*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
��.sambungan��.
Dan ustaz Halim juga sering menyebut tentang ayat
terakhir dalam Suratul Mursalaat yang bermaksud,�Dan
dengan berita manakah lagi yang kamu mahu
beriman,setelah berita yang disampaikan oleh
al-Quran?�
[ Ini adalah pertanyaan daripada ALLAH SWT,�Kamu nak
beriman macamana lagi,setelah berita yang Aku
sampaikan dalam al-Quran? Sumber sahih daripada
manakah lagi yang kamu nak pegang selain daripada
al-Quran?�Ini,ALLAH cabar kita.Sebab itu sebagai
manusia,kalau dia ambik selain daripada al-Quran,maka
memanglah dia mencabar ALLAH SWT. ]
Kemudian ustaz Halim teringat akan ayat 29-32
daripada Suratul Ahqaaf yang mengisahkan tentang kaum
jin mendengar Rasulullah s.a.w. membaca ayat al-Quran
semasa baginda tengah dok sembahyang.Waktu itu,Nabi
baru saja balik daripada Taif.Semasa di Taif,Nabi
dibaling/dilontar dengan batu oleh orang-orang Taif.
[ Penduduk Taif tak suka Rasulullah ni,pasai dia bawa
Islam.Bukan orang tak suka kat dia,pasai dia lawan
Islam.Jadi,begitulah jugak halnya dengan kita;
kalaulah orang tak suka kat kita,pasai kita bawa
Islam,takpa,kira baguih la tu.Tapi kalau orang meluat
kat kita,pasai kita lawan Islam,jaga,nanti celaka la
hidup kita.Sebab itu,kita mesti faham bahwa kebenaran
ini lambat laun,akan dimenangkan juga oleh ALLAH SWT.
Sebab itulah,kalau tuan-tuan masih ingat; apa yang
telah berlaku di Bukit Jalil semasa sambutan hari
Kemerdekaan tahun lalu.Dimana manusia satu stadium
memberi response 100% dengan membuat �Mexican wave�
bilamana wajah MB Kelantan muncul dalam sidang video
antara semua MB-MB dengan PM.Pasai apa orang beri
response?�Pasai,yang ditayangkan di skrin ketika itu
adalah gambar seorang ulama yang zuhud sejuk mata
memandang,yang penuh tawadduk,yang tak dak perasaan
nak haloba dengan dunia; itulah dia Tuan Guru Nik Aziz
Nik Mat.Kita dapat maklumat bahwa ada yang
bertakbir,dan Cina/hindu pula ada yang bangkit tepuk
tangan.Ini semua adalah sebagai satu isyarat bahwa
rakyat dah muak dengan kezaliman pemimpin yang dok ada
la ni.Dan rakyat sangat-sangat rindu akan perubahan
diperingkat tertinggi.Maka dengan kerana itu,kita
sangat memerlukan pemimpin seperti TG Nik Aziz kerana
dia berjuang diatas kebenaran.Manakala orang yang
seperti perangai Anaconda tu,walaupun dia buat
bangunan/jalanraya dan sebagainya,yang memang pun
menjadi tanggungjawab mana-mana kerajaan pun; tapi
bila dia berjuang atas dasar yang tidak betul/atas
dasar lawan ALLAH TA`ALA/buat kilang arak/buka kedai
judi/terajang ulama/cemuh janggut Nabi,maka orang pun
benci.Walau sehebat mana pun hangpa kempen,tetap orang
benci.Kerana memang ini adalah fitrah yang ALLAH buat
kepada kita��..Hah! ini hanya selingan saja.
Yang ustaz nak cerita sebenarnya ialah tentang
jin,tapi beliau teringat pulak kat �jin baragas� sekok
tu,yang dok ada kat Putrajaya tu.
Berbalik kita kepada cerita jin dalam Surah Al-Ahqaaf;
waktu tu,orang�orang Mekah tak terima dah Nabi,pasai
Siti Khadijah/Abu Talib yang selalu dok backing Nabi
dah wafat,maka bertambah-tambah samsenglah Abu
Jahal.Lalu Nabi pun tak dak arah dah,maka ke Taif lah
dia.Tapi bila sampai-sampai saja di Taif,ketoi batu
pulak sambut dia.Tuan-tuan ingat dekat ka antara Taif
dengan Mekah? 100km jalan kaki tuan-tuan,bukannya naik
kereta.Mana ada LRT ka apa ka,masa tu.
Lalu apabila balik daripada Taif,Nabi singgah sat di
suatu tempat bernama Nakhlah.Di situ,Nabi pun
sembahyang dan mengadu dekat ALLAH.Bila Nabi
memperdengarkan bacaan ayat Quran dalam
sembahyangnya,tatkala itu,rupa-rupanya 7 jin sedang
mendengar bacaan Nabi itu.Dalam tafsir al-Marhum Prof
Hamka,beliau menyatakan bahwa rombongan 7 jin sedang
duduk,lalu mendengar al-Quran.Apabila jin-jin itu dok
ada dekat dengan Nabi,salah satu daripada mereka
berkata,�Diamlah kamu semua,dengarlah apa yang Nabi
Muhammad baca.��Lalu apabila selesai mereka dengar
bacaan Nabi itu,maka mereka pun balik dan berceramah
kepada kaum mereka pula.Lalu berkatalah jin-jin itu
kepada kaum mereka,�Wahai kaum kami,sesungguhnya kami
telah mendengar sebuah kitab,iaitu al-Quran.Yang kitab
ini,kami rasa,diturunkan selepas Musa.��Maknanya,kata
Prof Hamka bahwa puak-puak jin ni,memang tahu mengenai
Taurah.Sebab itu,selepas depa dengaq saja Quran,depa
kata,�Sah,ini mesti selepas Taurah.Yang membenarkan
kitab sebelumnya dan memimpin kira ke arah
kebenaran.Dan memimpin kita semua ke arah jalan yang
lurus.��Tuan-tuan,yang ni yang dikatakan jin ifrit pun
berceramah juga,mengajak kaumnya kembali kepada
Islam.Apatah lagi kita manusia,yang diberi segala
nikmat oleh ALLAH SWT. ]
Sebab itu,Nabi s.a.w. amat marah dan murka kepada
sesiapa yang berpaling daripada petunjuk
al-Quran,sehingga baginda Rasulullah pernah
berkata,�Barang siapa meninggalkan al-Quran dalam
keadaan sombong/angkuh/takabbur,maka aku nak beri
jaminan kepadanya bahwa mereka akan dibinasakan oleh
ALLAH.�
[ Kerana sifat sombong ni hanyalah ada pada ALLAH
sahaja,maka kita tak boleh ambil sifat ALLAH itu
sesuka hati.Kalau manusia ada sifat sombong,maka kata
Nabi,�Tidak akan masuk ke dalam syurga,orang yang ada
sebesar zarah perasaan sombong kepada
ALLAH.��Nauzubillah.
Yang maha memaksa,hanyalah ALLAH.Yang maha gagah
dengan penuh kesombongan ,hanyalah ALLAH.
Daripada sejarah para Nabi-nabi dan sirah yang kita
dok mengaji; tak pernah lagi kita dengar bahwa
orang-orang yang jenis lawan Nabi-nabi ni,matinya
dalam keadaan elok.Yang kita tahu,semuanya mati dalam
keadaan �kafir� yakni durhaka kepada ALLAH dan
awal-awal lagi dah menempah neraka ALLAH.
Nama-nama popular seperti Namrud,yang matinya dalam
keadaan amat hina,yakni dengan ALLAH hantar hanya
seekor nyamuk sahaja untuk mengazabkannya,kerana dia
lawan Nabi ALLAH Ibrahim a.s..Manakala Qarun pula
bukan sekadar mati,tapi dia diranapkan sekali
bersama-sama dengan istana/gedung-gedungnya,menjadi
sebuah tasik yang bernama �Fayyum�.Rumah sebenar dia
adalah 60km daripada tasik Fayyum,yang asalnya adalah
sebuah rumah papan buruk sahaja.Tapi bila dia
kaya/perniagaannya hebat/sahamnya menjadi; maka dia
pun lupa daratan.Malah dia lawan Nabi Musa a.s..Bila
Nabi Musa suruh dia sedeqah,dia kata,�Tak perlu
sedeqah,pasai aku dapat semua ni,atas usaha aku
sendiri.Kalau orang miskin mau duit,suruh depa cari
sendiri.��Jadi,dia lawan Nabi Musa,maka ALLAH
matikannya dalam kehinaan/kekufuran.
Oleh itu sebagai pengajaran,kalau sapa pun,bila lawan
saja Rasulullah s.a.w.,maka samalah dia dengan
orang-orang yang terdahulu yang lawan Nabi-nabi
mereka.Maka nasib yang sama la juga akan menimpa
mereka,yakni mati dalam cukup hina sekali.Minta
dijauhkan ALLAH akan kita daripada azab itu. ]
Sebab itu,di negeri akhirat nanti,mereka-mereka
yang kufur tidak ada tempat; sedangkan orang-orang
beriman pula berlari-lari di dalam cahaya
keimanan.Sepertimana firman ALLAH dalam Suratul Hadiid
ayat 12 yang bermaksud,�Dan pada hari qiamat,kamu akan
melihat mukmin lelaki dan mukminah
perempuan,berlari-lari di dalam cahaya mereka.�
[ Tafsir menyebut bahwa segala apa yang kita
buat,i.e. ibadah/kebajikan; maka pahala yang
diperolehi waktu di dunia itu dulu akan bertukar
menjadi �nur� yang akan memandu kita di Padang Mahsyar
kelak.Insya`ALLAH. ]
Maknanya,bila kata saja �mukmin�,maka maknanya
orang itu beriman.Oleh kerana itu,kita perlu tahu
syarat-syarat keimanan.Antara syarat-syarat
keimanan,sila rujuk Surah al-Hujuraat ayat 15 yang
bermaksud,�Orang-orang yang Mukmin hanyalah
orang-orang yang percaya kepada ALLAH/rasulNya;
kemudian mereka tidak ragu-ragu dengan al-Quran dan
berjihad di jalan ALLAH.
[ Maknanya,kalau tak berjihad,jangan dok sembang
�deraih� lagu mana la.Iman hangpa tak kemas lagi la
tu. ]
��.bersambung��.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send online invitations with Yahoo! Invites.
http://invites.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>