*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


1.      Merujuk kepada berita bertajuk "TPM terima dokumen PAS punca
perpecahan
umat Islam" yang tersiar pada muka surat dua akhbar Utusan Malaysia
bertarikh 15 April 2000, sukalah saya sebagai orang yang
bertanggungjawab
menyerahkan dokumen-dokumen tersebut membuat penjelasan bagi
memperbetulkan
beberapa salah faham yang telah timbul akibat daripada penyiaran berita
tersebut.

2.      Dokumen-dokumen tersebut sebenarnya bukanlah "dokumen-dokumen
yang
membuktikan PAS punca perpecahan umat Islam", tetapi hanyalah berupa
fatwa-fatwa, tafsiran-tafsiran ayat-ayat al-Qur'an dan
penjelasan-penjelasan
daripada ulama'-ulama' dalam dan luar negara berhubung dengan isu
kafir-mengkafir yang telah dianggap sebagai punca perpecahan masyarakat
Melayu kita ini.

3.      Penyerahan dokumen-dokumen tersebut tidak sama-sekali dilakukan
dengan
tujuan untuk membuktikan apa-apa, apatah lagi untuk menuding jari ke
arah
mana-mana pihak, baik PAS mahupun UMNO, sebagai punca perpecahan umat
Islam,
sebaliknya, ia adalah dilakukan dengan niat yang ikhlas untuk memberikan

sedikit sebanyak sumbangan untuk menyatupadukan masyarakat Melayu kita
ini.

4.      Saya, pada masa yang sama, tidaklah menyalahkan pihak akhbar ini

sepenuhnya di atas penyiaran berita ini kerana penyerahan
dokumen-dokumen
tersebut pada asalnya adalah berbentuk peribadi dan tidak pernah
dimasukkan
ke dalam agenda majlis yang berkenaan, jadi, ada kemungkinannya salah
faham
ini adalah berlaku akibat daripada ketiadaan maklumat yang betul
berhubung
dengannya.

5.      Walaubagaimanapun, tanpa mengira sama ada penyiaran berita ini
adalah
dilakukan dengan sengaja ataupun tidak, saya tidak akan merasa
teragak-agak
untuk mengambil tindakan perundangan yang sewajarnya sekiranya pihak
akhbar
ini tidak segera memperbetulkan salah faham ini demi untuk membersihkan
nama
baik saya yang telah terjejas akibat daripada penyiaran berita tersebut.

Yang Benar,


Dato' Haji Mohamad Idris,
115-B, Jalan Che Yem,
16800 Pasir Puteh,
Kelantan.
Bertarikh: 16 April 2000.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke