tidak mempercayai nasihat Mustafa Ong, seorang pegawai kanan Kementerian Luar Negeri yang turut sama menghadiri mesyuarat G-77 di Havana, Cuba itu. "Benar, Datuk Seri, " tingkah Syed Hamid Albar, "Castro memang suka jika kita memuji janggutnya itu." "Tapi aku benci janggut," jawab Mahathir. "Sejak daripada dulu lagi aku benci janggut. Janggut kotor, menjijikkan." Syed Hamid mengeluh, "Perdana Menteri, kita datang ke sini atas sebab politik. Kita perlu mencari kawan yang sanggup menyokong kita. Amerika Syarikat, Britain, Perancis malah negara-negara Arab pun semua menghentam kita kerana mendera Anwar Ibrahim. Mahu tak mahu, kita terpaksa cari kawan lain..." "Benar, Datuk Seri, " jawab Mustafa. "Kalau tak ada Cuba, Zimbabwe dan lain-lain negara nyamuk ni, manakan Datuk Seri dapat gelaran WIRA DUNIA KETIGA?". "Aku tahu, aku tahu, " jawab Mahathir. "Tapi orang berjanggut selalu menyusahkan aku. Kau tengok Anwar Ibrahim, walaupun janggu hanya sejemput, tapi banyak betul dia menyusahkan aku. Aku yang bawa dia masuk kabinet, tapi bila aku bagi perniagaan pada anak-anak aku, dia tak setuju pula. Tak mengenang budi! Aku bagi dia rumah baru di Putrajaya pun dia tak mahu! Cis, janggut memang menyusahkan aku!" "Tengok Ishak Baharum, " sambung Mahathir, "dia pun berjanggut, lebih lebat daripada Anwar. Lagi teruk aku kena! Adakah patut dia tak bagi aku buat pertunjukan ratu cantik? Macam mana nama Malaysia hendak masyhur kalau kita tak pernah menang pertandingan ratu cantik? Kolot, bebal, old-fashioned! Aku lantik dia jadi Mufti, dia lawan aku pula!" "Err, Datuk Seri, " jawab Syed Hamid, "bukan Datuk Seri yang lantik Mufti, tapi Sultan..." "Sultan? Siapa itu Sultan? Dalam Malaysia akulah Perdana Menteri, akulah Sultan, akulah Presiden. Betul tak?" "Betul, betul, betul, Datuk Seri, " jawab lima enam pegawai Kementerian Luar yang berdiri tercegat dalam bilik hotel itu... "Kau tengok, " kata Mahathir lagi, "mereka semua setuju. Aku memang sentiasa betul. Raja- raja Melayu mana ada simpan janggut. Semua ikut arahan aku." "Tengok Daim, " kata Mahathir, "dia tak ada janggut, dia tak menyusahkan aku. Dia pandai membalas budi. Aku beri dia kementerian kewangan, dia kongsi sama anak-anak aku. Macam itulah bagus! Bukan macam Amwar, hendak berjuang untuk orang miskin konon. Mana ada orang miskin di Malaysia. Di bawah Mahathir, semua orang kaya-raya!" Syed Hamid mengeluh panjang lagi. Dia teringat, memang betul...Mahathir hanya suka orang yang tidak berjanggut. Semua menteri kesayangannya tidak berjanggut. Khalil Yaakob tidak berjanggut. Pak Lah Badawi tidak berjanggut. Aziz Shamsuddin tidak berjanggut. Rafidah Aziz dan Siti Zaharah dua-dua tak simpan janggut. Si-mentah Hishamuddin Hussein itu masih budak lagi, bercukur pun tak pernah. Tapi Annuar Musa dulu simpan janggut dua helai pun dah kena buang dari kabinet! "Orang Islam ni kolot, " kata Mahathir, "zaman nabi dulu tak ada Gilette, macam mana nak bercukur. Kalau nabi ada Gilette tentu semua orang dah disuruh bercukur." "Agaknya kenapa Castro simpan janggut, Datuk Seri?" "Sebab Cuba miskin, tak ada Gilette. Gilette mahal di sini. Daripada beli Gilette baik beli nasi!" jawab Mahathir. "Betul-betul-betul" sahut pegawai-pegawai Kementerian Luar itu. Tiba-tiba, terdengar bunyi ketukan di pintu. "Mr. Prime Minister, El Presidente Fidel Castro is here to see you!" Pintu terbuka. Castro yang gempal dan berjanggut itu masuk. Mahathir tersenyum. Mereka berpeluk. "Amigos!" jerit Fidel, lantas mengucup pipi Mahathir. Mahathir jijik, teringat kepada perangai orang Arab yang suka mencium pipi. Tetapi Mahathir perlukan kawan, lantas pipi Castro yang berbulu itu diciumnya juga. "Fidel my friend, " jawab Mahathir, lembut. Mahathir tersenyum, katanya, "Fidel, cantik sungguh janggutmu itu. Lebat dan panjang, lembut macam bulu kambing biri-biri. Tentu kamu berbangga..." Fidel tersengih mendengar bodekan Mahathir, "Si! Si! I am very proud. The beard is very nice. Like a good Muslim, I keep my beard. You are no good Muslim? No beard?" Alamak, Mahathir kaget. "No, no, we in Malaysia are modern Muslims. People with beards, they go to jail..." Castro muram. "Jail? Here, we put people without beards to jail..." Mahathir panik. "No, no, my friend Fidel...what I mean is, Malaysia is very modern, we have plenty of money, we will give the people of Cuba ten tonnes of Gilette as a sign of friendship. Now they can shave their beards and be like me." Dalam hati, Mahathir terfikir...baik aku buat baik dengan Mugabe, dia tak simpan janggut. Castro ini gila agaknya, simpan janggut lebat... Castro memasamkan mukanya. Dalam hatinya dia terfikir, Mahathir seorang borjuis yang bencikan perjuangan marhain. Itulah sebabnya dia bercukur. Mahathir tak pernah bersusah- payah seperti Castro dan Anwar Ibrahim, memperjuangkan rakyat miskin hingga masuk penjara. Castro benci Mahathir. Castro berpaling kepada para jeneral yang mengiringnya seraya berkata, "Il Homo, Il Primo Ministero, mucho mucho loco". Jeneral-jeneral itu terbahak-bahak ketawa! "Apa katanya, " tanya Syed Hamid kepada Mustafa Ong, juruiring merangkap penterjemah itu. "Katanya...orang ini, perdana menteri ini, sangat, sangat gila!" Syed Hamid pun ketawa sama! Download NeoPlanet at http://www.neoplanet.com |