*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum.

MasyaAllah�.nampaknya dah 14 hari 12 malam kawan-kawan kita dok berbahas 
tentang sufi. 14 hari yang mencelah maksudkan tu�..waktu siang le, 12 
tu�waktu malam�..sebab dua kali malam jumaat dia orang tak berbahas. Kalau 
dia orang berbahas jugak malam jumaat, baru le dia orang punya orang rumah 
mengamuk. Bahas-bahas juge, tapi nafkah malam jumaat jangan lupa 
beri���takut nanti 14 hari pulak kau orang kena makan kat luar. Orang 
pompuan ni, jangan main-main��ade masa dia orang ni tegas juga bila �Hak� 
mereka tak dipenuhi!

Sebetulnya mencelah ni macam biasa le��bukan nak cakap tentang sufi , tapi 
moga dah hujan lebat kawan���.tempias juge sikit ke rumah kita orang. 
Sebenarnya mencelah nak cakap tentang  �gigi� tapi bunyinya dekat-dekat 
dengan bunyi sufi. Jadi bila kita sebut tentang gigi, sapa pun tak perlu nak 
berbahas�sebab mesti le semua orang kata gigi putih cantik! Mana ade orang 
kata gigi kuning cantik! Jadi tak penting nak di bahaskan.

Tapi sedara dalam kita dok kata tak penting��..penting rupanya! Tidak takkan 
Rasulullah saw nak bersabda , dari Abu Hurairah �Jikalau tidak menyulitkan 
bagi umatku, sesungguhnya akan ku perintahkan mereka untuk bergosok gigi 
setiap kali apabila hendak bersolat�. Jadi bila gigi kita ni tak 
bersih�kesihatan pun tejejas��rupanya. Tu le sebabnya rasulullah hinggakan 
bangun sembahyang tahjud pun baginda mengosok gigi.

Gigi ni sebenarnya kawan-kawan, macam taya kereta le��.kalau kamu cuci 
kereta , sedangkan tayanya kamu tak cuci, keseluruhan kereta nampak tak 
cantik. Begitu le juga bagi manusia ni, kalau gigi warna macam pinggan 
berkarat�..muka pakai bedak pun tak jadi. Bila cakap tentang gigi ni, 
mencelah ingat masa kecil-kecil dulu�..celik aje mata, kenal colgate. Jadi 
bila nak beli ubat gigi tesebut-sebut le��..bagi colgate cap darlie�.bagi 
colgate cap lion��.bagi colgate cap bunga raya, selagi ubat gigi semuanya 
colgate.

Sebenarnya yang membuatkan mencelah teringat nak cakap tentang gigi ni, 
sebab, kelmarin mencelah pergi cuci gigi dekat klinik swasta. Klinik ni 
cerita nya baru buka aje, doktor dia doktor pompuan ��baru keluar universiti 
dan kerje dekat hospital kerajaan, jadi dia buat part time aje dekat klinik 
dia. Jadi klinik dia buka waktu petang sampai malam aje. Jadi mencelah pun 
pergi le klinik dia���.sebab doktor pompuan cuci gigi kita perlahan-lahan 
dan berhati-hati, jadi tak le luka gusi kita. Kalau kena doktor lelaki ��dia 
tenyeh gigi kita macam nak sental punggung periuk aje, mana tahan! Jadi 
bermula lah proses pencucian�..dia suruh mencelah tidur macam mr.bean (tapi 
mencelah tak le cucuk ponggong dr.tuuuu) mencelah pun ngaga�..dia pun tenyeh 
sana tenyeh sini. Malang tak berbau orang kata��..rupanya dr.gigi pompuan ni 
mengarut betul��dia boleh bagi telepas satu alat, namanya mencelah tak 
tau�.buat dari besi, lepas tu hujung nya ade cangkuk sikit. Benda tu 
terlepas dan dengan cepat dia tarik balik sebelum sempat masuk ke kerongkong 
mencelah. Jadi dr itu panik�.kerana kesilapannya, dia minta maaf tak 
sudah-sudah. Mujur besi tu tak sempat sampai kekerongkong, tidak dah tak ade 
le mencelah dekat hizbi .net ini.  Hai�..macam-macam, ingatkan pilih dr 
pompuan kerana buat kerje lemah lembut�.rupa-rupanya pegang alat besar jari 
kelinking pun tak larat. Mencelah dah serik, lain kali baik pergi kat dr 
lelaki�.kasar pun tak apa! Kadang-kadang kan kita tengok Dr gigi sendiripun, 
gigi dia orang bukannya putih sangat�.tak lawan gigi keleng jual kacang 
putih�.putih berkilat-kilat.


P/s: pn pabiyen hantar personal email kat mencelah, dia kirim salam kat 
semua kerana dia berhenti melangan hizbi untuk sementara waktu kerana sebab 
tertentu. (dia tak dibenarkan lagi menggunakan komputer pejabat untuk access 
internet��jadi dia buat part time jual ikan dekat pasar selayang, nak himpun 
duit beli komputer sendiri)


[EMAIL PROTECTED]
(HAK CIPTA TERPELIHARA)


________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke