Cili Api 71
PEDAS-PEDAS CILI API
(16hb April 2000)
GERAKAN GELITA 14 BERJAYA!
Selama hampir seminggu Dr M @ Cek Det, Dollah Badawi, polis dan media
bergabung tenaga serta berpadu suara menakut-nakutkan rakyat. Tiga orang
pemimpin keADILan telah ditangkap. Pada 14 dan 15 April jalan-jalan masuk ke
Kuala Lumpur dan menuju Dataran Merdeka serta Masjid Negara dikawal rapi.
Berpuluh-puluh trak FRU terletak di beberapa jalan di Kuala Lumpur. Pasukan
polis berpakaian seragam berjaga di sempanjang jalan, di stesen bas serta
keretapi. Anggota-anggota SB berpakaian pereman berlonggok atau berkeliaran
di merata tempat. Cili Api lihat selama dua hari pihak polislah yang
mengadakan demonstrasi haram.
Segala ugutan dan tindakan mereka yang cuba menakut-nakutkan tidak berjaya
menggagalkan gerakan Gelita 14. Pada 15 April, mereka berjaya mengadakan
perhimpunan. Mereka berhimpun di Masjid Negara. Mereka berhimpun di Dataran
Merdeka. Mereka berhimpun di Jalan Tuanku Abdul Rahman dekat Sogo. Media
yang dimiliki atau dipengaruhi BN mengatakan ada kira-kira 300 orang
berhimpun di masjid. Hendak tahu angka sebenar, kurang-kurang kena kali
tiga. Media tempatan mendakwa ada 500 orang berhimpun berdekatan Sogo. Media
asing mendakwa ada 2000 orang. Cili Api anggar tentu ada lebih daripada 1000
orang. Semuanya berhimpun secara aman, walaupun mereka ada juga
menjerit-jeritkan Reformasi dan Allahu-akbar dan sekali-sekali mengeji
polis.
Polis menyerang dan memukul mereka di masjid dan di jalan. Pancutan air
beracun dilepaskan untuk menyurai himpunan. Belantan, rotan, kaki dan tangan
digunakan polis untuk memukul penunjuk perasaan yang terpaksa berkeliaran
lari. Nyata sekali yang mengganas bukanlah mereka yang berhimpun secara
aman, akan tetapi polis tidak berdisiplin yang hampir bersifat kebinatangan
itu. Mereka yang berhimpun datang tanpa apa-apa senjata. Yang bersenjata
ialah pihak polis. Cili Api tidak dapat menahan gelak apabila mendengar
pihak polis berjaya �merampas� hanya sepucuk pistol mainan kanak-kanak dari
kalangan mereka yang dikatakan menunjuk perasaan itu.
Dilaporkan seramai 46 orang telah ditahan polis kerana berhimpun. Cili Api
dengar angkanya lebih dari 100 orang. Polis berkata mereka sedang mencari
Tian Chua, Lokman, Zahid dan Sanusi. Barangkali yang mereka hendakkan sangat
ialah Tian dan Lokman. Pagi ini Tian mengadakan sidang akhbar. Kita
tengoklah bagaimana polis akan bertindak. Cili Api dengar Lokman sudah
bolos. Zahid dan Sanusi ada sekereta dengan Ezam semasa dia ditangkap.
Mereka mengikut Ezam sampai ke balai polis. Tetapi polis tidak menangkap
mereka. Cili Api tidak percaya polis tidak mengenali mereka. Adakah polis
tidak mahu mereka, tapi buat heboh saja?
Pulang dari Havana, Cek Det berkata perhimpunan ini gagal sebab rakyat tidak
mahukan huru-hara dan menyokong perkembangan ekonomi. Memanglah tidak
seramai yang dijangkakan datang berhimpun. Betapa tidak? Bagaimana mereka
hendak sampai kalau sudah ada yang ditangkap semasa dalam perjalanan dan
semua jalan dikawal? Tetapi, tidak adakah laporan yang disampaikan kepada
Cek Det tentang perhimpunan di masjid dan di jalan itu? Tidak adakah yang
melaporkan kepadanya 46 orang telah ditahan? Tidak siapakah yang melaporkan
tentang pistol kanak-kanak yang dirampas itu? Atau adakah, seperti biasa,
Cek hanya pandai berbohong saja?
Cek Det mendakwa rusuhan boleh menjejas pekembangunan ekonomi. Pelancong
akan takut datang, katanya. Tetapi sebenarnya Cek Det, ugutan-ugutan serta
gemparan Cek Det dan polis itulah yang membimbangkan peniaga dan menakutkan
pelancong. Cili Api lihat kali ini para pelancong cukup ghairah mengambil
gambar. Mereka tertarik dengan berpuluh-puluh trak FRU berwarna merah yang
terletak berderet di merata ceruk jalan dan beratus-ratus anggota polis yang
berlepak di merata tempat dengan membawa senjata lengkap. Cili Api percaya
mereka akan pulang membawa bermacam-macam cerita tentang Kuala Lumpur,
sebagai pusat negeri yang sudah hampir menjadi negara polis.
Cili Api rasa Cek Det, Dollah Badawi sudah bertindak tidak bijaksana. Mereka
melampaui batas. Akibatnya, imej dan nama negara jatuh merosot sampai ke
Havana. Walaupun perhimpunan Gelita 14 tidak sebesar yang dirancangkan,
tetapi Cili Api fikir gerakan ini telah mencapai kejayaan besar.
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Send online invitations with Yahoo! Invites.
