*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
--- ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 2. Contoh bidaah ialah merayakan maulud nabi krn
> nabi dan generasi sahabat tak pernah berbuat
> demikian walhal mrklah yg paling mencintai nabi. 

[SOALAN SAYA : BERDASARKAN HUKUM FIQH DGN DALIL-DALIL
YG ADA, ADAKAH BERDOSA DAN TERCELA ORG YG MENGADAKAN
MAJLIS MAULID NABI INI? SILA NYATAKAN DALILNYA]

Assalamualaikum wbt,

HUKUM MAULUD DLM MAZHAB SHAFIE
==============================
Untuk mengetahui hukum merayakan hari peringatan
maulud Nabi SAW insyALLAH akan kami cuba bawakan
fatwa-fatwa ulama' muktabar dalam Mazhab Shafie.

IMAM JALALUDDIN SAYUTI 
Imam sayuti adalah ulama besar dalam Mazhab Shafie.
Lahir tahun 849 H. di Asiyut, Mesir dan wafat tahun
199 H.
Karangan beliau dianggarkan sebanyak 500 buah kitab
dalam bermacam-macam ilmu pengetahuan Islam termasuk
tafsir, hadis, fiqah, hustalah, nahu, usul, bayan,
sejarah, adab, kedoktoran dan lain-lain.

Diantara karangan beliau ialah: 

Syarah Kitab Hadis Nisai. 
Syarah Kitab Hadis Muwatta' Imam Malik. 
Separuh dari Tafsir Jalalen. 
Al-Itqan fi Ulumilquran. 
Al-Asybah wan Nazair. 
Apabila ditanya orang tentang amalan maulud Nabi pada
bulan Rabi'ul-Awwal, apakah hukumnya menurut syara',
apakah pekerjaan itu dipuji aau dicela, apa siperlaku
nya diberi pahala atau tidak?

Jawab beliau:


"Ibadat macam itu adalah bid'ah Hasanah (bid'ah baik)
yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal
ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi,
melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi
Muhammad SAW yang mulia" 

SAYID AHMAD BIN ZAINI DAHLAN 
Berkata Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan, Mufti Mazahab
Syafie di Mekah di dalam kitab Siratun Nabi: 
Telah berlaku kebiasaan bahawa orang apabila mendengar
kisah Nabi dilahirkan, maka ketika Nabi lahir itu
mereka berdiri bersama-sama untuk meghormati dan
membesarkan Nabi Muhammad saw. Berdiri itu adalah hal
yang mustahsan (bai) kerana dasarnya ialah membesarkan
Nabi Muhammad saw dan sesungguhnya telah mengerjakan
hal serupa itu banyak dari ulama-ulama ikutan umat.
Išanatut Talibin, juzu III muka surat 363.

Sayid Zaini Dahlan wafat tahun 1304H, di antara
karangan beliau ialah: 
Al-Futuhatul Islamiyah. 
Tarikh Daulatul Islamiyah. 
Ad-Durarus Saniyah firraddii alal Wahabiyah. 

[NOTA SAYA : CUBA CARI KITAB AD-DURARUS SANIYAH
FIRRADDII 'ALAL WAHABIYAH ... DAN BUATLAH KAJIAN]

DALIL-DAIL UMUM BAGI AMALAN MAULUD
==================================
Walaupun amalan ini belum ada dikerjakan pada zaman
Nabi dan tiada nas yang nyata tetapi secara tersirat
Allah dan Rusul menganjurkan kita merayakan sesuatu
hari yang menjadi peringatan bagi kita umpamanya hari
muld, hari miraj, hari turun Al-Quran, tahun baru
Islam, hari Asyura dan lain-lain lagi. 

Bahawasanya Nabi Muhammad saw datang ke Madinah maka
beliau mendapati orang-orang yahidi berpuasa pada hari
Asyura iaitu hari 10 Muharram, maka Nabi bertanya
kepada orang yahudi itu: Kenapa kamu berpuasa pada
hari Asyura? 

Jawab mereka: Ini adalah hari peringatan, pada hari
serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hai serupa itu
Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada
Tuhan.

Maka Nabi berkata: Kami lebih patut menghormati Musa
berbanding kamu.
Riwayat Bukhari dan Muslim.

Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang
bernama Fathul Bari berkata bahawa dari hadis ini
dapat dipetik hukum: 
Umat Islam dibolehkan bahkan dianjurkan memperingati
hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar
umpamanya hari-hari maulud, miraj dan lain-lain. 
Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan
bebasnya Musa dengan melakukan puasa Asyura sebagai
bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang
hak. 
Allah berfirman: 
maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw)
memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang
terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka
itulah yang beruntung.
Al-Araf: 157 
Apa maksud kita merayakan hari maulud? Tidak lain
selain untuk memuliakan Nabi Muhammad saw. Maka
perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut. 

Sesungguhnya banyak lagi dalil-dalil umum dari ayat
Al-Quran dan Hadis Nabi saw yang menganjurkan kita
merayakan hari kebesaran dan memuliakan Nabi Muhammad
saw.

Dalam merayakan maulud dilakukan dengan membaca
sejarah kelahiran dan menyebut kemuliaan Nabi saw. dan
juga mengandungi salam dan salawat kepada Nabi
Muhammad saw, adakah ini menjadi satu dosa? 

[NOTA SAYA : ANDAI KATA SESAT MERAIKAN MAULUD/MAULID
NABI, MAKA SESATLAH SEMUA ULAMA' DI ATAS]

Semuka Allah melimpahkan kebenaran kpd kita.


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send online invitations with Yahoo! Invites.
http://invites.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke