*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Subject:
          [Sutera] Buat maksiat bawah tanah
     Date:
          Fri, 14 Apr 2000 21:55:19 +0800
     From:
          "taija" <[EMAIL PROTECTED]>
 Reply-To:
          [EMAIL PROTECTED]
       To:
          "Sutera" <[EMAIL PROTECTED]>




Buat maksiat bawah tanah
Oleh Nasharuddin Muhammad

RAWANG: Sebuah restoran berhampiran Hutan Lipur Kancing, di sini,
dipercayai
turut menjalankan kegiatan tidak bermoral dengan menyediakan bilik khas
bawah tanah untuk pelanggan melakukan kegiatan maksiat.

Premis yang terletak di tepi jalan besar itu dikatakan menjadi lokasi
pilihan pasangan kekasih terutama golongan remaja berikutan kedudukannya

strategik serta hampir dengan pusat rekreasi popular berkenaan.

Tindakan pengusaha premis itu dikatakan sukar dikesan pihak berkuasa dan

tidak terdedah kepada pengetahuan umum kerana ia dijalankan secara
tertutup
dan hanya ditawarkan kepada pelanggan tertentu.

Selain menyediakan bilik khas untuk pasangan melakukan kegiatan mereka,
pengusaha premis terbabit dikatakan turut menawarkan kemudahan
'mengintai'
kepada orang ramai.

Harian Metro difahamkan, orang ramai yang ingin menyaksikan pasangan
terbabit melakukan asmara turut disediakan bilik khas bersebelahan bilik

berkenaan dengan dikenakan bayaran tertentu.

Bagi pasangan yang ingin melakukan asmara, mereka dikenakan bayaran
antara
RM8 hingga RM15 setiap jam atau RM30 untuk semalaman, manakala mereka
yang
ingin mengintai dikenakan bayaran RM10 setiap seorang.

Pengusaha terbabit dikatakan berbuat demikian bagi menarik pelanggan di
samping untuk mengaut keuntungan secara mudah.

Pengusaha terbabit juga dikatakan turut mengupah individu tertentu untuk

mencari pelanggan dengan memujuk pasangan yang berkunjung di kawasan
rekreasi berhampiran menggunakan perkhidmatan berkenaan.

Seorang pengunjung yang enggan dikenali berkata, kegiatan tidak bermoral

pengusaha premis terbabit dikatakan sudah lama berlaku tetapi hingga
kini,
tiada sebarang tindakan penguatkuasaan diambil.

Menurutnya, bagi mengelakkan pasangan kekasih yang melakukan asmara
mengetahui mereka diintai, pengusaha terbabit akan menggunakan bahasa
isyarat rahsia bagi berkomunikasi dengan pelanggan terbabit.

Katanya, sekiranya ada pasangan kekasih yang menginap di situ, pengusaha

berkenaan akan menggunakan istilah 'pair' untuk pasangan terbabit
dan'combat
' untuk kegiatan mengintai.

"Apabila ada pasangan yang menginap di situ, pengusaha terbabit akan
berbisik kepada pelanggan lain sama ada untuk mendapatkan khidmat
`combat'
atau sebaliknya.

"Ada pelanggan yang sanggup datang dari jauh termasuk Ampang, Cheras,
Sungai
Buloh dan Petaling Jaya semata-mata untuk mendapatkan khidmat itu,"
katanya.

Justeru, katanya, pihak berkuasa terutama Majlis Perbandaran Selayang
dan
polis perlu memantau kegiatan tidak bermoral itu bagi mengelak
berlakunya
kegiatan maksiat di kawasan berkenaan.

Beberapa tahun lalu, kegiatan tidak bermoral di premis terbabit pernah
didedahkan akhbar ini tetapi sehingga kini, ia masih terus beroperasi
tanpa
sebarang tindakan penguatkuasaan pihak berkuasa.





------------------------------------------------------------------------

Here Bunny Bunny...
Check it Out
http://click.egroups.com/1/3123/3/_/495387/_/955783599/
------------------------------------------------------------------------

~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~
SUTERA - Berita dan artikel menarik dalam pelbagai topik
Langgan dengan menghantar e-mail kosong (blank e-mail) kepada
[EMAIL PROTECTED]
Untuk sumbangan artikel, e-mail kepada [EMAIL PROTECTED]
Untuk keluar, hantar e-mail kosong kepada [EMAIL PROTECTED]

~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~













 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: abuhanif <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke