Asslamualikum..salam perjuangan..ader saper yg mgenali peribadi Ust Asri..boleh forward kat ana.. belum pernah mendengar ceramah atau pengajian ilmu secara langsung dari beliau, tetapi dari penulisan beliau di akhbar dan beberapa temuramah dengannya di tv, sudah cukup untuk saya mengkagumi beliau sebagai seorang ilmuan Islam yang tiada tandingannya buat masa ini. Hampir semua tulisan beliau di ruangan Bicara Agama saya simpan sebagai bahan rujukan dan sumber ilmu. Bagi saya, Astora Jabat merupakan ulamak besar yang dilahirkan bagi mengembalikan kegemilangan Islam di Malaysia khususnya dan dunia amnya. Dari penulisan beliau juga, mengajar saya mengkagumi kepimpinan Dato' Sri Dr. Mahathir Mohamad sebagai tokoh pimpinan Islam yang memerintah sebuah Negara Islam yang dibantu oleh ulamak-ulamak besar seperti Dr. Abd. Hamid Othman, Datuk Yusof Nor, Datuk Hamid Zainal Abidin, Tan Sri Wan Mokhtar dan lain-lain. Saya yang dulunya seorang yang tidak berparti, terus menjadi ahli UMNO pada awal tahun 1999. Dengan `bergurukan' Astora Jabat juga, saya telah menanam rasa benci yang amat sangat terhadap beberapa tokoh ulamak terutamanya dari kalangan PAS yang menggunakan agama demi kepentingan politik mereka seperti Nik Haji Abd. Aziz, Haji Hadi Awang, Fadzil Noor, Dato' Haron Din, Dato' Ismail Kamus dan seluruh ulamak pimpinan PAS. Juga saya telah menanam rasa benci yang amat sangat terhadap beberapa ulamak luar seperti Dr. Yusof Qardawi, Hassan Al-Banna, Sayyid Qutb dan beberapa ulamak lagi. Bagi saya semua ulamak-ulamak ini adalah ulamak jahat yang bertopengkan agama demi sesuatu kepentingan keduniaan mereka, sepertimana yang dibicarakan oleh Astora Jabat. Segalanya saya terima dan percaya kerana bagi saya apa yang saya baca dari akhbar dan apa yang dengar dari TV, itulah nas, dalil dan fatwa yang asli yang tidak boleh disanggah lagi. Saya tidak pernah mengikuti pengajian ilmu di surau atau di masjid keranan kesibukan masa dengan perniagaan yang saya usahakan. Kegembiraan saya sudah tak dapat ditahan-tahan lagi bilamana mendapat tahu ulamak pujaan saya akan datang ke Mengkuang, Bukit Mertajam pada 8 April untuk berdebat dengan seorang Ustaz tempatan yang saya anggap sebagai budak mentah iaitu Ustaz Mohd. Asri. Saya sendiri tidak mengenali siapa beliau dan dari soal-selidik saya, beliau adalah merupakan seorang pelajar yang sedang mengikuti pelajaran di Universiti tempatan, berumur lingkungan 28 ke 29 tahun. Saya memang sudah tidak sabar menanti tarikh yang dinyatakan untuk melihat bagaimana Ustaz Asri diratah dan dimalukan oleh ulamak pujaan saya tersebut di hadapan ribuan hadirin. Apa yang lebih penting, saya ingin bertemu dengan beliau, mendakap dan mencium tangannya yang mulia. Awal-awal lagi saya telah berada di tempat perdebatan demi menunggu kedatangan beliau. Apa yang merentap tali jantung saya ialah; apa yang saya jangkakan dan harapkan selama ini telah berlaku sebaliknya. Ulamak besar yang saya sanjung dan saya puja selama ini rupanya tidak sehebat tulisannya di akhbar. Begitu jauh sekali bezanya. Mungkin lebih jauh dari langit dan bumi. Beliau langsung tidak mampu melahirkan hujah-hujah bagi menepati persoalan yang dibincangkan. Seingat saya tidak ada satu pun dalil dari Al-Quran atau Hadis yang dikeluarkan bagi mengukuhkan pendapat beliau di dalam membicarakan persoalan Negara Islam. Hujah beliau banyak yang menyimpang dari tajuk asal dan beberapa fakta cuba diselewengkan demi untuk mengekalkan kredibiliti beliau. Sehinggakan sepanjang perdebatan, saya tidak tahu di mana pendirian beliau dan apa maksud yang ingin disampaikan. Ustaz Mohd. Asri yang saya pandang rendah sebelum ini, rupanya mampu menggegarkan dan menguasai majlis dengan pandangan-pandangan beliau yang bersumberkan dari nas-nas yang sahih. Penyampaian beliau yang jelas dan dengan cara yang cukup ilmiah mungkin telah menggerunkan saudara Astora Jabat sehinggakan penyampaiannya tersekat-sekat, terketar- ketar dan lebih banyak menelan air liur gemuruh. Peluh yang mencurah-curah mula membasahi dahi, muka dan tubuh ulamak yang saya puja. Keilmuannya yang saya kagumi selama ini, tidak mampu langsung diterjemahkan. Persoalan yang dikemukakan oleh Ustaz Asri dan para hadirin tidak mampu dijawap dengan jawapan yang jelas dan penuh ilmiah. Segalanya sedaya upaya cuba diselindungi dan diselewengkan seolah-olah ada satu kuasa lain yang mengawalnya dari belakang. Seolah-olah ada tangan-tangan lain yang menjadi dalang di sebalik penulisannya selama ini. Tulisan yang telah sedia diprogramkan hanya mencari nama-nama yang sanggup menjadi Pak Sanggup mengaku melahirkan tulisan-tulisan tersebut. Telah tiga hari saya mengulang-ulang mendengan perdebatan yang saya rakamkan melalui kaset. Tidak ada satu pun ilmu yang dapat saya pelajari dari ucapan beliau. Segalanya penyelewengan dan pembohongan. Terlintas di fikiran saya, ulamak apakah ini? Dari ilmu yang ditunjukkan, bukan dikatakan ulamak, ustaz kampung pun tidak layak untuk dipanggil kepada beliau. Rupanya selama ini saya dan mungkin ribuan pembaca lain di seluruh Malaysia telah ditipu dengan tulisan beliau yang saya anggap cuba menyelewengkan dan menyesatkan akidah umat di atas satu agenda jahat, iaitu jangan fahami ilmu agama yang sebenar, jangan menyanjung ulamak (terutamanya ulamak PAS), jangan percaya bahawa kita mampu laksanakan sebuah pemerintahan Islam. Beliau seolah-olah cuba mengajak umat supaya tidak dapat memandang kesyumulan Islam yang sebenar dan biarlah kepimpinan hari ini terus memerintah dengan sistem pemerintahan ciptaan manusia yang sengajakan dilabelkan dengan sistem pemerintahan dan perundangan Islam. Saya mula memahami erti Negara Islam yang sebenar dan kewajipan kepada satu usaha bagi menegakkan Negara Islam dari apa yang disampaikan oleh Ustaz Mohd. Asri semasa majlis tersebut. Penerangan Ustaz Mohd. Asri amat jelas dan mudah untuk difahami. Rupanya selama ini saya berada di landasan yang salah kerana bersekongkol dengan satu pertubuhan yang tidak langsung mempunyai misi untuk melaksanakan Islam yang sebenarnya. Satu pertubuhan yang didalangi oleh manusia-manusia yang mempunyai berbagai-bagai jenis topeng demi melindungi kebusukan yang semakin membusuk dari diri masing-masing, iaitu pertubuhan UMNO yang saya sendiri ahlinya …. Saudara Astora sendiri mengaku bahawa beliau dari barisan pemerintah dan beliau sendiri membuka pekong tentang keburukan barisan kepimpinan di dalam kerajaan terutamanya Dato' Sri Dr. mahathir secara tidak langsung semasa pembentangan hujah. Katanya walaupun di dalam pemerintahan kerajaan hari ini, banyak berlaku penyelewengan dan kekufuran, beliau tetap mempertahankan dan mengatakan semuanya bagus. Perdebatan yang diadakan telah memperlihatkan ulamak pujaan saya telah tersungkur dengan begitu aib sekali di hadapan ribuan penonton. Beliau telah menerima pukulan KO yang tidak mampu untuk mengangkat muka lagi. Sebenarnya beliau bukanlah ilmuan Islam seperti yang digambarkan. Namanya telah menjadi busuk dan tercemar. Saya percaya semua yang hadir samada dari penyokong pembangkang, penyokong kerajaan atau mereka yang tidak menyebelahi mana-mana pihak, tidak akan lagi gerun dengan `kehebatan' beliau atau menganggap beliau sebagai tokoh yang perlu diberi perhatian di kalangan penulis ruangan agama. Beliau hanyalah merupakan sebagai seorang kerani yang ditugaskan menaip artikel milik `tuan'nya. Kalaulah perdebatan tersebut disiarkan secara langsung di TV1, TV2, TV3 dan NTV7 , Radio Malaysia dan di dada akhbar secara terperinci… tak dapat saya bayangkan… Barulah saya faham mengapa Datuk hamid Othman dan semua pimpinan UMNO begitu takut untuk bersemuka dengan pimpinan ulamak PAS. Kalaulah dengan Ustaz Mohd. Asri yang dianggap hingusan sudah tidak mampu ditentang oleh Astora Jabat, apatah lagi jika pimpinan UMNo berdepan dengan Tuan Guru Nik Haji Abd. Aziz, Tuan Guru Haji Abd. Hadi Awang, Datuk Fadzil Noor, Dr. Hassan Ali, Datuk Ismail Kamus dan Datuk Ishak Baharom? Mungkin selepas itu UMNO hanya tinggal sebagai bahan sejarah untuk diceritakan di dalam buku-buku sekolah untuk generasi yang akan datang. Telah puas saya renung dan fikirkan. Rupanya selama ini saya telah melakukan dosa yang begitu besar …kepada ulamak-ulamak yang amanah dengan ilmunya dan lebih utama kepada Allah SWT. Saya bimbang apakah selamanya ini saya masih Islam kerana di hati saya tidak lepas dari mengatakan bahawa Perundangan Islam sudah tidak sesuai lagi diamalkan di zaman yang moden ini, Negara Islam tidak sesuai dilaksanakan di dalam masyarakat yang berbilang bangsa, Sistem Perundangan hari ini (British Common Law) adalah sistem yang terbaik untuk diamalkan di Malaysia, usaha golongan yang cuba mendaulatkan Islam adalah sia-sia kerana cuba memutar balik jam ke belakang. Saya juga sentiasa bersetuju dengan pendapat pemimpin tertinggi bahawa jika undang-undang Islam dilaksanakan, maka umat Islam tidak akan maju, kerana ramai umat Islam yang kudung tangannya, undang-undang Islam bukanlah penyelesai kepada segala masalah, al-Quran perlu ditafsir semula. Saya juga menyokong bilamana dikatakan berkenaan Nabi menyimpan janggut kerana di zaman nabi tidak ada pisau Gillete, Saidina Hamzah tidak dimandikan semasa terbunuh di dalam peperangan Uhud kerana di padang pasir tidak ada air, orang perempuan Arab memakai tudung kerana di zaman Nabi orang Arab kuat nafsunya dan berbagai lagi ucapan yang mempersenda Islam yang diucapkan oleh mereka. Apakah Allah akan menerima taubat saya? Saya juga tidak pernah berusaha untuk dilaksanakan sebuah Negara Islam yang sebenar yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis semasa di dalam UMNO kerana UMNO sendiri tidak pernah berhasrat demikian. Apakah akan saya jawab di hadapan Allah di akhirat kelak bilamana ditanya mengapa kamu tidak pernah berusaha untuk meninggikan agama Aku? Mengapa kamu bersekongkol dengan mereka yang menentang agar agama Aku dapat didaulatkan? Ya Allah berilah aku hidayah, berilah aku keinsafan. Saya harus keluar dari UMNO. Saya harus keluar dari UMNO. Saya harus keluar dari UMNO…. Saya akan mula mendekati surau dan masjid. Saya harus mula mempelajari Islam yang sebenar. Saya harus mencari sahabat yang dapat membimbing saya ke jalan yang benar. Saya sebenarnya mahu menyertai jemaah PAS, tetapi saya malu berbuat demikian kerana selama ini saya dikenali sebagai penentang PAS di kalangan sahabat dan jiran saya. Bantulah saya untuk lebih mengenali perjuangan PAS. Kepada yang masih berada di dalam perjuangan UMNO atau yang cenderung kepada mereka … insaflah. Kembalilah ke jalan yang benar. Marilah bersama-sama bersatu membantu menegakkan agama Allah. Jauhi laknat Allah. HAMZALAH HAMZAH Kulim, Kedah Nasiblah tak sempat peluk dan cium tangan Download NeoPlanet at http://www.neoplanet.com |