*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum

Bercakap pasal Gangguan Seksual(GSX) ni, kat mana-mana
pun ada.

Pengalaman saya, kat dalam bas, kat stesen bas dan kat
pejabat pun kena.  Tak faham juga, kalau memang kita
ni species yang buka-bukaan, boleh juga diterima dek
akal..ini kita sekadar wanita biasa.

Bagi saya, GSX di tempat kerja amat membingungkan. 
Mereka ini bukannya maniac, tapi mereka ini akan call
ajak kawin(walaupun yang diajaknya isteri org), akan
ikut kat mana-mana kita pergi dan cuba duduk dekat
dengan kita, akan call dan putuskan line bila kita
angkat, akan hantar mesej lucah, akan ceritakan pada
org yang kita dan dia ada affair dsbnya.  Hari-hari
kita face org yang sama, dengan watak yang kita tahu
sama.  Ada ketikanya, nak keluar pun takut, nak pergi
mana-mana pun takut sebab org yang buat gsx ni macam
bayang-bayang ..kat mana kita ada, dia pun ada. Sampai
tahap, mimpi pun terkeluar muka dia, dalam mimpi pun
kita takut.

Amat tak adil membenarkan mereka-mereka ini
berleluasa, tapi dalam tempat kerja, bukan mudah kita
nak proof hal ini.  Jawabnya, hari-hari kita terpaksa
'telan' segala perit seksa melawan takut/bimbang/fobia
sendiri.  
Juga kenapa kita(i.e. mangsa) mesti disuruh tukar
kerja/tempat?  Sewajarnya mereka yang ditamatkan
perkhidmatan.  Tetapi merujuk kepada bab tindakan
tata-tertib kerajaan, memang amat susah nak buang org.
GSX ini.  Paling kurangpun, tukarkan tempat kerja-tapi
still dia akan mengganggu org lain.Lagipun , siapa yan
g berani buat report kerana kita tahu mereka  ni
mungkin ada mental problem, kalau mereka tahu kita
yang buat report, takut lagi teruk kita kena.

Tindakan saya, secara pribadi saya ignore kehadiran
mereka ini.  Kalau mereka ada kat depan pun, saya
assume macam tak ada.  Tapi dalam hati Allah saja yang
tahu. Saya boleh handle hal ini setakat ini
insyaallah, tetapi dalam masa yang sama; kawan saya
telah menghadapi waktu getir dan terpaksa merancang
untuk bercuti kerana tidak tahan dengan gangguan
sebegini.

Ianya akan berlangsung dan terus berlangsung, tapi
adakah kami ada pilihan lain?

- Catatan ini bagi diri saya dan mangsa-mangsa lain
ditempat yang sama.-


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send online invitations with Yahoo! Invites.
http://invites.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: imazz <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke