*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wrt.
Tiada apa apa yang indah nak dikhabarkan disini cuma sekadar bertamu dan
ingin menyatakan sedikit pandangan saya ( maaf dan tegurlah kalau pandangan
ini tersasar ) mengenai kepelikan sikap kebanyakan orang orang / penyokong
UMNO ( dulu orangtua saya & keluarga pun sokong UMNO tapi sekarang ni PAS )
Apa yang peliknya??? okay sama sama kita renungkan dan tafsirkan bersama.
1) Hendak menjalankan hukum Islam ( semua tahu hukum Islam mestilah
berlandaskan AlQuran dan Hadis/Sunnah Nabi ) tapi yg peliknya UMNO
Sanggup mengatakan hukum Al Quran @ Hudud ketinggalan zaman.Alhadis / sunnah
pula dicacatcela dan dipermainkan..
2) Nabi Muhammad SAW bina masjid untuk sampaikan dan megembangkan Islam,
Para Ambia / Ulama seru manusia secara berdakwah / usrah samada masjid atau
madrasah / tempat2 tertentu. tapi yang peliknya UMNO
Sanggup jadikan masjid cuma tempat beribadat yakni sembahyang aja..habis masa
sembahyang tutup dan buka semula bila masuk waktu solat lain..( macam panggung
wayang je...ikut masa buka dan tutup ) malah menghalang para ulama bijakpandai
ugama utk menyampaikan kuliah atau ceramah ugama.
3) Bercakap gah tentang kemelesetan ekonomi dan perlu bijak dalam pengurusan
belanjawan harian tapi yang peliknya UMNO banyak pula diperhabiskan secara
begitu aje seperti rasuah pada pengundi, sponsor pengundi pergi melancung,
projek projek mega & bukan mega yang merugikan dsb.
4) Bercakap gah utk penyatuan umat melayuislam malaysia tapi yg peliknya UMNO
dalam masa yang sama berusaha menceraikan / merobohkan silatulrahim melayuislam
dengan unsur2 fitnah dan dakyah karut. ( banyak utk dihuraikan )
5) Mengutuk bangsa Yahudi tapi yg peliknya UMNO sanggup meeting / melawat puak
Yahudi malah membenarkan mereka bertamu ke negara kita.
6) Mengatakan pendirian tegas ( marah ) bila negara islam lain dicerobohi oleh
negara bukan islam spt Russia serang Chechnya tapi yang peliknya UMNO masih lagi
sanggup berurusan membeli Helikopter dgn Russia.
7) Bila PAS dapat perintah walaupun baru cuma beberapa bulan atau tahun sudah
mula mengkritik ttg pembangunan , ttg sosioekonomi, itu ini tapi yg peliknya
UMNO bila puak dia perintak berpuluh puluh tahun tapi habukpun takder tak pulak
dikritik / dikomen cara pentadbirannya. Contohnya T'ganu, Mokhtar Ahmad 25 tahu8n
perintah T'ganu dgn royalti minyak 600 juta setahun ( lebih 1.2 billion dapat
sepanjang 25 tahun ) tapi aper yang dibuat? Masalah jalanjalan berlubang takkan
lah Pas baru perintah hampir 5 bulan jalan dah rosak teruk ...yang logiknya itulah
peninggalan puak UMNO.
8) Bila PAS beri kelulusan permit arak pada 8 syarikat(setelah ditamatkan 12
syarikat lain ) puak UMNO bising macam anjing nampak iblis tapi yg peliknya
UMNO tak pulak diaorang bising bila lesen arak senantisa diberikan kelulusan
pembaharuan permit spt Guiness Stout kat Selangor tu.
9) Depa bising macam ayam baru lepas bertelur bila orang PAS dikatakan pukul orang
UMNO ( samada sahih atau tak dan sebabnya masih lagi samar )tapi yang peliknya
puak UMNO ni mereka tak pulak jadi lagu tu bila org UMNO bunuh pakcik yg sokong
PAS spt yg pernah berlaku di Perak dan Memali.
10) Mereka tahu yang akan memberi syafa'at di padang Masyhar nanti untuk
percepatkan kiraan / hisab , syafa'at utk masuk ke Syurga adalah dari Rasullullah
Muhammad SAW tapi yg peliknya orang UMNO ni walau tahu itu semua tapi tak mahu
ikut Sunnahnya dan Ajaran islam dan perintah ALLAH termasuklah hukum Hudud.
11) Dan yang paling peliknya orang UMNO ni dia orang tak ingat MATI ke? tak ingat
BALASAN ALLAH ke?, tak ingat adanya SYURGA & NERAKA ke?, tak tahu ke mereka
apa HUKUM & BALASAN bagi orang yg Derhaka dan dusta pada AGAMA ALLAH ISLAM dan
bagi orang2 yang menghina SUNNAH Nabi...
Jadi akhir kata marilah kita semua tak kira PAS / BA dan UMNO semua sama sama
muhasabah dan renungkan diri kita ...betulkah jalan yg kita lalui tu..mendapat
barakah ALLAH atau pun tidak...
Sempena Hijrah yg masih baru ni...marilah semua kita hijrahkan diri kita ke jalan yg
lurus & diredhai ALLAH SWT.
MAAF pada saudara / saudari semua orang UMNO dengan tulisan saya ini..
cuma utk direnungkan dan difikirkan bersama...pelik atau tidak peliknya sikap
yang macam ni ( itupun sebahagiannya saja )
InsyaALLAH jumpa lagi.
Wassalam wrt.
=====
ambolatu...
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send online invitations with Yahoo! Invites.
http://invites.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: ambolatu kawepongbuleh <[EMAIL PROTECTED]>