LULUS PINJAMAN
Oleh Suhaimi Taib

LULUS…Tuan Guru Haji Abdul Hadi diwawancarakan oleh wartawan BBC News, Cik Frances Harrison di Pejabat Menteri Besar di sini semalam

Kuala Terengganu: Kerajaan Negeri meluluskan pinjaman komputer, perumahan dan kenderaan tanpa faedah kepada kakitangan kerajaan bertujuan menghargai khidmat yang disumbangkan kepada kerajaan selama ini.

Y.A.B. Menteri Besar Tuan Guru Haji Abdul
Hadi Awang, berkata pinjaman berkenaan bermaksud bayar balik pinjaman sama banyak dengan kadar pinjaman diberikan.

Katanya kerajaan juga sedang merangka untuk memberi pinjaman perumahan tanpa faedah kepada rakyat termiskin di negeri ini.

Kerajaan juga merangka untuk memberi pinjaman secara murabahah dengan menetapkan keuntungan kepada barang yang dijual sebagai contoh rumah yang modal RM25,000 dijual dengan harga RM30,000.

"Mereka membayar RM30,000 dalam masa 15 tahun atau sebagainya, tidak lebih daripada itu," katanya ketika ditemubual oleh Wartawan British Broadcasting Corporation (BBC News), Cik Frances Harrison di Pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Iman, di sini semalam.

Katanya ini antara sistem muamalah Islam yang akan kerajaan perkenalkan kepada rakyat mengikut bidang kuasa kerajaan negeri.

Kerajaan juga mengadakan muamalah pajak gadai Islam (ar-Rahn) dan ia dilaksanakan sejak kerajaan lalu.

"Bagaimanapun kita akan memperbanyakkan lagi cawangan di daerah-daerah dan memperkemaskinikan sistem pengurusannya," katanya.

Ketika menjawab satu soalan lain, Tuan Guru Haji Abdul Hadi menjelaskan kerajaan mengenakan peraturan pergaulan di kedai gunting dan ‘saloon unisex’ antara lelaki dan perempuan bagi menghalang pergaulan bebas berlaku di kalangan mereka di tempat-tempat berkenaan.

Bagaimanapun pergaulan di tempat awam seperti di dalam bas, kapal terbang dan lain-lain tidak perlu kepada peraturan tempat berasingan antara lelaki dan perempuan kerana rakyat Terengganu memahami batas pergaulan di tempat awam.

"Perkara berkaitan dengan aurat juga perlu kepada motivasi tidak melalui penguatkuasaan undang-undang,"jelasnya.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Send online invitations with Yahoo! Invites.

Kirim email ke