*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum.

Alhamdulillah….! Pagi ni bila mencelah buka saje mail, berselera benar baca 
kamu punya cerita Ain. Bukannya ape, setiap pagi bila mencelah buka mail 
orang lain ..ade le sebaris dua, buat lekat celah gigi aje. Jadi bak pepatah 
kata le….orang berbudi kita berbahasa….kerak sama hitam rasa lain-lain. 
Sebenarnya mencelah tahu yang ain sakit tempohari dari cerita pengerusi 
puspanita. Tapi mencelah nak pergi ziarah tak tahu rumah kamu di 
mana…..bagaimanapun kalau mencelah pergi bukan boleh tengok kamu , sebab 
orang kena chickenpox biasanya kena duduk dekat dengan kipas…lepas tu pakai 
kena seksi sikit. Tapi kamu ni ain , sebenarnya kamu ni kena chickenpox ke 
atau malaria? Kalau dah kamu kata hingga menggigil! Walaubagaimanapun Ain , 
kamu kena bersyukur le kerana mendapat jiran yang baik-baik , itu le orang 
kata Nikmat yang di anugerah Allah. Bayangkan lah kalau kamu dapat jiran 
macam Puan Sri Mawar …..sikit punya malang keee! Masa kamu sihat dia mari le 
bual-bual , masa kamu sakit…batang hidung pun tak nampak. Orang macam tu kan 
Ain , kalau dia nak pergi bertandang kerumah orang …dia bukan kira masa , 
lepas tu tau nak balik pulak! Bagi mencelah , kalau Pn Sri Mawar tak ziarah 
kamu tak mengapa , jangan Pengerusi Puspanita pun tak pergi juga sudah le. 
Macam manapunkan Ain , kita berjiran ke….kita sakit ke….kita itu dan kita 
ini, semuanya ade Nikmat yang kita tak nampak. Ain ade kata si Pn Sri Mawar 
ade Maid , orang banggala ke?

Sebenarnya kita hidup di dunia ni Ain, kerap sangat le terleka…..apatah lagi 
bila kita hidup dalam suasana yang penuh mencabar, segala-galanya perlu 
cepat. Itu nak cepat…ini nak cepat….gi kerje kena cepat….Boleh dikatakan 
bangun saje dari subuh tu….mandi kena cepat sebab nanti orang lain  nak 
mandi juge, lepas tu habis saje sembahyang subuh kena doa cepat-cepat, lepas 
tu makan minum kena cepat juge….lewat-lewat nanti tertingal bas pulak. Kalau 
yang memandu sendiri, kalau terlewat dah Q pulak di jalan raya. Jadi dalam 
otak kita ni..tak terluang untuk memikir perkara lain , kerana asyik dengan 
cepat. Nak buat macam mana ye…Ain, itu dah rezki kau orang , hidup di kota 
metropolitan. Macam mencelah ni tenang dan damai dalam seharian…lahir di 
kampong dan hidup besar serta kerje pun di kampong, tak perlu le nak rush 
sana sini…kesihatan pun bagus sikit dari orang bandar, tak perlu nak sedut 
asap bas dan lori hari-hari!

Walaubagaimana susah ke senang ke kita ni Ain , semuanya itu adelah Nikmat 
yang di anugerah Allah kepada hambanya (mencelah bukan nak berdakwah….takut 
le juge ,kena-kena kamu ni ustazah di eon).Cuma kekadang macam mencelah 
kata…kita terleka. Bila mencelah cakap tentang Nikmat kalau kebetulan kau 
orang punya nama Nik b.Mat , kau orang jagan le perasan pulak…itu kebetulan 
ajee. Untuk menunjukkan kesyukuran terhadap Nikmat yang telah dianugerah 
Allah, cuba le Ain luangkan masa sejenak…..pejamkan mata untuk seketika dan 
bayangkan kembali akan nikmat-nikmat yang telah nikmati. Tapi kalau Ain nak 
pejam sejenak pun, jangan le sekarang. Faham-faham le sama , Ain tu dok 
menumpang komputer pejabat….nanti pejam-pejam terus terlena, boss kata apa 
pulak.(macam mencelah tak ape….walaupun kerje estet, ade juga komputer 
berinternet sendiri….jangan marah ye).Kadang-kadang kita tak terlintas nak 
fikir akan nikmat-nikmat…sebab kita tak mahu melahirkan rasa “kagum” dengan 
segala kejadian seper kejadian air….dengan kejadian api….dengan kejadian 
langit tanpa bertiang dan kejadian bumi yang luas terbentang . Apatah lagi 
dengan kejadian benda yang kita tak nampak seperti udara…..lagi le kita tak 
terlintas nak mengagumi akan kejadiannya. Itu le ade baiknya….setiap hari 
selepas sembahyang subuh tu…sewaktu tubuh masih berade diatas sejadah (kalau 
tubuh kamu dah dalam liang lahat, hanya perlu nak menjawab aje..) pejamkan 
mata seketika dan bertafakurlah dengan fikiran yang terbuka tetapi bukan 
dengan mulut yang ternganga. Kalau kebetulan Ain orang memang pesyen…kalau 
duduk diam saje, mulut suka ternganga…..tu pun nikmat juge, nikmat bernafas 
dua dalam satu.

Bila kita bercakap tentang nikmat ni Ain , kadang-kadang otak kita ni blue 
sikit! Baik pompuan…baik lelaki, cakap saje nikmat, kamu bayang nikmat 
berumah tangga. Tapi nak buat macam manakan, itu nikmat yang di anugerah 
Allah dari hasil usaha kita. Tapi tak le semua, ade yang mak bapak tolong 
cari…..jadi pada malam pertama orang kate sama-sama tak kenal, jadi 
tersipu-sipu le sikit si isteri ni. Kalau yang kahwin dengan yang cari 
sendiri, malam pertama laki dia gerenti macam harimau kelaparan. (kamu 
jangan sengeh-sengeh pn. Pabiyen…..ini cerita betul , bukan 18SG) Tapi nak 
buat macam mana, itu saje nikmat yang mudah terfikir dan tak perlu nak pejam 
mata. Walaubagaimana sekali pun, sama ade kita cari sendiri ke……mak bapak 
cari ke…..kita kahwin dengan anak dare ke…..dengan jande ke……asalkan mereka 
itu dari golongan pompuan yang baik, alhamdulillah! Kalau nak kata nikmat 
tentang dara ni Ain , zaman sekarang ni kita boleh dapat “anak dara” tapi 
kalau yang “berdara” belum tentu lagi. Sebab kalau anak-anak dara dahulu  
kalau pergi sekolah , ibu bapak beli basikal mini….kena yang sekarang 
ni…..masuk tingkatan satu, makpak beli basikal racing bagi. Jadi kayuh 
le…budak tu kehulu-kehilir terkangkang terkoyak …lama-lama tak katakan dara 
leee….seluar jin pun koyak. Terlanjur mencelah cakap tenang nikmat berumah 
tangga ni ( terlanjur cakap aje..) apabila Ain ade anak dara si kecil yang 
boleh membantu….itu pun nikmat juga. Cuba Ain bayangkan ade sesetengah 
orang…..hidup mewah…..ade kereta besar…..ade rumah besar…..ade isteri 
besar….., tapi hidup belum tentu bahagia tanpa zuriat, jadi anaktu nikmat 
kebahagian rumah tangga….jadi ain kena bersyukur banyak-banyak. Tapi pada 
yang belum ade anak tu bersabar le…..insyaAllah nanti dapat le. Bye……ade gu 
aje boleh bual-bual.

[EMAIL PROTECTED]
(HAK CIPTA TERPELIHARA)


>From: "Nor'ain Eusoff" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: "'Pabiyen Sitok'" <[EMAIL PROTECTED]>,        
>"'[EMAIL PROTECTED]'"  <[EMAIL PROTECTED]>
>CC: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Ooohh.... ada orang "Ngumpat" kita yaaa!
>Date: Mon, 10 Apr 2000 14:20:39 +0800
>
>
>Assalamu'alaikum....
>
>Bila masuk office pagi ni tertengok ada satu posting dari "Puan Sri Mawar"
>yg banyak duri tu pasal "uban".  Salah seorang dari mangsanya ialah
>saya........  Aduh!  Tensionnnya!   Nasib baik Puan Sri Pabiyen "defend"
>kita, kalau Puan Sri Pabiyen ada satu uban aje, saya yg muda sikit dari 
>Puan
>Sri Pabiyen langsung tak ada tau!  Puan Sri Mawar, tolong betulkan 
>statement
>Puan Sri tu ya!
>
>Setahu saya, Puan Sri Mawar yg dah tua bangka tu yg dah berlambak ubannya!
>Tapi tak apalah Puan Sri, janji hati Puan Sri masih muda.....   tua umur 
>dan
>beruban tu tak jadi masalah yg sebenarnya; cuma saya nak suggest kepada 
>Puan
>Sri, kalau susah-susah sangat, "celup" ajelah rambut Puan Sri yg penuh uban
>tu dengan inai.  Tapi make sure bila "mencelup" tu Tan Sri tak ada kat
>rumah, takut nanti Tan Sri tak "selera" pulak dengan Puan Sri yg berserkup
>kepala sementara nak menanti rambut Puan Sri tu jadi merah dek inai tu!
>Baru-baru ni ada jugak saya suruh "Tan Sri" saya periksa uban... tapi
>katanya "awak masih muda lagi, mana nak ada ubannya!".  Ini "Tan Sri" saya
>yg cakap, bukan saya!
>
>Saya katakan Puan Sri Mawar mengumpat saya sebab saya dah 2 minggu 
>terlantar
>sakit....  MC 2 minggu duduk kat rumah, tunggu jugak jambangan bunga dari
>Puan-puan Sri semua, tapi yg dapat hanya panggilan telefon dari salah
>seorang "Datin Seri".  Puan Sri pun ada gak.  Terima kasih kepada Puan-puan
>Sri & Datin-datin Seri yg mengingati saya ya!
>
>By the way saya nak cerita sikit pasal masa saya sakit hari tu.......   
>Saya
>kena bela anak saya yg kecil yg juga sakit macam saya.  So, sama-sama kena
>sakit serupa, mestilah jaga anak sendiri, takkan nak bagi orang jaga pulak!
>Tapi masalahnya, sakit saya ni tak boleh memasak.  Tak larat nak bangun.
>Menggigil-gigil...... nasib baik anak yg tua tu "independent",  (dia tak
>sakit), so saya suruhlah dia tolong buatkan air milo & sapukan roti dengan
>marjerin & jam.  Kepala ni memang berat sangat.  Kalau bangun aje macam nak
>terpengsan balik.....  tak larat sebab tak boleh makan, tekak sakit sangat.
>One thing for sure, anak saya yg sulung tu saya ajar dia bila ambil air
>panas tu hati-hati......  saya suruh dia bawa flask ke tempat saya 
>berbaring
>dan saya tolong tuangkan air panas tu...  lepas tu pandai-pandai dia lah
>bancuh milo atau horlicks untuk saya & adiknya.   Alhamdulillah, boleh 
>harap
>anak dara saya tu.....  walaupun baru tadika.  (So, Puan Sri Mawar, awak
>boleh agak-agak umur saya ni berapa kalau baru ada anak tadika, saya kahwin
>muda you!!!  For sure belum ada uban lagi tau!).
>
>Bila jiran-jiran saya tahu (kerana kereta ada kat rumah, dah pasti saya tak
>kerja)... depa pun datanglah tengok-tengok.....  ramailah yg simpati, siap
>ada yg tolong basuhkan pinggan!  Malunya saya!  Sebabnya saya tak suruh 
>anak
>saya basuh pinggan, anak saya tu kalau basuh pinggan,  baju dia habis basah
>kuyup, singki tinggi lah katakan!  Kesian pulak kat budak tu.... bila fikir
>balik, masa ni lah saya teringat; kalau ada "maid" kan bagus?   Apa nak
>buat, hari tu dah berkeras tak mau ada maid.... tanggunglah sendiri.
>Akibatnya, jiran tetanggalah yg tolong masak untuk saya & anak-anak.
>
>Syukur Alhamdulillah.....  dah memang sifat saya yg kalau waktu saya sihat,
>kalau saya rajin buat makanan, saya selalu buat lebih-lebih dan saya
>sedekahkan kepada jiran.  Masa saya sihat, saya tak pernah lupa kepada 
>jiran
>saya.... sama ada mereka suka atau tidak pemberian saya, saya ikhlas 
>memberi
>untuk dirasa apa yg saya masak.  Kadang-kadang saya buat mee kari, mee
>goreng, mee hoon sup, kuih-muih lain yg saya selalu buat untuk suami pun
>saya sedekahkan kepada mereka.  Bila saya sakit, tibalah masa mereka
>menghantar semula pinggan-mangkuk & piring saya tempohari.  (Walaupun saya
>sedikitpun tak minta dibalas pemberian saya tu).   Jadi, semasa saya sakit
>baru-baru ni dengan tak payah disuru-suruh, jiran-tetangga yg rapat dengan
>saya pun tiap-tiap hari menghantarkan lauk-pauk kepada saya untuk dimakan.
>Mujurlah saya ni berjiran dengan 2, 3 orang suri rumahtangga, kalau jiran 
>yg
>bekerja jugak.....  suruh suami beli ajelah!  Apa yg saya lakukan (untuk
>mengelakkan rasa malu), saya suruh suami saya beli barang-barang basah
>seperti ikan & sayur & saya hantarkan ke rumah jiran.  Suami saya pandai
>masak, tapi disebabkan dia memang tak boleh cuti & kerjanya "overload"
>sangat, nak tak nak kenalah minta tolong dengan jiran.
>
>Message saya ialah; kalau kita berbaik dengan jiran tetangga & tak sombong,
>InsyaAllah jiran akan datang menjengah kita dan membantu serba-sedikit apa
>yg mereka mampu.  Ketika hari nak hujan ada yg tolong angkatkan baju di
>ampaian kat belakang rumah yg dijemur oleh suami & anak , ada yg tolong
>basuh pinggan.   Lagi satu message saya ialah, kalau kita latih anak-anak
>kita untuk rajin, InsyaAllah dia tak akan menyungut bila kita suruh dia 
>buat
>sesuatu.  Saya rasa bertuah sebab anak saya ni boleh diharap.   Saya juga
>berterima kasih kepada abang sulung saya yg tinggal berdekatan yg tak 
>pernah
>lupa pada saya - kakak ipar saya selalu menghantar makanan kepada saya &
>anak-anak.....   Alhamdulillah, saya rasa gembira; saya pun dah beransur
>sihat dan boleh bertugas kembali.....
>
>So, Puan Sri Mawar, lain kali awak tu jangan sombong dengan jiran.  Tapi 
>tak
>apalah, Puan Sri ada maid.... saya ni tak ada maid.   Mungkin lepas ni si
>"mencelah sikit" boleh bukak agency "temporary maid" untuk para majikan yg
>selalu sakit macam saya ni, agar tak perlulah saya menyusahkan jiran
>Dengar-dengar si "mencelah sikit" dah nak pencen, so bolehlah buat planning
>untuk "project" lepas pencen nanti, ya tak?  Kalau belum ada uban, inilah
>masa yg sesuai untuk  jadi matang sebab kalau kita ni rajin berfikir -
>especially kalau kita ada business sendiri, uban senang tumbuh..... Puan 
>Sri
>Pabiyen.... tak nak sokong ke usul saya ni?
>
>OKlah, saya nak menyepikan diri buat seketika.  Nanti bila dah subscrie
>Hizbi net semula, kita sembang topik-topik yg lebih menarik lagi......Harap
>Puan Sri Mawar tak mengumpat saya lagi....  sementara saya bercuti panjang
>nih, OK?
>
>Wassalam....

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke