*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Memorandum Rakyat Telah Berjaya Diserahkan!
Tepat jam 9.00 malam, sdr. Lokman Noor Adam telah muncul membuat pengumuman bahawa
Memorandum Rakyat yang baru sahaja selesai di baca oleh peserta perhimpunan AMAN telah
selamat di
serahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada
petang tadi
melalui Imam Besar Istana Negara.
Menurut Lokman lagi, walaupun kita gagal berhimpun dalam kumpulan yang besar akibat di
pisah-pisahkan oleh pihak polis, namun hari ini kita telah mencapai kejayaan dengan
membuktikan
bahawa perhimpunan hari ini adalah AMAN. Kenyataan Dr. Mahathir sebelum ini bahawa
perhimpunan
hari ini adalah merupakan rusuhan dengan bersenjatakan kayu, parang, molotov koktail
adalah
merupakan fitnah keji dari Mahathir.
Memandangkan matlamat kita pada hari ini telah pun di capai, maka sdr. Lokman Noor Adam
mengarahkan kepada semua peserta perhimpunan AMAN hari ini agar bersurai.
Di penghujung ucapannya, beliau membuat pengistiharan bahawa perhimpunan AMAN
seterusnya akan
di buat pada 21 hb April 2000 selepas solat jumaat di masjid Sungai Johor Alor Setar
Kedah. Perarakan
pada 21 hb April ini adalah untuk mengadap kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah
di Istana
Anak Bukit.
Sekian dan salam reformasi!.
Sumber20Lerrr
Angelfire for your free web-based e-mail. http://www.angelfire.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>