*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dari Harakahdaily:


Ku Li tetap gurkha dalam Umno 

PERINGAT, 18 Apr (Hrkh) - Pelbagai pihak di negeri ini
menyifatkan Tengku Razaleigh Hamzah hanya akan
meneruskan hayatnya sebagai gurkha dalam Umno selagi
parti itu diterajui Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad. 

Malah kegagalan Ku Li untuk merampas semula Kelantan
daripada PAS pada pilihan raya umum lalu, menjadi
faktor beliau terus diketepikan dalam Umno biarpun
terlalu optimis untuk menumbangkan kerajaan PAS. 

Seorang pemimpin Umno di Bahagian Peringat Nik Daud
Nik Mohammad berkata, kegagalan Ku Li untuk merampas
Kelantan sudah cukup untuk membuktikan kemampuan
sebenar kepemimpinannya sekarang. 

Katanya, Ku Li akan terus tinggal sebagai gurkha dalam
Umno dan tidak ada tempat baginya di peringkat yang
lebih tinggi. 

Sebelum ini, Ku Li pernah disebut-sebut untuk melawan
Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad dan Dato' Seri Abdullah
Ahmad Badawi bagi kerusi Presiden dan Timbalan
Presiden Umno pada perhimpunan parti itu, Mei ini. 

Ku Li juga disenarai sebagai calon bagi merebut kerusi
Naib Presiden dan sehingga Isnin lalu beliau mendapat
17 pencalonan yang melayakkan untuk bertanding pada
jawatan tersebut. 

Bagaimanapun mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang
dipengerusikan Dr Mahathir semalam, membuat kejutan
lagi apabila memutuskan pencalonan Gua Musang tidak
sah dengan mendakwa tidak menepati arahan parti. 

Pembatalan tersebut secara tidak langsung
menghilangkan kelayakan Ku Li untuk bertanding pada
jawatan Naib Presiden Umno. 

Nik Daud berkata, berdasarkan kepada perkembangan yang
berlaku dalam Umno sekarang, menggambarkan tempat Ku
Li dalam barisan tertinggi Umno sudah tertutup rapat. 

Katanya juga, rakyat sudah jelas menolak kepemimpinan
Ku Li berdasarkan pencapaiannya pada pilihan raya umum
lalu. 

Perkembangan yang berlaku mutahir ini menggambarkan Dr
Mahathir tidak begitu senang dengan kehadiran Ku Li di
arena politik Umno sekarang. 

Sehubungan itu, beliau meminta Ku Li merenung
perjuangan politiknya dalam Umno sudah berakhir dan Dr
Mahathir tidak mungkin merestui kehadiran Ku Li
biarpun di peringkat mana sekalipun. 

ULASAN:

MAKA WAJARLAH KIRANYA KU LI MENGISI BORANG UTK MENJADI
AHLI PAS. MULAKAN DENGAN MENGHADIRI KULIAH YANG DIBAWA
OLEH UST. NIK AZIZ ATAU UST. HADI

DALAM PAS, TIADA ISTILAH GURKHA. KECUALI JIKA 
DITAKDIRKAN HAMID GHURKA MENJADI AHLI PAS................

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send online invitations with Yahoo! Invites.
http://invites.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: pAk EnGkU <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke