*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum.
Mencelah ni�..nak cakap hal sufi-sufi , mana pandai moga berpelajaran
rendah�..tapi kalau nak cakap hal sofiah boleh le. Dia tu anak dara yang
tinggal di belakang rumah mencelah , dia kerje dekat kedai cekgu cup. Setiap
pagi dia lalu le tepi rumah mencelah�.sreh..sreh..sreh..sreh�.dengan pakai
slipar jepun dia�.rilek aje. Hari-hari mencelah usyar juge , tapi biasa
le�pompuan bila cantik sikit�..sombong lebih-lebih le!
Kebetulan le saje�kelmarin mencelah rilek-rilek dalam bilik member.
Terpandang le mencelah akan buku di atas mejanya. Bukannya buku apa
sangat�..buku �1600 nama-nama dan makna� Kawan tu tak lama lagi isteri dia
nak bersalin�..jadi standby katakan.
Bila kita cakap soal nama ni kawan-kawan , kita hairan juga sebab ada
ibubapa yang memandang terlalu mudah tentang memberi nama kepada anak-anak.
Sedang Rasullallah saw telah menyarankan supaya kita memberi nama yang
baik-baik�kerana nama tersebut sedikit sebanyak akan mempergaruhi akhlak
seseorang di masa depan. Bagaimanapun mencelah tak nafi , ade sesetengah
orang namanya ikut nama nabi�tetapi perangainya �.masyaAllah , ikut sapa tak
tau le. Sebagaimana yang disarankan oleh islam , nama-nama yang sesuai
adelah dari nama asma Allah Al-Husna��nama-nama Nabi dan Rasul�..nama-nama
para sahabat yang rapat dengan Rasulallah. Apabila lahir seseorang zuriat
adalah disarankan supaya dilakukan aqiqah sebelum baligh�..dicukur
rambut�..diberi nama yang baik-baik dan kemudian dikhatan. Tapi sayang nya
ada ibu bapa apabila lahir saja anak mereka , tambahan anak tu anak pompuan
�..langsung tak mau di cukur�konon kesian, nampak tak cantik. Tapi ada juga
bapa yang kreatif , semasa anak lelaki baru lahir dia tak mahu cukur , tapi
bila umur dah 4-5 tahun dia cukurkan�.tepi kiri dan kanan saje, lepas tu dia
buat ekor di belakang��.apa nak jadi tak tau le.
Berbalik tentang memberi nama pada anak-anak ni�..setiap ibu bapa lain
pemikirannya . Macam orang kata le , lain lubuk lain ikan��lain padang lain
belalang�..lain kerak lain rasanya. Ada ibu bapa bila nak bagi nama anak
sampai begaduh-gaduh pun ada�..yang si ibu kata �Saya yang penat usung perut
ke hulu ke hilir ,senang-senang abang yang nak bagi nama� .Tapi ade
sesetengah isteri yang tak ambil kesah sangat tentang perkara sebegini
�Abang taruh aje le�..nama ape pun� kalau si suami dia kreatif tak apa juge
, ni kena yang tak standby�..keluar le nama yang bukan-bukan. Yang suka
combine nama pun ade juge, katakan ibu dia nama mazian dan bapa dia nama
zaini , jadi lahir le nama�..Maziani !!!.
Bila bercakap tentang nama , mencelah ade dengar cerita di mana pada setiap
hari jumaat, selepas sembahyang subuh�begitu ramai sekali ibubapa yang
membawa bayi ke mesjid pulau melaka �..untuk majlis bercukur dan memberi
nama oleh tok guru nik aziz. Macam mana pun mencelah kurang pasti , kalau
tanya Mek Dah�dia tahu kut! Bagaimanapun bagus juge kan , nak ambil berkat
alim ulamak. Akhirkata mencelah sempat juga check tengok nama Mek Dah
(Zaidah) , fullamak��.ade makna leeee��lepas tu mencelah check pula nama
Pabiyen , ekekekekeke��.bukan nak kata nama , yang bermula dengan huruf �P�
pun tak ujud. Tapi pn pabiyen jangan le kecewa sebab tak tahu makna ,, sebab
, kawan mencelah ade kamus bahasa Urdu �..nanti mencelah pinjam. Bye�jumpa
lagi.
[EMAIL PROTECTED]
(HAK CIPTA TERPELIHARA)
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>