*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
DOTMAI
Hishamuddin Rais
April 17: Minggu ini pembaca, penonton
dan pendengar media arus perdana di
negara ini tidak mungkin tidak
mengetahui tentang Gelita 14 atau
Black 14. April 14 tahun lalu adalah
tarikh terhukumnya Datuk Seri Anwar
Ibrahim. Beliau dijatuhkan hukuman
selama 24 tahun yang berjalan
serentak atas empat tuduhan
penyalahgunaan kuasa. Penangkapan
dan pemenjaraan Anwar inilah yang
telah mencetus dan melahirkan gerakan
"Reformasi".
Agenda-agenda induk reformasi ini
bukanlah satu agenda yang baru. Parti
Tindakan Demokratik (DAP), Parti
Rakyat Malaysia (PRM) dan Parti Islam
Se Malaysia (PAS) secara rasmi dan
terbuka telah menyuarakan dan
menyajikan agenda-agenda reformasi
ini kepada orang ramai. Semasa agenda
reformasi ini �berkeliaran' di lanskap
budaya politik Malaysia, Anwar ialah
protoganis utama kerajaan. Hanya
sesudah �terbuang'nya dari Umno
barulah Anwar kembali
mengartikulasikan agenda reformasi
secara terbuka dan ampuh.
Ini bukan pula bermakna kita menolak
peranan Anwar dari mengartikulasikan
agenda induk reformasi. Orang ramai
dan rakyat umum tidak akan dapat
menolak peranan ampuh yang sedang
dimainkan oleh manusia yang bernama
Anwar Ibrahm. Rakyat dan gerakan
reformasi menyambut Anwar Ibrahim
untuk datang kembali kepada garis
tradisi perjuangan rakyat yang anti
pemodal besar.
Setelah satu tahun gerakan gelombang
Reformasi berjalan, orang ramai
semakin sedar bahawa Reformasi telah
memberi makna yang lebih luas dan
mendalam dari hanya agenda
�pembebasan' Anwar Ibrahim dari
penjara. Dalam masa satu tahun ini
agenda reformasi telah melintasi era
�satu agenda'.
Melintasi dan membebaskan diri dari
�satu agenda' ini adalah detik yang
amat penting untuk budaya lanskap
politik Malaysia dan khasnya untuk
badan politik Melayu. Era pasca 2
September 1998 telah melonjakkan
kesedaran umum terhadap pelbagai
kerenah penyalahgunaan kuasa, rasuah
dan penyelewengan agihan kekayaan
yang telah dilakukan oleh Umno.
Selama ini hanya parti-parti
pembangkang dan badan-badan NGO
yang menyuarakannya.
Apabila Anwar Ibrahim, protoganis
utama dan orang kedua terpenting di
dalam Umno menyuarakan agenda yang
sama, kelihatan badan politik Melayu
(Umno) tidak berkeupayaan untuk
menangkisnya. Sikap �reformis' Anwar
ini telah menyemarakkan lagi bara
reformasi di dalam dan di luar Umno.
Dalam masa yang sama gelombang
Reformasi dalam masa setahun yang
lalu telah �dibantu' dengan wujudnya
dua protoganis penting. Protoganis
inilah yang telah membajai kesuburan
reformasi. Mereka ialah: Dr. Mahathir
Muhamad dan Anwar Ibrahim. Dua
protoganis inilah yang telah, yang
sedang dan yang akan terus membantu
gelombang Reformasi. Dua protoganis
utama ini yang mempunyai hubungan
simbiotik antara satu dengan yang lain.
Satu tinggal di Mahligai Putera Jaya
dan seorang lagi menginap di penjara
Sungai Buloh.
Selagi lanskap pertelingkahan dua
protoganis ini wujud, maka gerakan
Reformasi akan terus bernafas,
bernyawa, hidup dan berkembang.
Pertelingkahan ini bukan satu yang
tidak baik untuk rakyat. Malah dalam
jangka panjang pertelingkahan dua
protoganis ini memberi manfaat untuk
orang ramai.
Mahathir dan Anwar adalah dua ikon
yang paling diperlukan oleh gerakan
Reformasi. Seorang mewakili ikon
kezaliman manakala seorang lagi
mewakili ikon manusia yang teraniaya -
pemangsa dan mangsa. Ikon kedua-dua
protoganis ini wajib terus wujud di
dalam lanskap budaya politik hari ini.
Satu tanpa yang lain akan
mencederakan gelombang Reformasi.
Ini bukan pula bermakna orang ramai
tidak mahu Anwar Ibrahim dibebaskan
atau Mahathir Muhamad mengundur.
Atau rakyat telah menjadi maschostik -
ingin menyakitkan diri sendiri sendiri
hasil dari kezaliman Mahathir. Tidak .
Pembebasan Anwar dan pengunduran
Mahathir adalah sebahagian daripada
agenda Reformasi. Tetapi pada
hakikatnya lanskap yang wujud hari ini
lebih menguntungkan secara
menyeluruh gerakan reformasi.
Lanskap budaya politik yang wujud hari
ini samalah seperti tanah sawah yang
telah dibajak dan hujan telah pun
turun. Maka terpulanglah kepada Pak
Tani untuk menanam apa saja benih.
Jika benih padi yang ditanam maka
padilah yang akan dituai. Suasana
politik yang subur ini akan memangkin
kesedaran rakyat yang luas.
Kesedaran politik rakyat yang luas
inilah yang lebih penting. Rakyat wajib
disedarkan tentang hak-hak mereka
sebagai warga negara. Rakyat wajib
disedarkan bahawa demokrasi bukan
hanya bermakna membuang undi lima
tahun sekali. Rakyat juga wajib
disedarkan bahawa kuasa yang mutlak
bukan ditangan ahli politik tetapi
ditangan rakyat. Dan yang paling
penting ialah memberi keyakinan dan
keberanian untuk rakyat bersuara.
Sama ada suara rakyat ini benar atau
salah bukan persoalan wajid. Yang
wajib wujud ialah keberanian rakyat
untuk bersuara.
Semua ini adalah benih-benih budaya
politik sihat yang sedang ditaburkan
oleh gelombang Reformasi. Benih-benih
inilah yang pada satu masa nanti akan
melahirkan konsep dan falsafah
masyarakat madani. Satu masyarakat
dimana dengan jelas dapat dilihat
pemisahan diantara daulah, lembaga
eksekutif dan lembaga legislatif.
Paling penting, benih-benih ini juga
akan menjana kewujudan ruang
demokrasi - ruang perhubungan
diantara rakyat dengan
lembaga-lembaga daulah. Ruang inilah
yang boleh dipanggil ruang madani :
satu ruang yang maha penting dimana
kuasa daulah berhenti dan ruang dan
kuasa individu sebagai warga negara
bermula.
Satu tahun yang telah berlalu wajib
dilihat sebagai hujan awal untuk turun
membajak sawah. Pengalaman setahun
yang lalu wajib dikumpul untuk
dijadikan ilmu dalam satu lanskap
budaya politik yang baru. Dua
protoganis yang wujud hari ini tidak
semestinya akan terus wujud untuk
selama-lamanya. Gelombang Reformasi
memerlukan nafas yang panjang.
Dengan nafas yang panjang gerakan ini
akan berkeupayaan untuk menggalang
satu barisan bersatu yang lebih luas
untuk melintasi zaman dua protoganis
ini. Kita bukan hanya ada satu Gelita
14. Kita sekarang sedang
digelap-gelitakan untuk sepanjang
tahun.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>