*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
--- ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> -ASWJ tidak membahagikan syariat Islam kpd isi dan
> kulit, manakala SUFI membagikan kpd makam syariat,
> ma'rifat, hakekat dan wahdatul wujud, FANA'.
NOTA SAYA : SATU UNGKAPAN YANG SEBENARNYA TIDAK
DIFAHAMI OLEH DIRINYA SENDIRI.
Mari kita rujuk kembali kpd '4 golongan manusia yg
telah dikategorikan oleh Syeikh Abdul Kadir Jailani',
yg pernah diforward oleh sdr Omar al-Khatab. Semuga
kalian tidak berserabut dgn perkataan 'maqam' yang ada
dlm ilmu tasauf.
Di petik dari laman Suluk98
Ada empat jenis manusia dalam dunia ini
=======================================
Pertama ialah mereka yang tidak ada lidah dan tidak
ada hati. Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf
biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak
mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka.
Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka
dilimpahi dengan kasih sayang Allah dan membimbing
hati mereka supaya beriman serta menggerakkan
angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.
Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam
golongan mereka. Janganlah kamu layan mereka dan
janganlah kamu bergaul dengan mereka. Merekalah
orang-orang yang dimurkai Allah dan penghuni neraka.
Kita minta dilindungi Allah dari pengaruh mereka.
Sebaliknya kamu hendaklah cuba menjadikan diri kamu
sebagai orang yang dilengkapi dengan
Ilmu Ketuhanan,
Guru kepada yang baik,
Pembimbing kepada agama Allah,
Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan
Allah.
Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka
supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran
kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah.
Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak
mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan
pahlawan di jalan Allah dan akan diberi ganjaran
seperti yang diberi kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul.
Nabi Muhammad SAW. pernah bersabda kepada Sayyidina
Alli;
"Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan
kamu kepadaNya, maka itu terlebih baik kepada kamu
dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit".
Satu jenis lagi manusia ialah mereka yang ada lidah
tetapi tidak ada hati.
Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti
yang dicakapkannya.
Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka
sendiri lari dari Allah.
Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang
lain, tetapi mereka sendiri bergelumbang dalam
maksiat itu.
Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu
Sholeh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang
besar.
Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku
harimau yang berpakaian.
Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan
sabda;
"Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan
umatku ialah orang 'Alim yang jahat".
Kita berlindung dengan Allah daripada orang 'Alim
seperti itu. Oleh itu, larilah dan jauhkan diri kamu
dari orang-orang seperti itu. Jika tidak, kamu akan
terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara
itu dan apoi dosanya itu akan membakari kamu dan
kekotoran hatinya akan membunuh kamu.
Jenis yang ketiga ialah golongan orang yang mempunyai
hati tetapi tidak ada lidah.
Dia adalah seorang yang beriman.
Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan
menggantungkan di keliling mereka dengan tabirNya dan
memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri
mereka.
Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka
tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri
urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh
kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerena
bercakap banyak.
Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam
"DIAM" dan bekhalwat. Nabi SAW. pernah bersabda;
"Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan".
Sabda baginda lagi;
"Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari
sepuluh bahagian, sembilan darinya terletak dalam
diam".
Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali
Allah dalam rahsiaNya, dilindungi dan diberi
keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati
dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan
kepada mereka.
Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan
bergaul dengan orang-orang ini dan diberi pertolongan
kepada mereka. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan
dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan
dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allh dan
hamba-hambanya yang Sholeh.
Jenis manusia yang keempat pula ialah mereka yang
dijak ke dunia tidak nampak(Alam Ghaib), diberi
pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW;
'Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya
dan mengajarkan orang yang lain, maka akan diajak ke
dunia ghaib dan permuliakan".
Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan
dan tanda-tanda Allah. Hati mereka menjadi gedung
ilmu Allah yang amat berharga dan orang itu akan
diberi Allah rahsia-rahsia yang tidak diberi kepada
orang lain. Allah telah memilih mereka dan membawa
mereka hampir hampir kepadaNya. Allah akan membimbing
mereka dan membawa mereka ke sisiNya. Hati mereka
akan dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini dan
ilmu-ilmu yang tinggi. Allah jadikan mereka itu
pelaku dan lakuanNya dan pengajak manusia kepada jalan
Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat. Jadilah
mereka itu "Orang-orang Allah". Mereka mendapat
bimbingan yang benar dan yang mengesahkan kebenaran
orang lain.
Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul
Allah. Mereka sentoasa mendapat taufiq dan hidayah
dari Allah Yang Maha Agung. Orang yang dalam golongan
ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak
kemanusian dan tidak ada MAQAM di atas ini kecuali
Kenabian.
Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan
membantah orang-orang seperti ini dan dengarlah cakap
atau nasihat mereka. Oleh itu, keselamatan terletak
dalam apa yang dicakapkan oleh mereka dan dalam
berdamping dengan mereka, kecuali mereka yang Allah
beri kuasa dan pertolongan terhadap hak dan
keampunanNya.
Jadi saya(Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani) telah
bahagikan manusi itu kepada empat golongan. Sekarang
terpulanglah kepada kamu untuk memeriksa diri kamu
sendiri jika kamu mempunyai fikiran. Dan selamatkanlah
diri kamu jika kamu ingin keselamatan. Mudah-mudahan
Allah membimbing kita menuju kepada apa yang
dikasihiNya dan diredhoiNya, dalam dunia ini dan di
akhirat kelak.
Dipetik dari Kitab Futuuhul Ghaib oleh Sheikh Abdul
Qadir Al-Jailani.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send online invitations with Yahoo! Invites.
http://invites.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>