(untuk sahabat semua mohon maaf banyak-banyak sebab sudah sekian lama saya
tak sambung Pengantar Psikologi…hidup ini rasa-rasanya semakin singkat
(mungkin sudah dekat nak…..kot)

PERPEKTIF PSIKODINAMIK

Aliran ini juga dikenali sebagai aliran psikioanalisi. Psikodinamik
diasaskan oleh doktor saraf dan juga seorang pakar jiwa Vienna Austria 
bernama Sigmud Freud (lihat lampiran.Freud.gif..exsen dia isap rokok pula
tuh... ). Psikologi ini amat berpengaruh dalam psikologi Barat.

( freud sebenarnya adalah orang Yahudi, jadi kalau yahudi faham-faham
lah…saya malah ulas panjang. Tapi orang kerana pengaruhnya yang amat besar
dalam psikologi maka kita nak tahu juga lah apa sebabnya? )


Persektif ini telah membuat satu andaian utama iaitu kuasa dan tenaga yang
berada di alam tak sedar memainkan peranan dalam pembentukan diri
seseorang.
(tak sedar nih..benda/perkara yang diluar kawalan kita lah..seperti
bermimpi, dan memanglah mimpi mempunyai erti yang besar dalam psikoanalisis
sehinggakan , Freud menulis khusus tentang mimpi .Kalu dari segi Islam pun
mimpi diambil kira. Ada mimpi yang benar dan ada yang tak benar. Benar atau
tidak benar mimpin sukar diukur sebab ia diluar kuasa kita (alam tak sedar)
hanya Allah yang tahu. Tapi yang pastinya mimpi orany yang rapat dengan
Allah adalah benar seperti mimpi nabi Allah Yusof :
(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya:"Wahai ayahku, sesungguhnya
aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan; kulihat
semuanya sujud kepadaku". (QS. 12:4)
Ayahnya berkata:"Hai anakku, janganlah kamu ceritakan mimpimu itu kepada
saudara-saudaramu, maka mereka membuat makar (untuk membinasakan)mu.
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia. (QS. 12:5)
Dan ia menaikkan kedua ibu-bapaknya keatas singgasana. Dan mereka
(semuanya) merebahkan diri seraya sujud kepada Yusuf. Dan berkata
Yusuf:"Wahai ayahku inilah ta'bir mimpiku yang dahulu itu; sesungguhnya
Tuhanku telah menjadikan suatu kenyataan. Dan sesungguhnya Tuhanku telah
berbuat baik kepadaku, ketika dia membebaskan aku dari rumah penjara dan
ketika membawa kamu dari dusun padang pasir, setelah syetan merusakkan
(hubungan) antaraku dan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Lembut
terhadap apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Mengetahui
lagi Maha Bijaksana. (QS. 12:100)
Dan satu lagi….kalau kita jumpa mimpi jumpa Rasulullah maka itu betul sebab
syaitan tak boleh menyamar sebagai rasulullah SAW………jadi kalau Freud nak
kata peranan mimpi pada manusia,maka Islam sudah lama menceritakan peranan
mimpi…apa nak heran….ada satu pendapat awam tentang mimpi, kalau kita mimpi
dikejar harimau kita akan susah nak lari…kenapa …kononnya sebab kita tidur
terlentang, tapi kalau kita tidur mengiring, mudah lari semasa
bermimpi……..waallahualam)

Menurut Freud jiwa sesorang adalah medah perperangan kuasa-kuasa psikik
(kuasa dalam atau kuasa yang ada dalam jiwa) masing-masing cuba mendapatkan
penguasaan pada jiwa kita.

(contoh, perasaan malas dan rajin …bertumbuk sesama sendiri dalam tubuh
kita, akhirnya rajin pun menanglah…tapi hati-hati malas akan menyerang
lagi….mungkin begitulah lebih kurang )

Freud mula berminat dengan psikologi apabila beliau mengubat pesakit
histeria (biasa kena pada orang perempuan , keadaan separuh sedar,mungkin
menjerit-jerit atau pengsan) Pada masa itu penyakit histeria telah
menyerang golongan atasan di Vienna (Austria) , dan dianggap ganjil. Antara
simptom(tanda) penyakit ini ialah buta, sakit badan, lumpuh dan lain lain.
Freud telah menggunakan kaedah perbualan tanpa sekatan. Pesakit dikehendaki
bercakap tanpa sekatan, dan mengeluarkan semua perkara/perasaan yang ada
dalam fikiran.

(kaedah yang digunakan oleh Freud ini banyak mempegaruhi psikologi..seperti
kaunseling dan psikoterapi…orang yang bermasalah kalau kita minta dia
ceritakan masalah dia tanpa sekatan maka dia akan jadi lega...tapi susah
juga, banyak halangan, seperi malu, takut dan tak yakin. Kita akan dapati
bahawa Rasulullah adalah ahli psikotrapi yang ulung, pernah ada orang
mengadu hal pada rasulullah yang dia telah berzina dan sukar untuk
meniggalkannya. Namun jawapan Rasulullah kena dengan jiwa dan perasaan
orang itu, bayangkan kalau orang lain berzina dengan ibu kamu, adik kamu
atau anak kamu. Apa perasaan? Jawab lelaki itu tentu marah, jadi begitulah
wanita yang diberzina adalah anal,isteri, ibu kepada oarang lain .
Berkaitan dengan histeria pula biasa kalau belaku dalam masyarakat kita
kita akan panggil Tok Bomoh, untuk halau makluk halus. Jadi mana betul
kaedah Freud atau Kaedah Tok Bomoh…jawab sendiri)

Bersambung…..





freud (GIF Image)

Kirim email ke