Note: forwarded message attached.


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send online invitations with Yahoo! Invites.
http://invites.yahoo.com


> -----Original Message-----
> From: Zakiah Abu
> Sent: Friday, April 21, 2000 3:07 PM
> To:   Nazura Ismail; Rosnah Ahmad; Noor Rizah Abdullah; Sharifah
> Nazneen Syed
> Salim Agha; Hezrin Haniza Mohd Zain; Atikah Manap; Hasnida Kassim;
> Suraya
> Ibrahim; Sharizan Laily Shaharuddin; Eyerin Nasir
> Subject:      FW: nur amana....
> 
> 
> 
> ----------
> 
> 
> Assalamualaikum...
> *dipetik dari Muslimah
> 
> Pulang anakku NUR AMANA.
> ------------------------
> Senja  menyerakkan  warna  di  ufuk barat ketika aku keluar daripada
> perkarangan penjara, meninggalkannya  dengan pandangan sayu yang penuh
> dengan luka tersayat.
> Air  mataku  telah  kering  untuk   menangisi  episod hari  ini
> lantaran
> tragedi
> semalam yang cukup menyedihkan.  "Sabarlah, Sumaiyah....," cuma
> pesanan itu
> yang diingatkan  oleh  suamiku  sebelum  aku melangkah pergi  sebentar
> tadi.
> Ya, Siti Sumaiyah  ini  akan  terus  sabar   kerana sabar itulah yang
> paling
> baik.  Kerana sabar   itulah  yang  terindah.  Biarlah  aku menjadi
> seperti
> Sumayyah, sahabat Rasullulah  s.a.w.  yang terus sabar  dan teguh
> disiksa
> bertubi-tubi. Namun demi dinullah,  keimanan terus dipertahankan.
> Selepas solat Maghrib, doaku berentet panjang. Air  mataku mengalir
> tanpa
> henti. Aku  sedih.  Aku  kecewa.   Aku benar-benar terasa sedih di
> bumi fana
> ini. Tiada lagi  kegembiraan  yang  menguliti. Telah hilang senda
> gurau
> Nur Amana, puteri tunggalku.  Sudah  lenyap   bisikan sayang suami
> tercinta.
> Semuanya telah tiada. Sekelilingku   pemuh   tomahan   yang
> menyakitkan.
> Disekitarkan  saban  hari dihidangkan kisah-kisah > melukakan.
> Suamiku  pula  kini  dipenjara.  Lengkaplah  penderitaan  ini. Aku
> sendiri
> tanpa dorongan  dan  semangat  yang   saban hari ditiupkan dalam
> rohku.
> Tiba-tiba hati kecilku  berbisik,  bahawa  Allah tidak pernah
> meniggalkan
> hamba-Nya sendirian.
> Ingatanku melayang  pada firman-Nya dalam surah Ad-Dhuha.  "Allah
> bersumpah
> demi waktu dhuha dan demi malam  apabila telah sunyi, sesungguhnya
> Allah
> tidak pernah meninggalkan  dan  membenci hamba-Nya. Kelak, Allah akan
> memberikan kurnia-Nya dan  hatimu  pasti  akan   melindungimu?.  Dulu
> kau
> dalam keadaan bingung lalu Allah  melindungimu?.  Dulu  kau  dalam
> keadaan
> bingung   lalu  Allah  memberi petunjuk.  Dan  dia  mendapatimu  dalam
> serba
> kekurangan lalu Dia mencukupkan". Astagfirullah!.  Aku  beristigfar
> berkali-kali.  Sesungguhnya aku tidak sendiri.  Allah  bersamaku.
> Allah
> mendengar keluhanku. Allah tahu resah dan gelodak yang melanda jiwaku.
> Allah
> tahu semua itu. Aku sujud  panjang, memohon istighfar. Air mataku
> mengalir.
> Aku  terlena di atas sejadah. Tubuhku benar-benar letih.  Sudah hampir
> sebulan aku berada dalam keadan tidak menentu. Makan minumku
> sekadarnya.
> Tidurku   dihantui    mimpi-mimpi   ngeri.   Hari-hariku   penuh
> kesedihan
> dan kekecewaan. Emosiku terganggu...
> 
> **********
> 
> Hatiku  berdebar-debar menunggu keputusan doktor. Wajah doktor wanita
> yang
> bulat bersih    itu   kutatap   sungguh-sungguh.    "Emm...   positif!
> Memang   Puan mengandung...,"   dia   tersenyum  memandangku.
> "Iyakah?,"
> Aku  seperti  tidak percaya.  Dia  mengangguk.  "Tahniah! Inai masih
> merah
> lagi... memang mahu anak awal?",  tanyanya.  Aku  angguk.   "Tentu
> husband
> Puan gembira, sampaikan ucapan tahniah   saya  padanya,"  katanya
> sebelum
> aku meninggalkannya.   Suamiku yang menunggu di luar tidak sabar
> menanti
> jawapan. "Macam  mana?," Tanyanya. "Abang nak  atau   tidak?".
> "Mestilah
> nak!".  "Kalau  Abang  nak...  Adalah!".    Dia mengucup  dahiku.
> Pelukannya erat. Aku gembira. Dia   gembira. Tuhan, syukurlah atas
> nikmat
> ini.  Aku tahu   dia amat sayang padaku. Seperti sayangku padanya.
> Dan    seperti kasih kami kepada janin dalam rahimku. Dia   menjagaku
> sebaiknya.
> Makan  minumku,  sakit  peningku.  Dan segala-galanya. "Doalah, semoga
> anak
> kita jadi  anak yang baik,". Hari-hari itu yang diingatkan padaku.
> Aku  teringat  isteri Imran sewaktu mengandungkan Siti  Maryam, wanita
> suci,
> ibu Nabi  Isa  a.s.  yang diberi  kelebihan melahirkan anak tanpa
> bapa.
> Isteri Imran menazarkan  anak dalam kandungannya menjadi hamba yang
> soleh
> dan berkhidmat di Baitul  Maqdis.  Setelah   melahirkan  seorang
> puteri,
> dia  berdoa lagi semoga anak-anaknya diberi perlindungan daripada
> syaitan
> yang   terkutuk.
> Aku  pun  ingin  memiliki  anak  yang  soleh,  yang  luhur  pekertinya
> dan
> teguh memegang  syariat  Allah  s.w.t  pada   akhir  zaman.  Lalu,
> hari-hari
> kubisikan kepadanya  kata-kata yang baik. Biarpun dia masih di dalam
> rahim.
> Aku pasti ada pertalian  yang  menghubungkan  aku  dengannya. Aku
> nyatakan
> harapanku dan saban hari    bibirku  tidak  kering  melagukan  ayat
> suci
> Al-Quran.   Surah  Yasin, Al-Luqman, At-Taubah, Yusuf dan Maryam
> telah
> sebati dalam pengalamanku. Sebelum melelapkan   mata,  suamiku  akan
> mengajarnya membaca Al-Fatihah.  Dan alangkah gembiranya  hati  bakal
> ibu
> apabila    janinnya bergerak-gerak, memberi tindak balas  pada
> kalimah
> tayyibah yang diajarkan.  Akhirnya dia kulahirkan setelah melalui
> kesakitan
> antara hidup dan mati. Terubat hatiku melihat   senyumannya.
> Dia  banyak  menyalin  rautku.  Berkulit  cerah dan berwajah bujur
> sirih.
> Paling seronok  melihat    lekuk di kedua belah pipinya bila dia
> tersenyum.
> Nur  Amana, nama  pilihan  suamiku.  Menggabungkan maksud  cahaya
> Ilahi yang
> menaungi setiap sudut  hidupnya.   Penuh  barakah  dan rahmat. Biar
> dia
> menjadi wanita  terpuji.  Memiliki  iman  setinggi  iman  Siti Fatimah
> az-Zahra, puteri Rasullulah s.a.w.  yang  terunggul. Dan membesarlah
> dia
> dalam limpahan kasih sayang aku  dan suami.
> Takdir  Allah  s.w.t.  menyuratkan  kami  tidak   memperoleh  anak
> lagi
> selepas kelahirannya.  Pelbagai   usaha  kulakukan,  namun barangkali
> puteri
> seorang itu sajalah  amanah  yang  perlu  disempurnakan  sebaiknya.
> Aku
> akur. Suamiku tidak banyak bicara. Ketentuan Allah   adalah sesuatu
> yang
> mesti diterima dengan reda.
> Nur  Amana  anak  yang  bijak.  Tidak  sekadar  memiliki    kecantikan
> lahiriah,
> akhlaknya  terpuji.  Tutur katanya  mendamaikan jiwa. Bila dipandang
> menyejukkan hati.   Tidak pernah sekalipun mengangkat suara pada orang
> tua.
> Malah kata maaf sering  diucapkan  bila  terasa    lakunya menyentuh
> hati
> orang lain. Bahagianya hati    suamiku. Sejuk perutku yang
> mengandungkan.
> Dan  syukurku melimpah kerana ibarat dianugerahkan puteri  seorang
> bidadari
> dari syurga.
> Saat  paling  menyedihkan  bila  sepucuk surat bersampul  coklat tiba
> pada
> suatu tengahari.  Detik  perpisahan   bertemu  jua.  Nur  Amana  yang
> cermelang dalam pelajaran  ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Amerika
> Syarikat.  Pun, demi masa depannya  kami  merelakannya. Seperti
> suamiku,
> aku yakin dengan ilmu Islam yang diterapkan    dalam  jiwanya  dia
> mampu
> menangkis segala unsur jahat.  Aku pasti Nur  Amana  akan  terus
> teguh.
> Menjadi ikan  yang tetap tawar biarpun hidup di lautan masin.
> Lalu   hari-hariku   diulit  rindu  yang  dalam.  Terkenang   telatah
> manjanya,
> senyumannya,  rajuknya,  dan Bila  menjamah hidangan tengahari
> tersentuh
> hatiku, teringat  dia yang jauh dirantau orang. Kerabu pucuk paku dan
> ikan
> bakar sering membuatkanku  menitiskan  air  mata.    Lauk  itulah
> kegemaran
> Nur Amana.
> Namun,
> rindu  terubat    juga  bila sekali sekala suratnya menitip berita,
> menyatakan
> rindu dan kasih tidak terhingga.
> Lima tahun di negeri orang, Nur Amana kembali dengan  kejayaan
> membanggakan.
> Air mataku  menitis.  Jauh  di   sudut  hati,  aku  berbisik semoga
> anak
> inilah yang mendoakan  kesejahteraan ibu dan bapanya bila hayat
> berakhir
> nanti. Dan di luar dugaanku,   pulangnya  Nur   Amana  membawa  satu
> perubahan  yang  ketara.  Dia berjilbab  kini.  Seluruh  tubuh
> termasuk
> wajah ditutup  dengan kerundung gelap.  Pun  aku  bersyukr  kerana
> perubahan
> itu  menjurus  kepada  kebaikan. Seperti suamiku, aku tidak membantah.
> "Di  sana  terlalu  banyak fitnah, Ma...," beritahunya  suatu hari
> bila
> kutanya apa  yang  mendorongnya  memakai   purdah.  Aku  pun
> menyedari,
> kemungkaran yang memenuhi  negara kafir tempat Nur Amana menuntut ilmu
> itu.
> Alhamdulillah,  kerana  Nur  Amana  mengambil  langkah  bijak. Cuma
> saudara
> mara banyak  membantah.  Katanya,   dengan  keadaan yang seperti itu,
> Nur
> Amana sukar mendapat  pekerjaan  nanti. Rugilah kelulusan tinggi
> yang
> diperolehi. Tapi Nur Amana  cuma tersenyum  mendengar
> pertentangan-pertentangan itu. "Jangan  bimbang Ma,  pasti  ada
> rezeki
> untuk hamba Alah yang  memegang syariat-Nya," Nur Amana memujukku.
> Dan
> hatiku berbunga lega. Benar seperti kata-katanya, tidak  sampai
> sebulan
> pulang  dari  Amerika,  Nur Amana mendapat  kerja di sebuah syarikat
> di
> Kuala  Lumpur.  Aku tidak   begitu tahu tentang tugasnya, tapi menurut
> Nur
> Amana sebagai  eksekutif.  Dan kehidupan kami berlangsung  seperti
> biasa.
> Hilang sudah rindu  membaraku.  Nur  Amana   berada di sisiku kini.
> Hari-hari berada di depan mata.  Cuma beberapa bulan kemudian, sikap
> Nur
> Amana mula   berubah. Dia menjadi pemurung,  jarang  bercakap dan
> sering
> mengurung diri dalam kamarnya. Keluarnya bila   ke tempat kerja atau
> bila
> kuajak makan bersama. Itupun  kadang-kadang dia menolak.  Beberapa
> kali aku
> cuba  mencungkil isi hatinya. Kenapa tiba-tiba dia berubah   laku.
> Pun aku
> tidak  berjaya.  Nur  Amana cukup bijak  mengelak dan menyembunyikan.
> Sehinggalah  suatu  hari  aku dihubungi oleh seseorang,  katanya Nur
> Amana
> telah menghantar permohonan ke  mahkamah untuk menukar agama kepada
> Kristian. Bergegar jantungku.  Suamiku  terdiam lama. Ketika itu Nur
> Amana
> tiada di rumah. Katanya out-station  di  Singapura   selama  seminggu.
> Aku
> dan suami mengambil langkah berdiam  diri  dahulu.  Cerita sebenar
> perlu
> diperolehi  oleh Nur Amana sendiri.  Bagaimana mungkin orang itu
> boleh
> membawa khabar itu, kalau tidak ada apa-apa?.
> Apa  sebenarnya  yang  dilakukan  oleh  Nur  Amana  sehingga  timbul
> fitnah
> yang sebegitu  besar?. Persoalan demi   persoalan menujam diri
> menjadikan
> aku gelisah menanti   kepulangannya.   Kepulangan  Nur  Amana
> kusambut
> dengan air mata yang entah untuk apa. Yang pasti hatiku cukup bimbang.
> Cenderamata  dari Singapura dihadiahkan. Sehelai kain  sutera berwarna
> ungu
> yang cantik.  Pun  bagiku  ia  tidak    bernilai  apa-apa.  Suamiku
> menggesanya cepat membersihkan  diri  supaya  dapat  solat  Maghrib
> berjemaah   bersama. Tapi, Nur Amana,  memberi  alasan letih dan
> meminta
> aku dan suami solat dahulu. Bila azan Isyak   berkumandang, sekali
> lagi
> suamiku mengetuk pintu   kamarnya mengajak Nur Amana  solat bersama.
> Dan
> sekali   lagi juga Nur Amana menolak dengan alasan dia sedang
> menyiapkan
> kertas  kerja  penting.  Satu  alasan  yang    tidak pernah dilakukan
> olehnya. Nur Amana yang kudidik  tidak pernah melengahkan waktu solat.
> Tidak
> pernah   mengutamakan  kerja  lain  dari  solat. Tapi, mengapa hari
> ini
> begitu?  Mataku  dan  suami  bertentangan. Pun kami   cuma membisu.
> Bersabar
> dan menunaikan solat Isyak   terlebih dahulu.
> Selepas  solat  kulihat  Nur  Amana  ke dapur, mengisi  perut yang
> berkeroncong. Tadi,  kupanggil  dia makan   bersama tapi beralasan
> letih.
> Kecewanya hatiku dan suami.  Selepas  makan,  Nur Amana menolak pintu
> bilik
> lagi, tapi cepat suamiku memanggil.  Nur  Amana  duduk   dihadapanku.
> Dia
> kelihatan bersahaja. Gadis yang baru    mencecah  24  tahun itu
> kulihat
> semakin manis. Wajahnya  lembut. Matanya redup.  Bibir  merah
> jambunya
> yang    cantik  sering mengukir senyuman. Soalan pertama     diajukan
> oleh
> suamiku.   Nur  Amana  tersentak.  Dia   menafikan sekeras-kerasnya.
> Katanya
> itu cuma fitnah  orang yang benci melihat kejayaannya. Hatiku lega.
> Nur
> Amana, anakku masih memelihara agamanya.
> Sebulan  kemudian, aku dihubungi lagi. Permohonan Nur  Amana untuk
> menukar
> agama
> telah  diluluskan.  Sekarang    Nur  Amana  berada  di Kota Kinabalu,
> menghadiri persidangan  penganut agama Kristian sedunia. Darahku
> berderau.
> Sikap Nur Amana yang  mencurigakan   akhir-akhir ini turut menipiskan
> kepercayaan aku dan  suami padanya.  Aku  tidak  mampu  bertahan
> lagi.
> Suamiku  juga begitu. Ketiadaan Nur Amana  (out-station  ke
> Singapura
> lagi)   memberi  peluang  kepada kami untuk memecah biliknya. Kamar
> sederhana besar itu tersusun  kemas. Sekuntum mawar yang entah siapa
> pemberinya  telah kering di atas meja. Dari kad kecil yang  terlekat
> cuma
> tertulis  tahniah  dan  tersusun  buku-buku    tebal  di  atas  rak.
> Aku
> menghampirinya.  Dan  jantungku   berdegup  kencang  bila hampir semua
> buku-buku tebal  itu    adalah  berkenaan  agama  Kristian,
> termasuklah
> sebuah  Bible dan terjemahannya.  Aku menggeletar. Terasa lemah
> seluruh
> anggotaku. Suamiku segera menghubungi  mahkamah   meminta  kepastian.
> Dan
> jawapan  yang diberikan begitu menyakitkan.  Air  mataku turun tanpa
> henti.
> Apa salah didikanku, lalu dia jadi begitu?  Subhanallah!
> Nur  Amana  pulang.  Terkejut bukan main Nur Amana bila mendapati
> pintu
> biliknya telah  dipecahkan. Suamiku  menghujaninya dengan pertanyaan
> demi
> pertanyaan. Nur Amana membisu membiarkan kemelut terus berpanjangan.
> Namun
> akhirnya, penjelasan dilafazkan  jua.  "Saya   mencintai  Adam...
> pemuda
> Kristian, saya benar-benar cinta  padanya  dan terperangkap dalam
> agama
> itu...,"  dan sepantas kilat sebuah tamparan  hinggap  ke  pipinya.
> Kemarahan  suamiku sampai ke puncak. Kesabaran terus  terhapus.  Nur
> Amana
> menangis.  Aku terkaku.   Sesungguhnya hakikat ini terlalu pahit.
> Paginya Nur Amana hilang dari rumah. Kamarnya kosong.  Nur Amana
> membawa
> bersama segala  pakaian dan  buku-buku. Nur Amana bagai mengatakan
> bahawa
> "cuma  setakat ini  saja  hubungan  kita".  Nur  Amana seolah-olah
> memutuskan bahawa aku bukan ibunya  lagi,  suamiku  bukan   bapanya
> lagi.
> Air  mataku  mengalir  dan terus mengalir.  Hiba hati seorang ibu.
> Suamiku  bertindak  pantas  melaporkan kepada polis. Nur  Amana lari
> dari
> rumah! Pun  polis  tidak  menemuinya.   Suamiku membuat permohonan
> membantah
> pertukaran agama   yang  dibuat  oleh  Nur  Amana.  Tiada  pilihan
> lain,
> akhbar  terpaksa digunakan  meminta  Nur Amana hadir ke  mahkamah.
> Lalu,
> cerita Nur Amana menjadi hangat.  Saban   hari  kisahnya terpampang di
> akhbar dan kaca  televisyen. Latar belakangnya  dicungkil.  Kemudian
> peribadi  Nur Amana dikritik. Pendidikan ibu bapa dan  sekolah
> dijadikan
> alasan. Dan akhirnya, ramai yang   menyimpulkan, Nur Amana  gadis
> terpuji
> tersungkur  ke  perangkap Kristian kerana cinta! Alangkah dangkalnya
> iman
> Nur Amana. Alangkah! Pada  hari  perbicaraan,  Nur  Amana hadir
> bersama
> seorang  lelaki muda berdarah India.  Nur  Amana  tidak bertudung
> litup
> lagi. Rambutnya dibiarkan mengurai ke bahu.    Rambut yang sebelum ini
> tidak
> pernah dilihat oleh mata   lelaki janabi. Dan, terasa gugur jantungku
> bila
> terlihat sebentuk salib dibuat dari emas tulin bercahaya  ditimpa
> cahaya
> lampu megah tersemat di   dadanya. Nur Amana tunduk. Langsung   tidak
> memandang    kepada  sesiapa.  Wajahnya  tenang.  Perbicaraan
> dijalankan.
> Detik  demi  detik  berlalu.  Keputusan   diumumkan. Suamiku gagal!
> Undang-undang  negara  memberi    kebebasan  beragama kepada
> rakyatnya. Dan
> kami tidak    berhak  menghalang  kerana  Nur Amana telah berumur
> lebih
> daripada 18 tahun. Lelaki muda di sebelah Nur Amana ku   lihat
> tersenyum
> lega.
> Hatiku  hancur.  Di  mataku  terbayang hukum Allah. Orang  murtad akan
> dikenakan hudud!  Dipancung  setelah  enggan    setelah disuruh
> bertaubat.
> Nur Amana bukan tidak tahu  itu. Bukan Nur Amana tidak tahu. Tapi,
> mengapa
> dia   terus berdegil, tidak  insaf dengan dosa itu?. Aku   rebah dalam
> pelukan suamiku. Tubuhku merasa tidak    bermaya.  Dia tunduk.
> Wajahnya
> merah padam menahan  kemarahan. Jemariku digenggam  erat. Air matanya
> mengalir perlahan membasahi pipi. Menitis jatuh ke pipiku.  Itulah
> kali
> pertama kulihat air matanya gugur.   Aku tahu hatinya. Dan cuma  aku
> yang
> tahu hatinya.  "Demi Allah! Aku bersumpah negara ini tidak akan aman
> kerana  memegang  undang-undang  kafir!".  Tiba-tiba   suaranya
> lantang
> menjerit,  meggegarkan  suasana    mahkamah  yang telah sediakala
> hingar
> apabila mendengar    keputusan  mahkamah  tadi.  Mahkamah  sunyi
> seketika.
> Semua mata tertumpa padanya. Tiba-tiba jeritan itu   disambut dengan
> laungan
> "Allahu Akbar" dari   orang  yang    tidak  puas  hati  dengan
> keputusan
> mahkamah.  Aku  cuba meredakan  kemarahannya.  Namun  air matanya
> semakin
> lebat. "Mahkamah ini tidak adil! Sekular!   Undang-undang penjajah!'.
> keadaan  semakin  gawat  apabila polis menangkap suamiku. Suamiku
> meronta-ronta, tapi pegangan kejap Beberapa   orang anggota polis
> melemahkan
> kudratnya. Dan akhirnya  dia mengalah, membiarkan  tangannya  digari.
> Ketika   melintasi  Nur  Amana yang terus tenang berdiri  di
> sebelah
> lelaki muda yang tidak kukenali itu, suamiku   menoleh.
> "Kalau  jalan  ini yang kau pilih,  teruskanlah... tapi ingat,
> kehidupanmu
> pasti tidak  akan selamat!," Nur Amana tidak menjawab. Tunduk. Kaku
> bagai
> patung. Pun kulihat  sekilas senyuman di bibir   lelaki muda di
> sebelahnya.
> Hatiku tercalar. Keranamu  Nur Amana, seorang ayah akan hilang seluruh
> kebahagiaan hidupnya.
> Dan  hari  ini,  suamiku  merengkuk  dalam  penjara.  Dituduh
> menderhaka
> kepaa mahkamah!  Dan  ditakuti akan  mencetuskan huru-hara kerana
> menerbitkan sentimen perkauman juga keagamaan. Aku  terjaga  ketika
> jam
> dinding di ruang tamu   berdenting tiga kali. Aku belum solat Isyak.
> Astagfirullah. Dari tadi aku tertidur dan menyambung   mimpi ngeri
> semalam.
> Aku segera membaharui wuduk.  Solat Isyak kudidrikan. Kemudian
> kususuli
> dengan solat   Taubat dan Hajat. Air mataku gugur lagi pada dinihari
> yang
> sepi.
> Doaku  tidak  putus.  Hatiku  retak.  Namun  jauh    di  sudut  hati.
> Aku
> terus berharap... pulanglah anakku,   Nur Amana!.
> 
> 
> wasaalam.
> 
Disclaimer note:

Confidential information may be contained in this e-mail and any files transmitted 
with it ('Message'). If you are not the addressee indicated in this Message (or 
responsible for delivery of this Message to such person), you are hereby notified that 
any dissemination, distribution, printing or copying of this Message or any part 
thereof is strictly prohibited. In such a case, you should delete this Message 
immediately and advise the sender by return e-mail. Opinions, conclusions and other 
information in this Message that do not relate to the official business of Maxis shall 
be understood as neither given nor endorsed by Maxis.




Kirim email ke