*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



>From: jabujik jabujik <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Seratus hari pemerintahan Hadi Awang
>Date: Thu, 20 Apr 2000 17:03:22 -0700 (PDT)
>
>sila email to the rests.............
>
>Alhamdulillah, sudah lebih 100 hari pilihanraya umum
>ke-10 berlalu. Omong-omong Badrul Amin di Masjid KUSZA
>bahawa Menteri Besar Terengganu Abdul Hadi Awang dan
>Mustapha Ali akan berundur daripada kerusi ahli
>Parlimen kerana mahu menumpukan kepemimpinan negeri
>dan mendakwa bahawa beliau (Badrul) dan Haron Din akan
>bertanding menggantikan mereka sebelum mengangkat
>sumpah di Parlimen jelas kosong belaka.
>Ada kalangan yang mula mengusik mengatakan elaun yang
>diperoleh sebagai ahli Parlimen cukup menarik untuk
>ditolak sekalipun mereka mungkin tidak dapat
>menghadiri sidang Parlimen sekiranya persidangan DUN
>berlangsung pada waktu yang sama.
>
>Mungkin ini tidak tertakrif pada perkataan zalim
>kerana yang mengamalkan perbuatan demikian adalah
>orang-orang Pas?
>
>Isu tol nampaknya sudah basi di Terengganu. Pergi
>balik melalui tol sebelum ini hanya dikenakan bayaran
>sebanyak RM1 sahaja. Sebelum PAS memerintah, tempat
>meletak kereta di tepi laut di Tanjung percuma sahaja.
>Kini terpaksa membayar 60 sen untuk sejam. Jika dua
>jam dihabiskan untuk ke pasar raya berdekatan,
>nampaknya sudah terpaksa membayar lebih daripada kadar
>tol yang dilupuskan. Begitu juga, DW mengesan dua lagi
>tempat meletak kereta di kawasan bandar yang dinaikkan
>kadar bayaran meletak kereta sebanyak 20 sen sejam.
>Nampaknya orang Terengganu rugi apabila tol
>dimansuhkan.
>
>Bab ini saya ucapkan syabas pada kerajaan Terengganu
>sekarang kerana berjaya memperdayakan rakyat
>Terengganu.
>
>Isu KKN yang kononnya ditentangi oleh Pas dan BA
>sebelum ini, diamalkan pula oleh kerajaan baru.
>Tanyalah Dr Syed Azman, apakah jawatan yang diperolehi
>isterinya dan isteri seorang lagi 'orang besar baru'
>di Terengganu.
>
>Pelik juga apabila penganut-penganut Pas yang bersolat
>berasingan daripada orang-orang UMNO di sekitar Besut
>mahukan Menteri Besar Terengganu mengeluarkan arahan
>rasmi untuk mereka kembali memenuhi masjid-masjid yang
>mereka tinggalkan akibat amanat beliau dulu.
>
>Jika bekas orang-orang Pas yang didakwa telah melompat
>ke UMNO yang mencetuskan solat bersaingan, sembelihan
>haram dimakan dan pelbagai karut marut sebelum ini
>dituduh sebagai punca perkara kafir mengkafir, mengapa
>penganut-penganut Pas meminta Menteri Besar Terengganu
>pula yang mengeluarkan arahan rasmi? Kini jelas
>siapakah yang mengeluarkan 'arahan rasmi' yang
>terdahulu.
>
>Paling malang, ada kalangan mereka yang mahukan
>masjid-masjid yang dipulaukan mereka di samak dengan
>air tanah terlebih dahulu sebelum mereka bersetuju
>bersolat di dalamnya.
>
>Apakah yang bersolat di dalam masjid tersebut sebelum
>ini anjing dan babi? Alangkah bejatnya...
>
>Semakin ramai belia-belia lepak dan berlumba motor
>haram di laluan ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud.
>Mereka lepak-lepak dan berbual kosong, separuhnya
>kelihatan khayal dan bermata merah dengan keadaan
>tidak terurus.
>
>Ke mana agaknya amar makruf dan nahi mungkar Exco-Exco
>Pas agaknya? Di tepian pantai kelihatan
>Pasangan-pasangan tanpa segan silu duduk berdua-duaan
>dalam posisi yang kedangkala merimaskan mata-mata yang
>memandang.
>
>Apakah orang-orang Pas yang terkenal dengan semangat
>sayangkan Islam melebihi orang-orang UMNO sebelum ini
>takut menegur dan membasmi gejala yang berlaku kepada
>anak-anak muda ini?
>
>Patung penyu di Bulatan Ladang pun sudah dibuang
>dengan alasan Islam melarang kehadiran patung
>sedemikian. Malangnya alasan yang sama tidak pula
>digunakan terhadap dua patung naga di dalam kawasan
>bandar kerana lebih ramai orang Cina di sana, atau
>mungkin itu tidak bertentangan dengan Islam pula.
>
>Beberapa rakan yang bertugas dengan kerajaan negeri
>merungut dengan cuti bersalin 3 bulan.
>
>Hairan juga DW mengapa mereka merungut sedangkan
>itulah antara sebab mereka mengundi Pas. Mereka
>mendakwa cuti di bulan ketiga itu dibenarkan dengan
>syarat tanpa gaji. DW bertambah hairan kerana salah
>seorang rakan DW (orang Pas) mendakwa cuti diberikan
>supaya jimat belanja susu dan mencari penjaga,
>bagaimana nak jimat jika sebulan gaji dah ditiadakan?
>
>Nampaknya sistem Kerajaan Pusat walaupun tidak
>mewar-warkan bulan ketiga sebagai cuti, ibu-ibu boleh
>menghabiskan cuti yang ada tanpa dipotong gaji dan
>boleh juga mohon cuti sakit tanpa potongan gaji juga.
>
>Apakah benar dakwaan kakitangan kerajaan negeri itu
>yang kini mula mempersoalkan tindakan-tindakan
>kerajaan negeri (tak termasuk soal senarai pemohon
>rumah, isu hudud, isu senarai nama penerima zakat, isu
>Kemas dan lain-lain lagi).
>
>Kita masih menunggu berlori-lori pendakwaan ke atas
>berlori-lori penyelewengan yang didakwa dilakukan oleh
>pemimpin UMNO oleh Menteri Besar Terengganu. Alasan
>beliau kena siasat jika ada penyelewengan berlaku,
>belum siasat lagi bagaimana agaknya Menteri Besar
>Terengganu membuat kenyataan adanya berlori-lori
>penyelewengan sebelum ini pula?
>
>Paling hebat adalah ceramah-ceramah dan unsur-unsur
>fitnah disebar di dalam khutbah Jumaat. Nampak benar
>nasihat Nabi s.a.w supaya hanya bercakap yang
>baik-baik saja atau berdiam diri tidak dipedulikan
>langsung. Tidak penting agaknya sunah Nabi s.a.w yang
>tidak menguntungkan mereka untuk diamalkan di dalam
>kehidupan, atau ada sebab lain agaknya, mungkin
>juak-juak Pas ada jawapannya.
>
>DW masih memerhatikan perubahan-perubahan positif yang
>dilakukan dan akan menyokong mana yang baik untuk
>semua. Cuma sedikit pelik kerana jika sebelum ini
>kerajaan yang diterajui BN diuja, ditohmah dan
>diserang oleh Pas, Menteri Besar Terengganu meminta
>kerajaannya tidak diserang dan diusik oleh pembangkang
>dan beri peluang agar rakyat menilai sendiri kerajaan
>beliau, sesuatu yang tidak beliau amalkan kepada
>kerajaan BN sebelum ini. Mungkin itulah keadilan pada
>beliau?
>
>
>__________________________________________________
>Do You Yahoo!?
>Send online invitations with Yahoo! Invites.
>http://invites.yahoo.com

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Syazana Hamzah" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke