*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam~

kita berbincang secara fahaman ilmiah dan umum dan tidak pernah mengkhususkan kepada 
nama khusus polan bin polan dan tak pernah menuding jari kepada individu polan bin 
polan telah SESAT finnar.

menurut ulama2 yg pakar dlm aqidah dan sunnah, SUFI/TASAUF telah SESAT. Sesat boleh 
terbagi kpd 2, yg mengkufurkan dan yg tidak mengkufurkan. Setelah mengkaji dan 
menyelidik, para ulama telah membuat perbandingan antara AQIDAH TASAUF SUFI dan Aqidah 
ASWJ.

antaranya:
- Aqidah ASWJ diambil dr Quran SUnnah sedangkan SUFI dari ilmu kalam, philosof yunani, 
kasyaf, laduni, bisikan hati & mimpi.

-ASWJ menyatakan yg Allah bersemayam di 'arsy sedangkan org sufi mengatakan Allah 
berada dimerata tempat (wahdatul wujud).

-ASWJ tidak membahagikan syariat kpd isi dan kulit, manakala SUFI membagikan kpd makam 
syariat, ma'rifat, hakekat dan wahdatul wujud, FANA'.

ASWJ ada kaedah tersendiri menghadapi para ahli SUFI. ASWJ tidak sewenangnya 
menjatuhkan hukum kpd individu. ada 2 perbezaan. Perbuatan SESAT dan pelaku perbuatan 
sesat. Pelaku perbuatan sesat tidak disesatkan sewenangnya. Adakah pelaku perbuatan 
itu mengetahui, tidak jahil? Adakah pernah org memberitahu dan menerangkan. Dan adakah 
bilangannya kecil dan tidak membahayakan. adakah mrkk mempunyai kekuatan, adakah mrk 
menyembunyikan kesesatannya. adakah mrk mendakwahkan kesesatannya. semuanya ini ada 
kaedah tersendiri dan para ulama ada membincangkan bagaimana sikap wala' kita kpd mrk 
dan sifat bara' kita kpd mrk.

Allahu a'lam



------Original Message------
From: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>

Assalamualaikum wbt.

Apakah harus kita melatah, merasa besar hati apabila dipuji? Dan merasa terkilan

apabila dicaci maki?  Kalau kita cepat melatah dimanakah kita meletakkan sifat
sabar. Dimanakah Allah? Allah menjelaskan ,"Sesungguhnya Allah berserta dengan
orang-orang yang sabar".

Dalam berhadapan dengan hujah dan perbincangan, yang penting ialah menemui
kebenaran. Bukannya berhajatkan kemenangan semata-mata. Kebenaran adalah terbit
dari Yang Benar (Al Hak). Al Hak menerbitkan yang daripadaNya asal Hakikat.

Orang yang sesat ialah orang yang tidak dapat mengingati Tuhannya, dengan rasa
hadir dan berhadap (bertemu) kepadaNya. Jika sudah temu dengan yang demikian
itu, tidak ada lagi kekhuatiran, kebimbangannya serta terkilan hati dengan
manusia lain atau makhluk.

Berkenaan dengan Syeikh tarekat yang sdr ibn Muhajir berserta gurunya temui itu,
Syeikh itu baru sekali dituduh sesat. Syeikh tersebut patut bersyukur, dengan
tabah dia dapat menempuh dugaan. Itulah cabaran orang yang menjalani mujahadah
pada Jalan Allah.

Saya telah menempuh dan mengalami lebih dari sekali dan telah membaca banyak
kali e-mel sdr ibn Muhajir dalam tempuh yang panjang. Saya tetap bersabar insya
Allah dengan kerenah beliau jika dia tujukan tulisan panasnya kepada saya
sahaja. Sebaliknya saya akan mengambil langkah tindak balas sekiranya dia begitu
berani dan celupar menuduh keseluruhan golongan tarekat-sufi secara tangkap
muat, hentam keromo. Bukan untuk kepentingan saya, tetapi ialah untuk
kepentingan seluruh umat Islam sejagat ...yang mungkin akan dikelirukan dengan
pandangan sempit oleh seorang dua umatnya

Sekian terima kasih.
Wasslamualaikum wbt.
______________________________________________
FREE Personalized Email at Mail.com
Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke