PERHIMPUNAN RAKYAT UNTUK SEMBAHYANG HAJAT, KATA WAN AZIZAH

 

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Presiden Parti Keadilan Nasional Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail menafikan parti itu akan mengadakan rusuhan di ibu kota pada 15 April ini sebaliknya satu perhimpunan akan diadakan di Masjid Negara mengadakan sembahyang hajat sempena sambutan Maal Hijrah.

Katanya perhimpunan itu bagaimanapun bukan diadakan atas nama parti sebaliknya dianjurkan oleh rakyat.

"Kita tidak buat bawah parti, parti tidak terlibat, itu hak kita untuk sembahyang," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau mengakui perhimpunan itu juga sempena memperingati genap setahun suaminya, bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau mempunyai maklumat penyokong parti Keadilan akan mengadakan rusuhan Sabtu ini.

Wan Azizah berkata rombongan Pergerakan Pemuda Keadilan kemudiannya akan be! rgerak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Katanya beliau telah dipanggil polis untuk memberi keterangan mengenai perhimpunan berkenaan di Ibu pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur esok.

-- BERNAMA


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke