*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, semalam diberitakan lebih 10 orang
diberkas yang dipercayai terlibat dalam kes samun/ragut
di sekitar KL terutama di overhead bridge/station
commuter dekat bank negara. Pelbagai senjata tajam
dirampas dari kumpulan itu. Syabas pihak polis. 
Hopefully setan yang menganiyai seorang lecturer yang
ditinggalkan bogel berlumuran darah dekat dengan tangga
overhead bridge tu dapat dikesan. 

Antara modus operandi mereka terutama disekitar kawasan
perumahan adalah seperti berikut: 

1. Mengikuri anda (selalunya perempuan) yang baru 
   balik atau baru hendak pergi bekerja dan sedang
   membuka pintu pagar. Peragut selalunya bermotor,
   akan membuka pintu kereta anda yang tidak berkunci
   dan mengambil beg tangan/purse/briefcase dan terus
   memecut motor - anda pasti tergamam. Kalau nasib
   lagi tak baik, dengan kereta2 anda pun dia orang
   sapu - terlalu senang kerana enjin sedang hidup dan
   anda sedang membelakangi kereta. Elok di survey
   dulu kawasan berdekatan. Jika nampak suspicious
   character, boleh bersiap sedia dengan steering lock
   ke, baseball bat ke; atau matikan enjin/kunci
   kereta walaupun sekejap kerana malang tak berbau.
   Dulu pernah terjadi seorang isteri yang sedang
   tidur dalam kereta dilarikan bersama2 dengan kereta
   bila suami berhenti beli akhbar ditepi jalan. 

2. Seorang akan pura2 bertanya jalan dsbnya. Seorang
   lagi akan datang dari belakang dan memukul anda
   dengan apa2 saja (biasanya helmet) dan meragut
   handbag/briefcase anda.

3. Diberitakan juga, sekarang muncul kumpulan gadis
   belasan tahun berpakaian tomboy yang menunggu
   mangsa seperti ditoilet, tempat letak kereta, dan
   tempat2 sunyi. Lelaki pun, kalau berdepan dengan
   empat atau lima orang gadis berpisau, rasa2nya
   tak boleh buat apa2. 

4. Pernah sorang wartawan (lelaki) dipukul sekumpulan
   peragut dalam bas bila dia dapat mengesan kerja
   mereka. Sorang akan berpura menjatuhkan syiling
   dekat kaki anda. Dia akan pura mencari dan 
   mengangkat kaki anda untuk mengambil syiling
   tersebut. Sorang lagi akan menyeluk saku - biasanya
   mereka berkumpulan. Jadi gadis2 semua (jejaka juga),
   disamping berperang dengan pengesel dalam bas, kena
   juga beringat2 akan lanun2 penyeluk saku ni. (Teman
   pun sebenarnya ada cerita nostalgia yang dipunggut
   masa zaman naik bas dulu, tapi oleh kerana puan sri
   (yang pernah digesel) dan mencelah (yang pernah 
   di hon) dah cerita dengan panjang lebar, kita bagi
   laluan lah).

Masa teman muda belia dulu bila berjalan di Ibu kota
waktu malam, rasa aman sungguh. Sejak dah tak muda
belia ni, dah lama sungguh tak ke Ibu kota malam2.
Harapannya semoga ibu kota tak jadi macam bandar2 
di barat dimana di trafik light yang sekejap tu pun
dia orang boleh pecahkan cermin kereta dan menyamun
apa yang ada. 

Oleh itu beringat sebelum kena.  Dan adalah lebih
afdal dilindungi harta benda kita dengan berzakat.

Sekian


-----------------------------------------------------
Get free email from CMP at http://www.cmpnetmail.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke