah dan mengadakan, memperbesarkan kebaikan pihak pemerintahan.(Kaki ampu kerana ada kepentingan)

Kalaulah telah terbukti ilmu Astora tidak seberapa, siapakah yang sebenarnya di belakang Astora yang menulis ruangan Bicara Agama dengan menggunakan nama ASTORA JABAT???

Al-Qayyim
Bukit Mertajam



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke