*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Saya ingin menambah hujah yang telah diberi sebelum ini. Teori evolusi juga 
ditolak kerana

1. Eko sistem yang seimbang
Wujudnya ekosistem flora dan fauna yang komplek kerana adanya keseimbangan 
pergantungan antara satu spesis dengan spesis yang lain. Setiap spesis 
mempunyai peranan mereka yang tersendiri. Contohnya, tumbuhan dimakan oleh 
binatang, binatang pula mengeluarkan najis sebagai baja kepada tumbuhan. 
Serangga pula membantu proses pembiakan tumbuhan dan menghancurkan bangkai 
binatang kepada bahan organik ringkas untuk tumbuhan. Oleh itu, adalah lebih 
logik bahawa setiap spesis itu dicipta secara berasingan dan mempunyai sifat 
dan bentuk yang unik untuk memainkan peranannya yang tersendiri.

Dari segi guna tenaga, tumbuhan menggunakan kebanyakan tenaga yg diperolehi 
untuk tumbesaran dan pembiakan. Sebaliknya, haiwan menggunakan kebanyakan 
tenaga untuk �berjalan� mencari makanan dan haba. Teori evalusi juga tidak 
dapat menjelaskan dengan kukuh mengapa berlakunya perubahan falsafah guna 
tenaga ini.

�Dan Allah telah menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebahagian 
dari haiwan itu ada yang berjalan di atas perutnya dan sebahagian berjalan 
dengan dua kaki, sedang sebahagian yang lain berjalan dengan empat kaki. 
Allah menciptakan apa yg dikehendakiNya, sesungguhnya Allah Maha Kuasa akan 
segala sesuatu� (An-Nuur, ayat 45)

2. Natural selection/ Pilihan fitrah
Teori evolusi menggunakan konsep �natural selection� dimana haiwan yang 
cepat membiak mempunyai lebih banyak peluang untuk terus hidup dan membentuk 
spesis baru. Hakikatnya, manusia adalah antara hidupan yang paling lambat 
membesar dan membiak walaupun mempunyai kadar metabolisma yang hampir sama 
dengan mamalia yang lain. Manusialah yang berkembang biak di muka bumi Allah 
dan angkara manusialah yang menyebabkan banyak spesis lain pupus. Malahan 
hanya manusia dan dolphin sahaja adalah dua spesis yang diketahui melakukan 
hubungan sek lebih untuk nikmatnya daripada untuk membiak. Mengapakah 
berlakunya sedemikian ?
�Dan diantara tanda2 kekuasaanNya ialah Dia menciptakan kamu dari tanah, 
kemudian tiba2 kamu menjadi manusia yang berkembang biak� (Ar-Rum, ayat 20)

3. Struktur DNA
Penemuan DNA pada tahun 1953 dan dengan terbongkarnya maklumat yang 
tersimpan dalam 3 bilion unit kod didalamnya menyebabkan teori evalusi 
menjadi tunggang terbalik. DNA lalat buah hampir sama dengan manusia. 
Sembilan persepuluh dari genetik tikus sama dengan genetik manusia. Dari 
sudut genetik, manusia pun tidak jauh beza dengan bakteria.

���Sesungguhnya, segala yang kamu sembah selain Allah, sekali-kali tidak 
dapat mencipta seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk 
menciptakannya. ��� (Al-Hajj, sebahagian ayat 73)

4. Fossil  hominid/separa manusia
Selama lebih seratus tahun mengali mencari fossil separa manusia atau 
hominid, kurang dari 2000 sampel yang di jumpai dan kebanyakannya tidak 
lengkap. Teori Drawin mengangarkan bahawa manusia awal �muncul� dari 
cimpanzee sekitar 5 hingga 8 juta tahun dahulu. Tetapi, mengapa fossil yang 
dijumpai sangat sedikit setelah berjuta tahun wujud ? Hampir kesemua saintis 
bersetuju bahawa homonid yang berjuta tahun ini datang dari Afrika dan hanya 
di Afrika. Ini menunjukkan homonid ini sebenarnya adalah sejenis monyet 
juga. Cuma berbeza dari segi struktur badan dan rupa. Sebab itu ianya tidak 
dapat bergerak jauh kerana bergantung pada kekuatan fizikal sahaja tanpa 
akal yang maju dan ilmu pengetahuan walaupun sudah wujud berjuta-juta tahun.

Tetapi fossil homonid yang berusia sekitar 100 000 tahun mempunyai rupa yang 
mirip kepada manusia zaman sekarang. Bukti menunjukan mereka berasal dari 
Afrika juga tetapi kemudiannya tersebar keseluruh pelusuk dunia (Sebagai 
khalifah dimuka bumi ?). Kebolehan mereka untuk menyesuaikan diri dalam 
berbagai cuaca dan bentuk geografi menunjukan mereka mempunyai akal yang 
maju dan berpengetahuan tinggi. Saya berpendapat, disinilah bermulanya Bani 
Adam. Hanya Allah yang lebih mengetahui. InsyaAllah, ada warga hizbi yang 
boleh memberi maklumat lain yang mungkin jauh lebih baik tentang bila 
mulanya Bani Adam di bumi ini untuk dikongsi bersama.

Wassalam.
Bulan Jaya

Rujukan
New Scientist May, 1995
Scientific American August 1995
National Geographic October 1999

>Assalamualaikum warahmatullah,
>
>Hujjah al-quran dan -as-sunnah memang kita semua sudah maklum.
>
>Hujjah Darwin juga ditolak kerana teori perubahan alam semesta tidak benar.
>Dlm teori darwin, living things evolve thru time. Teori ini dihasilkan atas
>lawatan ke Galapagos Island bila tengok species kura-kura. Berdasarkan
>pemerhatian dia (Darwin), Zirafah dulu leher pendek. Tetapi disebabkan
>'survival of the fittest' (sapa yg kuat, dia survive), maka leher zirafah
>menjadi panjang sbb nak hidup (makanan tinggi kat pokok). Atas teori ini,
>dia induksi (induction) proses ini kepada process perubahan monyet menjadi
>manusia. The question is, why the evolution process stopped? Kenapa tidak
>ada lagi perubahan dlm spesis kehidupan dunia? Kenapa perubahan itu
>terhenti? Kenapa manusia tidak lagi berubah? (Kalau beruk boleh berubah
>menjadi manusia, apakah perubahan manusia seterusnya? Sudah berabad-abad
>tiada perubahan berlaku. Cuma yang berubah ialah tamadun peradaban manusia,
>bukannya fizikal).
>
>Wassalam.
>
>
> >>From: abuhanif <[EMAIL PROTECTED]>
> >>To: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>,
> >>"[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>,        "[EMAIL PROTECTED]"
> >><[EMAIL PROTECTED]>,        "[EMAIL PROTECTED]"
> >><[EMAIL PROTECTED]>
> >>Subject: H-Net* Mengapa Tiori Darwin ditolak
> >>Date: Sat, 08 Apr 2000 09:48:55 +0800
>
> >>Tiori Darwin yg kononnya berasaskan sains ditolak dgn hujjah2 berikut:
> >>
> >>1. Isinya bertentangan dgn isi dlm Quran:
> >>     1.1: Nabi Adam turun ke dunia  dari syurga
> >>     1.2 Manusia dicipta terus kpd bentuk asal yg ada sekarang
> >>                 (bukannya bermula dgn microorganism)
> >>
> >>2. Tiori Darwin ditolak oleh semua penganut Kristian yg juga percaya
> >>manusia berasal dari Adam.
> >>
> >>3. Tiori Darwin ditolak oleh semua penganut agama Yahudi (Israel) dengan
> >>alasan yg sama di atas.
> >>
> >>4. Tiori Darwin boleh dibuktikan salah dgn menggunakan kaedah sains
> >>juga. Pakar biologist mutakhir ada membuktikannya.
> >>
> >>wassalam
> >>
> >>Pengirim: abuhanif <[EMAIL PROTECTED]>
>
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "Abu Az-Zuhri" <[EMAIL PROTECTED]>

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Bulan Jaya" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke