*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam~

1. naik proton bidaah?

perkara2 baru yg dimaksudkan hadith ialah perkara2 baru dlm syariat dan ibadah. 
syariat islam telah lengkap.TASAUF SUFI membuat perkara2 baru yg tiada dalilnya dlm 
syariat, dan juga menokok tambah amalan/ibadah nabi. inilah yg dikatakan bidaah 
dholalah finnaRR. dan perkara soal duniawi yg lain tidak termasuk kategori bidaah, krn 
nabi menyerahkannya kpd sahabat2 krn "kamu semua lebih tahu urusan duniamu".

2. Contoh bidaah ialah merayakan maulud nabi krn nabi dan generasi sahabat tak pernah 
berbuat demikian walhal mrklah yg paling mencintai nabi. 

3. Contoh2 bidaah yg lain kebanyakan dilakukan oleh kaum sufi samada dlm aqidah, 
ibadat, zikir, doa, dll.

Allahua'lam

------Original Message------
From: "$Haji" <[EMAIL PROTECTED]>

Saudara ibnu muhajir,

Setiap turunnya ayat Al Quran dan hadis pasti ada hikmah disebaliknya. Bidaah ialah 
perkara yang tak dilakukan oleh rasulullah SAW. Agaknya saudara ibnu muhajir pergi 
kerja naik unta ke ??? Sebab Rasulullah SAW tak naik kereta proton. Saya rasa
Ibnu Muhajir juga buat benda bidaah sebab berbahasa Melayu, Rasulullah SAW tak pernah 
berbahasa Melayu. Saudara ibnu Muhajir tentu pernah sembahyang di masjid yang ada 
kipas angin dan bercarpet. Tahukah saudara ibnu Muhajir bahawa di kota Madinah
taklah sesejuk Malaysia dan Rasulullah SAW tak pernah bersolat dibawah kipas angin dan 
berlapikkan carpet.Adakah saudara ibnu Muhajir juga pembawa bidaah ???

Kalau kita perhatikan Rasulullah SAW bersolat, pastinya beliau akan mengenakan jubah 
dan serban. Adakah saudara Ibnu Muhajir memakai jubah dan serban dalam solat ? Kalau 
saudara tak pakai jubah dan serban maknanya ibnu Muhajir adalah pembawa bidaah
sedangkan rasulullah SAW pernah menyuruh kita bersolat seperti baginda bersolat.

Saya bukan nak berhujah secara dalil  naqli tetapi cukuplah saya menggunakan dalil 
akli itupun bukan untuk berhujah tetapi sekadar menasihati.  Kesimpulan yang saya 
buat, walaupun Al Quran dan Hadis tak menyebut tetapi terdapat banyak tahap ilmu
yang kita boleh gunakan dalam mengupas intipati AL Quran dan Hadis. Itu perlunya  ada 
ijmak ulamak dan Qias

Wassalam

P/S - amat sayang kerana bezanya manusia dengan malaikat kerana manusia ada nafsu dan 
malaikat tiada nafsu. Bezanya manusia dengan haiwan ialah manusia punyai akal dan 
haiwan tidak. Malangnya ramai manusia yang tidak berusaha bertafakur sambil
menggunakan akal. Akibatnya manusia merasa diri mereka lebih mulia dari Musa A.S. 
sehingga merasakan manusia yang tidak sependapat dengannya lebih jahat dari Firaun.
______________________________________________
FREE Personalized Email at Mail.com
Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke