*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Telah berkata lagi Abdul Rahman
<[EMAIL PROTECTED]> seperti berikut:

> Ini adalah satu penyelewengan fakta.
> 
> Kesemua imam yang empat (Imam Arbaah) tidak pernah
> menceburi diri mereka di dalam gerakan Sufi.
> 
> Malahan, Imam2 ini dengan jelas MENGHENTAM SUFI dan
> tokoh2 sufi yang dipandang tinggi oleh kaum sufi.
> 
> Ertinya, gerakan Sufi ini TIDAK BERPENGKALAN di atas
> pengkalan ASWJ.

Ulasan saya:
Siapa yg menyelewengkan fakta, Rahman atau Tuan Haji$?

Apakah benar Imam Yg-4 ini telah menghentam gol. sufi
spt dakwaan si Rahman? Atau adakah Rahman membuat
TUDUHAN-TUDUHAN JAHAT DENGAN MENGGUNAKAN NAMA IMAM
YG-4? Utk mendapatkan jawabannya, sila baca yg berikut
dgn teliti:

1. NASIHAT AL-IMAM AHMAD BIN HANBAL RAH.A. KPD 
ANAK LELAKINYA ABDULLAAH
==============================================
Lagi tentang pentingnya mendampingi dan meniru
golongan ahli tasowwuf.......... 

Telah berkata Al-Imam Ahmad bin Hanbal rah.a. (iaitu
salah seorang murid kpd Al-Imam Asy-Syaafi'ii rah.a.)
kpd anak lelakinya Abdullaah sebelum beliau rah.a.
berhimpun, berkumpul, bergaul dan bersahabat dgn
golongan Suufiyyah (golongan yg menjalani Sufi way of
life)...(mafhumnya): 
" Wahai anak lelakiku ! Hendaklah engkau berpegang
teguh dgn hadith, berhati-hatilah engkau untuk tidak
bermujaalasah (tidak duduk bersama-sama dalam majlis)
dgn mereka yg menamakan diri mereka suufiyyah maka
sesungguhnya mereka itu, boleh jadi salah seorang drp
mereka adalah jahil dalam ahkaam (hukum-hukum)
agamanya ". 

Namun setelah beliau rah.a. (iaitu Al-Imam Ahmad bin
Hanbal rah.a.) bersahabat dgn Abuu Hamzah
Al-Baghdaadiyy As-Suufiyy (iaitu seorang ahli sufi),
maka beliau rah.a. pun telah mulai 'arif dan mengenali

ahwaal (hal ihwaal) qaum suufiyyah tersebut. Maka
beliau rah.a. pun berkata kpd anak lelakinya yg
tersebut itu...(mafhumnya): 
" Wahai anak lelaki ku ! Hendaklah engkau tetap teguh
bermujaalaasah (duduk bersama) dgn qaum suufiyyah itu,
maka sesungguhnya mereka itu telah memberikan ziyaadah
(tambahan) ke atas kita dgn banyaknya ilmu (kathrotul
'ilm) dan murooqobah dan khasyyah (takut kpd Allahswt)
dan zuhud dan ketinggian himmah/hemah ('uluwwul
himmah) ". 

Begitulah petikan/terjemahan drp kitab Athar
Al-Jamaa'aat Al-Islaamiyyah Al-Maidaani Khilaal
Al-Qorn Al-'Isyriin, Halaman 317, Susunan Dr. Mahmuud
Saalim 'Ubaidaat , Maktabah Ar-Risaalah Al-Hadiithah,
Al-Mumlikah Al-Urduniyyah Al-Haasyimiyyah, 'Ammaan / 
Jordan. 

Jadi marilah kita sentiasa sama-sama berusha untuk
mendampingi ahli tasowwuf atau qaum suufiyyah,berusaha
untuk beriqtidaa` dgn (meniru) mereka kerana inilah
jalan yg telah diambil atau dilalui oleh imam-imam
yang mu'tabar. 

2. PENDAPAT IMAM MALIK R.A
==========================
Pentingnya mengukuhkan kefahaman tentang tasowwuf dan
fiqh ini dapat dilihat drp kata-kata, antara lain,
Al-Imam Malik rah.a.(salah seorang guru kpd Al-Imam
Asy-Syaafi'ii rah.a)..: 

" Man tasowwafa wa lam yatafaqqoh faqod tazandaq, wa
man tafaqqoh wa lam yatasowwaf faqod tafassaq, wa man
jama'a bainahumaa faqod tahaqqoq ". 

Petikan drp kitab Athar Al-Jamaa'aah Al-Islaamiyyah
Al-Maidaani Khilaal Al-Qorn Al-'Isyriin, 'Idaad Dr.
Mahmuud Saalim 'Ubaidaat. Maktabah Ar-Risaalah
Al-Hadiithah, 'Ammaan Jordan/Urdun. Cetakan pertama
1409H/1989M, halaman 316. 

Mafhumnya : Barangsiapa menjadi seorang sufi
(mempelajari dan mengambil jalan sufi) tetapi tidak
menjadi seorang faqih (tidak mempelajari ilmu fiqh),
maka sesungguhnya dia telah menjadi seorang zindiq
(orang yg pada zohirnya nampak beriman tetapi
haqiqatnya tidak beriman). Dan barangsiapa menjadi
seorang faqih (mempelajari ilmu fiqh) tetapi tidak
menjadi seorang sufi (tidak mempelajari dan mengambil
jalan sufi), maka sesungguhnya dia telah menjadi
seorang yang fasiq (seorang yang keluar dari jalan haq
dan keluar dari jalan kesolehan). Dan barangsiapa yang
menghimpun/mengambil di antara kedua-duanya itu (jalan
sufi dan jalan fiqh, iaitu menjadi seorang sufi dan 
juga seorang faqih) maka sesungguhnya dia telah
menjadi seorang yang mengambil jalan yang haqiqat
(jalan yang sebenarnya). 

Begitulah pentingnya menjalani kehidupan sufi yang
dijalinkan dengan fiqh. Jadi, nampaknya tidak ada
pilihan lain bagi kita untuk menjalani jalan yang
haqiqat/sebenarnya, melainkan terpaksalah kita, sama
ada mahu atau tidak mahu, memperdalami ilmu fiqh (ilmu
masaail) dengan sewajarnya dan mempelajari/menjalani
cara hidup sufi juga dengan sewajarnya ! 

Mungkin ada yang tidak senang bila "jalan sufi"
disebutkan, tetapi itulah yang telah dijelaskan oleh
imam-imam yang mu'tabar seperti Al-Imam Malik rah.a.
di atas . Sebenarnya dalam menjalani kehidupan yang
sangat singkat ini, sementara menanti mati, sebagai
bekal menuju akhirat, maka banyak perkara yang kita
kena lakukan. Jadi marilah sama-sama kita berusha
memahami maqsud hidup kita, mengatur langkah, ber'amal
dan seterusnya meningkat tingkat demi tingkat...... 

3. KECINTAAN AL-IMAM ASY-SYAAFI'II RAH.A
========================================
Telah berkata Al-Imam Asy-Syaafi'ii rah.a...: Hubbiba
Ilayya Min Dunyaakum Thalaathun, Tarkuttakallufi Wa
'Isyratul Kholqi Bittalattufi Wal Iqtidaau Bi Toriiqi
Ahlittasowwufi.

Mafhumnya :
Ada 3 perkara yg menjadi kecintaanku di dalam dunia
kamu ini iaitu
(i) Meninggalkan takalluf/sifat pura-pura/hypocrisy
(ii) Dan bermu'aasyarah dgn makhluq dgn penuh
talattuf/kelunakan/kehalusan/kelemahlembutan/
friendliness/politeness
(iii) Dan beriqtidaa`dgn/mengikuti jejak/following the
model or example of/meniru ahli tasowwuf.

Begitulah petikan/terjemahan drp kitab Athar
Al-Jamaa'aat Al-Islaamiyyah Al-Maidaani Khilaal
Al-Qorn Al-'Isyriin, Halaman 317, Susunan Dr. Mahmuud
Saalim 'Ubaidaat , Maktabah Ar-Risaalah Al-Hadiithah,
Al-Mumlikah Al-Urduniyyah Al-Haasyimiyyah, 'Ammaan /
Jordan.

Begitulah kecintaan dan kegemaran Al-Imam Syaafii
rah.a. iaitu antara lain beriqtidaa` dgn (atau meniru)
ahli tasowwuf.

Jadi perlulah kita berusha menjadikan kegemaran dan
hobi kita serupa dgn kegemaran dan hobi Al-Imam
Asy-Syaafi'ii rah.a. itu, lebih-lebih lagi dia adalah
sebagai imam kita dalam perkara fiqh (seperti kita
sama-sama ma`lumi bhw rata-rata mereka yg tinggal di
Daerah Nusantara ini adalah bermazhab Syaafi'ii).

4. BEBERAPA PANDANGAN ULAMA' LAIN
=================================
Lagi penjelasan tentang suufiyyah/sufi way of
life/sufism.....

[1] Telah berkata Sultaaanul 'Ulamaa` 'Izzuddiin bin
'Abdissalaam rah.a. .....(mafhumnya):
"Qaum Suufiyyah telah duduk/berada di atas
qaedah-qaedah syarii'at (qowaa'idusysyarii'ah) yg mana
tidak
menjadi roboh dunia dan ukhraa, sedangkan selain
mereka telah duduk/berada di atas rusuum /
illustrations / gambaran2, dan drp apa yg
menunjukkan kpd kamu tentang itu adalah apa yg
terjadi/berlaku pada tangan2 qaum itu drp karaamaat
dan perkara2 yg luarbiasa /luar 'adat (khawaariqul
'aadaat), maka sesungguhnya itu adalah satu
fara'/branch/section drp qurubaat (perkara2 /
perbuatan2 yg dapat mendekatkan diri) kpd Al-Haq bagi
mereka itu, dan redhaNya terhadap mereka itu, dan
kalau sekiranya ilmu itu tanpa amal itu boleh membawa
keredhaan kpd Al-Haq Ta'aalaa dgn sepenuh keredhaan,
nescaya al-karaamaaat tidak akan berlaku pada tangan
ahli-ahlinya (mereka itu), dan kiranya mereka telah
tidak ber'amal dgn 'ilmu mereka , tentulah jauh sekali
, tentulah jauh sekali.........(yakni maqsudnya
mereka adalah orang2 yg ber'amal dgn ilmu mereka) ".

[2] Telah berkata Al-Imam An-Nawawiyy rah.a. di dalam
risalahnya yg berjodol "Al-Maqoosid"... (mafhumnya):
" Usul jalan tasowwuf (toriiqotuttasowwuf) itu ada
lima :
(i) Taqwaa kpd Allah dlm sirr/sunyi/tersembunyi dan
'alaaniyah (terang-terangan)
(ii) Ittibaa'ussunnah (ikut sunnah)pada
aqwaal(perkataan2)dan af'aal (perbuatan2)
(iii)Al-A'raadh (perangai yg baik, terpuji) terhadap
makhluq dari segi iqbaal dan idbaar
(iv) Redha terhadap Allah dlm keadaan punya sedikit
atau punya banyak (fil qoliil wal kathiir)
(v) Sentiasa rujuu'/kembali kpd Allah dlm keadaan
senang mahu pun susah.

Begitulah kira2 apa yg diterjemahkan secara kasar drp
kitab Athar Al-Jamaa'aat Al-Islaamiyyah Al-Maidaani
Khilaal Al-Qorn Al-'Isyriin , halaman 317 dan 318,
susunan Dr. Mahmuud Saalim 'Ubaidaat, Maktabah
Ar-Risaalah Al-Hadiithah. 'Ammaan, Jordan.

KESIMPULAN:
MAKA KITA PUN MENGETAHUI SIAPAKAH YANG TELAH
MENYELEWENGKAN FAKTA.



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send online invitations with Yahoo! Invites.
http://invites.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke