*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,
Sehari dua ni teman tengok saham telekom jatuh mendadak.
Bijakpandai kata disebabkan singtel beli time. Ada
bijakpandai lain kata saham telekom sepatutnya tak
terjejas kerana ada syarikat jepun nak beli share
telekom.
Dari pemerhatian teman yang bukan orang ekonomi,
sensitif sungguh keadaan pasaran saham kita. Satu
syarikat temasik masuk, satu saham kita jatuh, jatuh
menjunam pulak indeks KLSE. Dan mungkin dengan satu
penampar jepun, dia akan naik balik. Macam ini kalo,
nampak sangat syarikat2 kita dan juga pasaran saham
kita terlalu sangat daif. Dan kalau kebanyakan
syarikat macam ini, bermakna ekonomi negara kita juga
terlalu daif - tanpa george soros pun boleh terumbang
ambing dibuatnya.
The bad news is, george soros sedang mengintai dari
negara seberang. Mungkin menunggu masa untuk menerkam.
Dalam pada tu, didada2 akhbar pro-gomen, tak habis2
dengan cerita2 tak produktif - bukan kecik2 beritanya;
tajuk utama pulak tu (seolah2 ini yang paling penting);
- pembangkang ingin membawa wanita kezaman jahiliah,
- pembangkang mempromosi keganasan (14 april demo la,
pukul orang umno la....syncronised pulak bunyinya
macam dirancang2 ceritanya),
- memecah belah masyarakat,
- tak boleh lawat kelantan/terengganu (lawat negara
komunis ok pulak),
- Al-Azhar disuruh terima hanya STA malaysia (habislah
pelajar2 State's religious schools....),
- Sumbat mulut/telinga profesional yang tak sebulu,
- tekan ajk masjid,
- dan macam2 lagi.
Kenapa tidak dibubuh dimuka hadapan akhbar dan tv/radio
perdana tu;
- Bagaimana pelajar2 kita akan dipersiapkan dengan
ilmu untuk menawan K-ekonomi (tak kiralah pelajar
anak pembangkang atau tidak). Apakah kita sudah
mahir dalam arena Knowledge Management. Bantulah
mana2 inisiatif kearah itu tanpa melihat samaada
ini pembangkang punya atau sebaliknya.
- Bagaimana kita mempersiapkan negara supaya tak payah
import padi, ikan, dan sayuran untuk menyelamatkan
pertukaran wang asing.
- Bagaimana kita perlu sekat orang asing masuk menjajah
syarikat2 kita dengan membuat polisi2 tak sopan
mereka yang tak mengambil kira sensitivi agama dan
bangsa kita.
- Bagaiman syarikat2 negara patut buat business plan
yang berani (bukan cut and paster dari tahun lepas)
untuk menangani tuntutan semasa.
- Apakah tindakan paling efektif untuk menyekat
kebanjiran pendatang haram, statistik penagihan dadah
yang begitu bullish, jenayah yang begitu menjadi2.
- Bagaimana nak mereformasikan kakitangan kerajaan yang
masih beroperasi dalam mode tahun 70an/80an walaupun
macam2 skim gaji dan diperkenalkan.
- dsbnya.
Kalau pemimpin2 negara akalnya memang tinggi, mereka
tak akan kisah sangat dengan perarakan aman dan huha
huha pembangkang yang hanya ingin menyampaikan
maklumbalas ikhlas mereka. Ambildengar apa yang mereka
cakap. Kalau betul serapkan saja - macam yang Johor
bercadang buat dengan mengenakan hukuman sebat terhadap
pesalah syariah (tiru macam kelantan).
Selagi pemimpin2 negara begitu prejudis dengan Islam
dan golongan yang cuba menonjolkan keadilan ala Islam,
selagi itulah mereka tak akan dapat melakukan
"quantum leap" dalam berfikir, kerana mana mungkin
orang Islam berjaya tanpa Islam. Takkan malaikat nak
mencampakkan ilham yang baik2 pada minda orang yang
anti-Islam. Bila ini tak terjadi, lahirlah tindakan2
bodoh yang tak masuk akal. Terjadilah kegagalan demi
kegagalan. Orang kafir lainlah - itu satu istidraj
bagi mereka. Takkan nak tiru orang kafir...nanti
tergolong bersama mereka di akhirat nanti.
Wassalam
-----------------------------------------------------
Get free email from CMP at http://www.cmpnetmail.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: [EMAIL PROTECTED]