*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum w.w.

Dari sebelum ini ramai kalangan netter yang mengutuk Jepun dan budayanya, 
kini ada pula yang berani membuat anggapan yang BM dan BJ banyak 
persamaannya.  Berdasarkan komen dalam ruang ini rasanya yang paling sesuai 
membuat ulasan ialah saudara nazman kerana beliau kelihatannya begitu cair 
berBJ.  Sungguh pun begitu saya cuba memberanikan diri untuk mengulas.  Maaf 
kalau ulasan saya silap atau meleset.

Walaupun ada 3-4 perkataan yang sama antara BM dan BJ, saya rasa itu hanya 
satu kebetulan.  Struktur BM dan BJ berbeza.  Sebagai contoh, 'Saya makan 
nasi' dalam BM menjadi 'saya nasi makan' dalam BJ kalau diterjemahkan terus 
dalam BM.  Ini boleh dikembangkan kepada : saya makan nasi, saya sedang 
makan nasi, saya telah makan nasi atau saya hendak makan nasi, yang hanya 
dilakukan sedikit perubahan pada perkataan pokok 'makan' dalam BJ. Belum 
lagi kita memperkatakan 'darjat' BJ yang kita lafaskan, maksud saya dengan 
siapa kita bercakap menentukan bentuk BJ yang kita guna.  Contoh mudah: 
watashi, watakushi dan boku.  Semua bermaksud saya@aku, tetapi berbeza 
waktu/ketika penggunaannya.  Begitu juga dengan anata, omae atau kimi yang 
bererti anda@awak@kamu.

Saya berpendapat dalam rumpun BM mungkin Bahasa Jawa mempunyai sedikit 
persamaan dengan BJ dari segi perbezaan darjat.






Assalamualaikum
bahasa jepun vs bahasa melayu...hmm susah gak,,perkataan jepun dan perkataan
melayu yang sama penggunaan dia adalah alamak,,cuma orang jepun sebut
perkataan aramak sebab depa tatau sebut huruf l terbalik ngan kaum cina.satu
lagi lidah orang jepun tak boleh sebut perkataan yang hujung dia takde
vokal,,apa apapun mesti nak ada vokal kat belakang dia..cam nama
said,,disebut saido,,bayangkan nama mohamad asyraf zainal abidin abdul aziz
akan disebut mohamado ashirafu zainaru abidin abuduru azizu. dan bahasa
Jepun merupakan satu daripada 4 bahasa tersusah didunia mengikut kaji
selidik selain bahasa arab,.,2 lagi tu tak ingat bahasa apa.
orang jepun berasal dari kepulauan melayu,,?? apa yang saya belajar,,orang
Jepun berasal dari tanah besar China,,sebab tu rupa mereka pun mirip orang
China.orang asal Jepun adalah suku kaum ainu yang tinggal di hokkaido dan
dikalahkan perang demi perang oleh kaum pendatang.persamaan bahasa?? seperti
saudari/ kakak/ roslina sebutkan mengenai kepulauan okinawa ,,penduduk
okinawa adalah mirip mirip orang melayu ,ini mungkin kerana kedudukan
okinawa sendiri yang agak dekat dengan filipina..( rumpun melayu )..
persamaan sebutan bahasa jepun dan melayu mungkin hanya kebetulan pada satu
dua tempat,,,,orang Jepun tidaklah sukar untuk belajar bahasa melayu kerana
bahasa melayu itu amatlah mudah ( pengalaman sahabat saya ) manakala bagi
orang melayu hendak belajar bahasa jepun sedikit sukar ( pengalaman saya
sendiri dan mengambil masa)..
tetapi apabila sudah menguasai bahasa jepun ..banyak keseronokan yang
didapati dan mudah mendapat kawan dan orang Malaysia sepatutnya lebih
bertuah kerana sedikit sebanyak lebih `erai` kerana mengetahui bahasa
inggeris berbanding orang Jepun/.


______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Pahang Junior" <[EMAIL PROTECTED]>

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Tiang Jawi" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke