PARLIMEN : SIDANG DEWAN RAKYAT DITANGGUH KERANA TAK CUKUP KORUM

 

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Persidangan Dewan Rakyat yang sepatutnya dilanjutkan sehingga 7.45 malam ini ditangguhkan kerana bilangan anggota yang menghadiri sidang tidak mencukupi korum 26 orang yang diperlukan.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Muhammad bin Abdullah membuat keputusan itu korum masih tidak mencukupi walaupun dua kali memanggil anggota parlimen yang berada di luar supaya memasuki dewan.

Pada masa itu, dewan sepatutnya membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (1999) 2000 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat itu di Dewan Rakyat hari ini.

Kali pertama pada pukul 5.40 petang, Muhammad meminta petugas dewan memanggil anggota parlimen yang berada di luar dan hanya tiga orang sahaja yang masuk ke dewan menjadikan jumlahnya 21 orang.

Kali kedua ialah pada pukul 6 petang apabila loceng dibunyikan, tiada anggota parlimen yang masuk. A! nggota parlimen PAS Kuala Kedah Mohamad Sabu membangkitkan usul bahawa sidang patut ditangguhkan kerana tidak cukup korum.

Lima minit kemudian Muhammad membuat keputusan supaya sidang ditangguhkan.

--BERNAMA


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Send online invitations with Yahoo! Invites.

Kirim email ke